Wednesday, December 1, 2010

Ayam Singgang

Assalamualaikum. Salam pagi Rabu. Dah sarapan? Hari ni sy sarapan nasi goreng sambal belacan(lebihan mlm tadi) dan cucur bilis. Kata my hubby, "sedapnya sarapan hari ni"...dah lama sy tak masak nasi goreng.
Pagi ni nak kongsi resepi ayam singgang. Lauk dinner semalam. Lawan dengan bendi dan sambal belacan mangga. Fuh! berselera sungguh makan. Tambah pulak lunch semalam saya tak masak nasi, makan kue tiaw kuning goreng je (lebihan sarapan)...hubby pulak tak balik makan.






Sumber:
Ummi's Kitchen
-terima kasih berkongsi resepi.



Bahan-bahan:
  • beberapa potong ayam (size ikut suka)- kecil sesuai
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat) - sy hiris
  • 4 ulas bawang putih (dihiris halus) - sy ketuk
  • sedikit Lengkuas ( dihiris halus)
  • sedikit halia (dihiris halus)
  • satu sudu ketumbar (tumbuk kasar) - sy guna yg serbuk
  • 2 keping lada kering ( dikerat 3) - lebih pun xpe kalu nak pedas - sy ketak cili segar
  • 2 asam keping
  • 1 liter airgula dan garam secukup rasa

-yg ni saya tambah
  • sedikit lada hitam- tumbuk kasar
  • serai - diketuk
  • sedikit daun kesum


Cara-cara:
  1. Rebus air dalam periuk
  2. Masukkan bawang, lengkuas, halia, cili kering, ketumbar, asam keping, lada hitam serai dan daun kesom. Didihkan hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan ayam dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  4. Biarkan mendidih lagi hingga ayam sudah masak.

Ayam singgang, bendi celur dan sambal belacan mangga....makan dengan nasi putih. Fuhhhh! Terangkat!



5 comments:

Mak Su said...

eh, cantik ler lukisan katun tu :)

izahdaut said...

ayam singgang eh tak pernh try pun..biasanya buat sup aje..boleh try jugak ni

Naz said...

Salam kak Suzi..
Kak, lauk pauk macam nie memang membuka selera..cuma takut tak tutup2 jer selera tu..bertambah2 nasi, apalagi ada sambal belacan tu..aiiiii my paberet niiii... Naz ni memang pantang makanan yang pedas2 ni..hehehe....pantang jumpa...lupa diri kejap..:)

hazeleyed lady said...

i only did Ikan singgang...
Thanks dear...i'll give it a try...

Good day

Suzi said...

mak su,

lukisan tu hubby yg lukis...pastu bg kat sy masa cintan cintun dulu.dah bertahun2 tak jumpa masa tu so, tu kira bayang2 kalau kami dating hehehe...

izah,
trylah...menu sihat tu. sesuai utk diet hehehe.

hazeleyed lady,
boleh try nanti.
selain tu daging pun sesuai gak.

naz,
samalah. tu pasal takleh selalu buat sambal belacan hehehe...