Thursday, December 30, 2010

Roti Goreng Sosej

Resepi dicuba sebelum cuti-cuti hari tu...sesuai untuk sarapan dan minum petang. Saya masak untuk minum petang....bawa bekal berkelah kat tepi tasik UTP...-:)

Sumber:Resepi Citarasawan

Bahan-bahan
  • 6 keping roti sandwich
  • 6 batang sosej
  • 2 biji telur (asingkan 1 putih telur) - dipukul
  • Breadcrumbs (serbuk roti) secukupnya
  • Minyak untuk goreng terendam

Cara-cara :
1. Gelek roti dengan pengelek hingga nipis.
2. Celup sosej ke dalam putih telur, letakkan diatas roti, kemudian gulung kemas. Gamkan tepi roti dengan telur putih supaya tidak terbuka. Buat hingga habis.
3. Kemudian celupkan ke dalam kuning telur dan golekkan ke atas serbuk roti.
4. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keperangan.
5. Hidang dengan sos cili atau mayonis.


Clean-up !!!


sumber:google

uwaaaa....2 minggu balik kg dan cuti-cuti, rumah berhabuk! jenuh nak kena kemas. Boleh buat saya selsema dan gatak-gatal muka ni...


Alhamdulillah dah selamat sampai ke Tronoh pada hmapir 12am, hari Isnin hari tu. 1 minggu di kg dan 1 minggu jalan-jalan dr Kerteh>Kuantan>Mersing>Melaka dan sekejap di Putrajaya....penat tapi seronok. Banyak kenangan dan pengalaman tercatat.

Paling bermakna bila dapat ziarah ayah dan sedara di Mersing dan juga kawan lama di Trg dan Paka. Terkilan bila tak sempat ziarah kawan lama yg sakit di Dungun walaupun kami plan nak jumpa. Disebabkan dia sakit tak dapat jumpa. Saya pulak takleh nak bergerak sbb hubby kena kerja kat Kerteh. Masa kat Melaka, dapat berita yg dia sudah meninggal dunia. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah.


masakan pertama selepas 2 minggu dapur tak berasap(Selasa). Simple tapi semua orang berselera makan....berselera yg luar biasa... Agaknya sebab semua dah jemu asyik makan kat luar je...


Sunday, December 12, 2010

Balik Kampung!


Malam ni insyaAllah balik TRG. Yeah!! (anak2lah tu sbb balik naik bas). Moga kami selamat sampai. Seminggu lagi baru hubby menyusul...Lama juga kami akan cuti-cuti, mungkin hingga buka sekolah. Banyak dah plan. Moga semuanya dipermudahkan Allah SWT. Untuk yg sudi bertandang, terima kasih. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi...:)


Tapi bukan bas ni....ni bas atuk saya. Balik cuti yg dulu, anak2 tolong ki(nyang diaorg) basuh bas.


SIAKAP BERSOS ASAM JAWA

Siakap bersos asam jawa ni dah tak ingat dah masak bila. Resepi dr dapur UMMI Kuantan. Tapi resepi asal dari Leen Cetusan selera. Terima kasih ye berkongsi resepi. Sedap juga resepi ni. Penyediaannya pun simple je.



SIAKAP BERSOS ASAM JAWA

Sumber: Leen Cetusan Selera

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor Ikan Siakap
  • 1-2 labu Bawang Besar **
  • 4-5 ulas Bawang Putih **
  • Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna - hijau, merah dan kuning - bergantung saiz **
  • (tapi leen belasah semua sebiji)
  • 7-8 biji Cili Padi ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
** - Bahan dicincang kasar.
  • 1/2 biji Gula Melaka (leen guna 2 sudu makan Gula merah)
  • 125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jgn pekat sangat,sederhana saja)
  • Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-
  1. kan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
  2. Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau (Leen goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
  3. Masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
  4. Bila dah didih dan cukup semua rasa, (Leen masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu), dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Tuang atas ikan tadi. Sedia dihidang...
nota: lainkali leen nak tambah tomato cincang atau nenas... mesti lagi sedapppp!...



