Monday, December 6, 2010

Egg In Toast

Menu sarapan kami pagi ni. Egg in toast, sosej dan red bean. Jom sarapan!



Ramai dah yg buat egg in toast ni. Bahan2nya pun mudah. Buat pun senang.
Klik---->Cik Mat Gebu, Kak Nor, Leen, Mama Fami
Resepi kat bawah sy ambil dr Dapur Cik Mat Gebu. Boleh tengok step2nya kat sana ye. Terima kasih berkongsi resepi!

Bahan-bahan:
  • Roti sandwich secukupnya - 1 set = 2 keping roti
  • Telur gred "C" secukupnya - 1 set = 1 biji telur (sy guna gred B)
  • Mentega secukupnya
  • Serbuk lada hitam
  • Keju jika suka - sy tak letak
  • Cookie cutter saiz besar
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, ambil satu set roti (2 keping). Satu keping, diterap dengan cookie cutter dan sapu sedikit mentega. Pada kepingan satu lagi, disapu juga dengan mentega dan tabur serbuk lada hitam. Letak roti yang berlubang diatasnya, tekan2 sedikit supaya lekat. Buat hingga habis.
  2. Pecahkan satu biji telur dalam satu bekas. Kemudian tuang perlahan2 dalam lubang tadi.(sy terus pecahkan ke dalam lubang perlahan2) . Buat sama untuk yang lain. Tambah sedikit hirisan keju jika suka.. Tambah sedikit hirisan keju jika suka.
  3. Bakar dalam oven semalam 15 - 20 minit atau sehingga permukaan telur kelihatan 1/2 masak. Kemudian keluarkan dan boleh hidangkan sebagai sarapan. Tabur sedikit lagi serbuk lada hitam jika suka...


3 comments:

izahdaut said...

akak..nakkk..saya pun tak buat lagi..simple je pun, tapi takkk jugak nak datang seruu..hehe

indahhouse said...

Salam kak Suzi,
Apa khabar kak?
Fuiyoo... cantiknya egg in toast kak Suzi. Makan ngan kacang panggang lagi, tentu menyelerakan.

K.Nor said...

tumpang egg in toast kat sini boleh? :)