Friday, October 9, 2009

Shepherd's Pie (resepi 2)

Sherpherd's pie kali ni resepi dr Tirana...yg paling byk mkn adalah Iman...Tq Tirana berkongsi resepi...


Bahan-bahannya


  • 400 gm minced meat
  • 1 batang carrot (big size) - diparut kasar
  • 1 labu bawang besar (medium size) - dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos worchestershire
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit minyak

  • 4 biji ubi kentang(medium size) - direbus sampai empuk
  • 2 sudu besar butter
  • 150ml susu
  • sedikit lada sulah
  • 1 biji kuning telur - dipukul sedikit

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar.
  2. Bila bawang telah layu, masukkan minced meat. Kacau sebentar hingga daging masak.
  3. Masukkan carrot. Kacau lagi.
  4. Masukkan sos tomato, kicap dan sos worcestershire. Kacau rata.
  5. Rasa garam. Kalau kurang masin, tambah sedikit garam.
  6. Taburkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Tutup api dan ketepikan.
  7. Panaskan susu dan mentega dalam satu bekas. Jangan sampai mendidih, cukup setakat mentega cair saja.
  8. Ubi kentang yang telah direbus, buang kulit dan dilenyekkan. Kalau nak mudah guna hand mixer.
  9. Masukkan campuran susu dan mentega ke dalam mashed potato tadi dan guna mixer untuk sebatikan semua bahan.
  10. Masukkan sedikit lada sulah dan sedikit garam. Kalau lagi.
  11. Masukkan campuran daging yang telah dimasak tadi ke dalam bekas kaca yang leper(lebihkurang 6'' x 6'') dan tahan panas (oven proof). Ratakan dan mampatkan sedikit.
  12. Kemudian tuangkan campuran ubi kentang ke atas lapisan daging tadi dan ratakan. Sekarang kita ada dua lapisan iaitu lapisan daging di bahagian bawah dan lapisan kentang di bahagian atas.
  13. Sapukan kuning telur di atas lapisan kentang.
  14. Bakarkan dalam oven dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 30 - 40 minutes.
  15. Bila masak, bahagian lapisan atas kelihatan kekuningan.



3 comments:

ain said...

salam su!!! masih sibuk ngan anak2lg ke..??

sedapnya sheperd pie tu!! mesti masuk list ni!!

Sasha said...

nyum nyum!!! sedapnya!!!... tp boleh tahan berlemak jugak ni... mau naik berkilo2 kalori ni... hehe... tp terliur dah tgk ni...

Deliah's Deli said...

molek nampak shepherds pie suzi tu