# nak sambung berkemas. mlm ni balik KG!

Friday, December 10, 2010

Sotong Singgang, Daging Masak Kicap, Mushroom Goreng Tepung

Assalamulaikum...semua ni menu lunch Rabu hari tu. Semalam tak sempat masuk blog. Bz sikit 2-3 hari ni sebab nak siap2 utk balik Kg dan cuti-cuti, InsyaAllah. Saya dan anak-anak balik dulu naik bas(tercapai hasrat anak-anak sy yg minta balik kg naik bas...anak-anak sy cukup suka naik bas...mmm pelik betul.) Seminggu lepas tu baru hubby menyusul. Nak kena prepare banyak benda...tapi hari ni sempat lagi menyelit hehehe...



Sotong Singgang


Resepi K. Nor TRG tapi sy ambil kat myresipi.
K.Nor, sy sharing kat sini ye...thanks....sedap!

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )

  • 500gm sotong
  • 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 in kunyit hidup
  • 1/2 in lengkuas
  • 2 btg serai - diketuk
  • 3 kpg asam gelugur
  • daun kesum
  • secubit belacan
  • garam dan gula
  • 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
  2. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
  3. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
  4. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)
  5. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
  6. Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..




Daging Masak Kicap


Klik SINI utk resepi...




Cendawan Goreng Tepung



Resepi dr Izah Muffin Lover. Thanks Izah ye...



Bahan-bahan:
  • 250 gm cendawan tiram
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 @ 2 biji telur

Caranya:
  1. Cendawan dibersihkan dan disiat-siat mengikut saiz yang diingini. Toskan sehingga kering atau lapkan dengan towel bersih.
  2. Satukan kesemua tepung, rempah kari dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
  3. Kocokkan telur ke dalam mangkuk yang lain.
  4. Panaskan minyak. Celupkan cendawan ke dalam telur, kemudian ratakan ke dalam campuran tepung tadi dan goreng.
  5. Goreng sehingga warna keperangan dan rangup. Siap dihidang.




Wednesday, December 8, 2010

Jalan-jalan Cuti Tahun baru...Pusat Sains Negara.

Assalamualaikum. Hari kedua tahun baru 1432 H. Salam Maal Hijrah buat semua. Dah sarapan? Ni menu sarapan kami hari ni. Roti pita dan chicken slices. Jemput...




Semalam cuti tahun baru kami jalan-jalan ke KL. Ke Pusat Sains Negara dan sempat juga ke I-City. Sebenarnya hubby ke majlis pengumuman pemenang My Selangor Story yg hari tu,so alang-alang dah ke sana bawalah kami sekali jalan-jalan. Bertolak 8am...+- 11 pm sampai rumah. Penat tapi puas sebab tengok anak-anak seronok. Terutama masa kat Pusat Sains yg kebetulan dah bermula pameran dinosaur.


Peserta, penganjur dan penaja MSS2010....tahniah kepada pemenang!!



makan time! utk ikan-ikan kat Pusat Sains...hehehe


kat ruangan pameran sains....


pertunjukan sains...


Dinosaurs a Live!!! org paling ecxited adalah Isa. Sebab di memang peminat dinosour.Tapiiiiiiii......sampai sana takut sebab besar2 dan bunyi mengaum yg ganas hehehe..

"Hai Isa"...
Masa ni Isa ok lagi...takut sikit je...


masa ni dah nangis sebab masa dia pegang satu dinosaur tu, dinosaur tu bergerak tiba-tiba...terkejut dia ...terus ajak balik hehehe


Sekejap je kami kat i-city. Yang bahgian bawah tu belum buka pun lagi. Lampu baru je menyala. Lepas tu terus bertolak balik Ipoh.



Monday, December 6, 2010

Agar-agar Sirap

Saya buat agar-agar ni semalam. Melayan kehendak anak-anak. Simpla dan senang je. Resepi dr dapur Mas-Duniaku. Mas ambil dr majalah Rasa keluaran Oktober 2008. Terima kasih Mas. Akak copy-paste ye.




