Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah.

Assalamualaikum. Dah berabuk ‘dapur’ ni. Tak berkesempatan nak update blog untuk 2- 3 hari ni. Bukan sibuk sangat pun…Cuma sibuk sikit dengan belajar kereta untuk test JPJ semalam. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kpd Allah SWT kerana dah permudahkan segala urusan hingga lulus test semalam. Lepas je test terus ringan kepala. Tension yg bebulan dah habis. Misi dah selesai. gambar dr google


Masa test semalam saya dapat nombor 4, sesi 1….kira antara yg awal. Mula-mula buat ujian bukit, lepas tu 3 penjuru (yg paling sy risau) dan akhirnya parking. Untuk 3 penjuru ni, sy paling risau sbb dalam latihan pun sy selalu tak menjadi. Tapi Allah punya kuasa, walau pun tak adalah elok sangat tapi sy lulus juga. Untuk ujian jalan raya pun syukur sangat-sangat dapat pegawai JPJ yg baik hati. Walaupun dia banyak bercerita itu ini tapi dengan keadaan santai gitu buat hilang rasa gemuruh saya. Dapatlah 17/20. Markah min lulus 16/20. Alhamdulillah.
Sepanjang belajar kereta ni macam-macam pengalam dapat,pahit, manis dan lucu pun ada. Maklumlah inilah kali pertama saya start enjin dan bawa kereta. Hubby saya memang tak bagi langsung bawa kereta dia dan tak nak ajar pun. Dia suruh belajar sampai pandai dan dapat lesen barulah boleh guna Grand Livina tu. Masa belajar macam-macam kesilapan saya pernah buat, tertekan minyak bila nak tekan breklah, mati enjin kat trafik lightlah dan macam-macam lagi. Cikgu yang ajar pula boleh tahan orangnya...cepat naik angin. Maklumlah dia dah tua. Tapi dia sebenarnya baik hati. Apa-apa pun semuanya dah selesai. Alhamdulillah.
Jumaat ni dapat lessen P. Hubby cakap lepas ni boleh saya hantar dan ambik anak kat sekolah dan dia pi kerja. Mmmmm boleh ke??? Malam tadi hubby dah bagi saya bawa Grand Livina tu sekejap ....huhuhu....slow giler saya bawa....kena banyak berlatih. saya ni memang jenis penakut...sebab tu baru sekarang baru ambil lesen.
Ada beberapa resepi yg sy try nak sy share kat sini....insyaAllah nanti ye...Hubby bawa laptop yg biasa guna ...so tinggal satu je laptop...kena take turn dgn anak-anak ..:)


4 comments:

Yati Ali said...

tahniah suzi, akhirnyer berjaya jugak awak...saya pulak InsyaAllah tahun depan itupun kalau keberanian dtg...hehehe sy pun penakut jugak sebenarnyer...

Unknown said...

Tahniah.. tahniah.. lepas ni boleh le bawak kereta sampai jitra ni ha.. buleh kite dating2..

Mamasya said...

Salam Suzi

tahniah Suzi dpt lesen...senang nak kemana2 sendiri .mula2 ni mmg takut2 ..lama2 bawa nanti ok.sypun sebelum ni tak berani nak driving wpun dah lama ada lesen.dok Brunei baru berani sbb sana tak sibuk sgt. mula2 driving ambil hantar anak sek..ke kedai pasar...sampai lah yakin bawa sendiri.

Suzi said...

yati ali,

sy ni sbb penakutlah asyik tangguh je...
insyaAllah, takde apa2 nak ditakutkan pun sebenarnya. Moga Allah bg kekuatan utk yati pulak tahun depan. Good Luck!

Hann,
hehehe...Tronoh pun belum lepas lg ni...

Mamasya,
tulah...nak kena byk latih dan biasa2kan diri. Alhamdulillah anak sekolah kat Tronoh ni je, dekat dan tak de byk kereta. jalan dr rumah ke UTP pun dah highway yg tak banyak kereta sgt.