Monday, March 21, 2011

Turkey Pie dan Mushroom Soup with Puff Pastry

Assalamualaikum. Salam pagi Isnin....hujan semalam membuatkan bumi Tronoh nyaman dan sejuk. Alhamdulillah.
Jom layan dinner kami malam tadi. Turkey Pie dan Mushroom Soup with Puff Pastry. Resepi dr Chef Peter tapi sy dah ubahsuai ikut bahan yg ada kat rumah...tak plan nak buat pun, tiba-tiba je hubby minta buatkan. Hasil dr pi kelas puff pastry hari Jumaat hari tu. Tapi malam tadi saya pakai puff readymade je hehehe. Belum berkesempatan membuat puff pastry sendiri lg. Padahal dah pi belajar. Nak buat puff pastry bahan senang je tapi renyahnya sebab banyak step. Nak kena time yg betul betul tenang( alasan ...hehehe)


Turkey Pie




Inti;

Bahan:

  • Butter------------ 50 gm
  • Bawang besar--- sebiji
  • Kentang----------sebiji
  • kacang peas
  • Turkey ham----- 150 gm
  • Mix Herb
  • pepper
  • Cream----------- 30 gm
  • Air--------------- 80 gm
  • Tepung--------- 20 gm
  • Serbuk pati ayam
  • Garam
*Bawang, kentang dan turkey ham, saya potong dadu
*boleh letak carot , celery, sayuran campur


Cara-cara:
  1. Cairkan butter dan tumis bawang. Masukkan turkey ham dan masak seketika dan masukkan mix herb.
  2. Kemudian masukkan sayur-sayuran. Masak hingga lembut.
  3. Masukkan cream. air serbuk pati ayam, tepung(campur sedikit air) . Masak sehingga pekat.
  4. Angkat dan sejukkan.

Pie
  1. Tekan/alaskan acuan dengan puff pastry.
  2. Masukkan inti secukupnya.
  3. Tutup dengan puff pastry ,bahagian tepi pie ditekan2 guna garfu utk melekatkan bahagian base dengan bahagian atas.
  4. Cucuk2 sedikit dipermukaan pastri agar pie tidak menggelembung ketika membakar.
  5. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan atas pie utk mengilatkannya.
  6. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.






Mushroom Soup with Puff Pastry




Bahan mushroom soup:

  • Mushroom--------------- 50gm - lagi bagus kalau pakai yg fresh.
  • Butter -------------------- 50gm
  • Cream *------------------ 100gm
  • Air * ---------------------- 400gm
  • Tepung------------------- 30gm
  • Pepper
  • Garam
  • Mix Herb
  • Serbuk Pati Ayam
*kalau guna susu sebagai ganti cream, sukatan = 400gm susu, 100gm air

Cara:
  1. Hiris mushroom.
  2. Cairkan butter dan masak mushroom dan sedikit mix herb hingga lembut.
  3. Masukkan cream, air dan tepung dan serbuk pati ayam. Kacau sentiasa.
  4. Perasakan dengan garam. Masak sehingga pekat.
  5. Setelah agak sejuk masukkan dalam mangkuk kecil atau foilcup (3/4 penuh je). Tutup dengan puff pastry yg telah dipotong dan di sapu dengan kuning telur. Atau boleh sapu kuning telur di bahagia permukaan mangkuk/foilcup. Nak bagi puff melekat pada acuan.
  6. Kemudian sapu kuning telur diatas permukaan atas puff tadi. Buatkan lubang dan bakar selama 14 minit - 16 minit pada suhu 180 C atau sehingga kekuningan.


yummmm berselera anak-anak makan....
memang kegemaran diaorg mushroom soup ni...


2 comments:

Deliah's Deli said...

tgk kat fb td..ada lebih?

Suzi said...

terlambatlah deli....:)