Bahan :

  • 25 g agar-agar bertali - dalam peket panjang
  • 125ml pati sirap
  • 240gm gula / ikut manis
  • 1.25 liter air
  • 1 helai daun pandan


Cara membuat :
  1. Masak agar- agar dengan air hingga hancur.
  2. Masukkan gula dan kacau hingga larut.
  3. Masukkan pati sirap dan daun pandan, biarkan hingga mendidih.
  4. Tapis dan tuang kedalam loyang / bekas agar- agar.
  5. Sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk.
  6. Potong dengan pisau bersegi jika guna loyang / keluarkan dari bekas agar- agar dan boleh dihidangkan, sedap dimakan sejuk2 dari peti ais....



hiburkan anak-anak dengan bentuk-bentuk comel ni...:)




Ni pulak hasil dr acuan telur bentuk kereta dan ikan tu...comel kan?

tak berapa kemas...kena try lg. telur yg sy pakai agak besarlah rasanya...



* Lunch hari ni masak lauk simple untuk anak-anak je....kami berdua makan nasi kandar...hubby beli kat Ipoh tadi.



Egg In Toast

Menu sarapan kami pagi ni. Egg in toast, sosej dan red bean. Jom sarapan!



Ramai dah yg buat egg in toast ni. Bahan2nya pun mudah. Buat pun senang.
Klik---->Cik Mat Gebu, Kak Nor, Leen, Mama Fami
Resepi kat bawah sy ambil dr Dapur Cik Mat Gebu. Boleh tengok step2nya kat sana ye. Terima kasih berkongsi resepi!

Bahan-bahan:
  • Roti sandwich secukupnya - 1 set = 2 keping roti
  • Telur gred "C" secukupnya - 1 set = 1 biji telur (sy guna gred B)
  • Mentega secukupnya
  • Serbuk lada hitam
  • Keju jika suka - sy tak letak
  • Cookie cutter saiz besar
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, ambil satu set roti (2 keping). Satu keping, diterap dengan cookie cutter dan sapu sedikit mentega. Pada kepingan satu lagi, disapu juga dengan mentega dan tabur serbuk lada hitam. Letak roti yang berlubang diatasnya, tekan2 sedikit supaya lekat. Buat hingga habis.
  2. Pecahkan satu biji telur dalam satu bekas. Kemudian tuang perlahan2 dalam lubang tadi.(sy terus pecahkan ke dalam lubang perlahan2) . Buat sama untuk yang lain. Tambah sedikit hirisan keju jika suka.. Tambah sedikit hirisan keju jika suka.
  3. Bakar dalam oven semalam 15 - 20 minit atau sehingga permukaan telur kelihatan 1/2 masak. Kemudian keluarkan dan boleh hidangkan sebagai sarapan. Tabur sedikit lagi serbuk lada hitam jika suka...


Saturday, December 4, 2010

Apam Coklat

Assamualaikum. Malam ni nak kongsi resepi apam coklat yg saya try masak pagi tadi. Masa nak mix bahan2 buat apam ni, lampu rumah dah berkelip-kelip...mcm tanda2 nak terputus bekalan elektrik. Elok je siap mix, letrik terus takde. Ingatkan semua rumah...rupanya rumah kami je. Terus telefon TNB dan dalam masa 1 jam diaorg dtg betulkan. Alhamdulillah. Tapi jenuh juga lah pagi tadi melayan anak2 yg keboringan dan kepanasan...ajak diaorg main kat luar rumah. Alhamdulillah juga cuaca mendung je pagi tadi. Lepas dah selesai, kami terus je keluar ke Ipoh dan Asar tadi baru balik. Kami ke Ipoh Parade. Bila nampak kedai 100 Yen kat depan Ipoh Parade tu saya cakap kat hubby apa yg ada jual kat situ...mood hubby baik agaknya, lepas makan dia bawa saya ke kedai tu...hehehe. Terima kasih!!... Tapi takde beli apa sangat pun, cuma 2 acuan ni.

bolehlah bentukkan telur jadi bentuk kereta dan ikan pasni...



APAM COKLAT

Sumber : Mas dr Izah dan Kak Nor
terima kasih berkongsi resepi yg sedap ni.

Bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Cara :
  1. Panaskan pengukus yang berisi air hingga mendidih.
  2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lagi boleh gunakan blender.
  3. Masukkan dalam acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
  4. Sedap dimakan panas2.



Rasanya macam kek coklat kukus. Moist.


Friday, December 3, 2010

Nasi Ayam Goreng

Asslamualaikum. Pagi Jumaat yg dingin di Tronoh ni...alhamdulillah. Suka cuaca camni. Dah sarapan? Kami sarapan ala western hari ni. Sosej, telur, roti dan sup cendawan. hari ni kongsi resepi nasi ayam goreng. Masak minggu lepas ni. Ada kelainan sikit dalam memasak nasi ayam ni. Ramai dah kawan2 yg mencuba resepi ni. Antaranya, AlongRoz, Hana, Yatie, Kak Nor dan ramai lagi. Resepi ni sy copy paste dr Kak Nor. Terima kasih ye berkongsi resepi.




Bahan-bahannya:

Untuk ayam:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.


Kami makan dengan sup ayam dan salad sayur....yummm!

Thursday, December 2, 2010

Bingka Ambon.

Jalan-jalan kat dapur yatie(..::~**Sinar Kehidupanku**~::..), ternampak bingka ni. Lain dari yg biasa. Rupa dia berongga macam kek sarang semut. First time jumpa....dah tentu belum pernah makan. Semalam saya mencuba resepi bingka ni. Alhamdulillah menjadi dan orang kat rumah ni suka. Resepi asal dr Citarasawan@myresipi.Terima kasih yatie dan kak wan kerana berkongsi resepi.


saya guna acuan berlubang kat tengah....



Bahan-bahan ( 14 biji )

Bahan A
  • 1 sudu besar yis segera
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 125ml air suam
  • 150gm tepung gandum

Bahan B

  • 150gm tepung ubi
  • 300gm gula pasir
  • 5 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh esen pandan/vanila
  • 50ml air daun pandan
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau
  • mentega cair utk meleser
Bahan C
  • 450ml santan pekat dimasak hingga mendidih dan disejukkan.
  • Hiasan : Bijan - kali ni sy tak letak
Cara-cara
  1. Bancuh bahan A dalam mangkuk yang besar hingga rata dan perapkan selama 1 jam, biar adunan mengembang.
  2. Pukul telur, gula, esen pandan dan garam hingga kembang. Masukkan kedalam bahan A, gaul perlahan-lahan sambil masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit. Kemudian tuangkan bahan C, santan yang telah disejukkan tadi. Kacau rata dan masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Kisar sekejap dengan blender dan perap adunan selama 2 - 3 jam.
  3. Leser acuan dengan majerin dan panaskan dalam oven selama 10 minit. Masukkan 3/4 adunan kedalam acuan-acuan kecil. Tabur bijan atau kepingan badam dan bakar pada suhu 160c api atas dan bawah selama 40 minit hingga permukaan adunan mengerutu dan kekuningan.
  4. Cucuk dengan lidi jika adunan tidak lagi melekat, bolehlah diangkat.
  5. Kuih ini melekit sewaktu dipotong ketika masih panas tetapi akan bertambah lembut jika dibiarkan sejuk (4 - 5 jam) pada suhu bilik.

yummm. sedap juga bingka ni.


Wednesday, December 1, 2010

Ayam Singgang

Assalamualaikum. Salam pagi Rabu. Dah sarapan? Hari ni sy sarapan nasi goreng sambal belacan(lebihan mlm tadi) dan cucur bilis. Kata my hubby, "sedapnya sarapan hari ni"...dah lama sy tak masak nasi goreng.
Pagi ni nak kongsi resepi ayam singgang. Lauk dinner semalam. Lawan dengan bendi dan sambal belacan mangga. Fuh! berselera sungguh makan. Tambah pulak lunch semalam saya tak masak nasi, makan kue tiaw kuning goreng je (lebihan sarapan)...hubby pulak tak balik makan.






Sumber:
Ummi's Kitchen
-terima kasih berkongsi resepi.



Bahan-bahan:
  • beberapa potong ayam (size ikut suka)- kecil sesuai
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat) - sy hiris
  • 4 ulas bawang putih (dihiris halus) - sy ketuk
  • sedikit Lengkuas ( dihiris halus)
  • sedikit halia (dihiris halus)
  • satu sudu ketumbar (tumbuk kasar) - sy guna yg serbuk
  • 2 keping lada kering ( dikerat 3) - lebih pun xpe kalu nak pedas - sy ketak cili segar
  • 2 asam keping
  • 1 liter airgula dan garam secukup rasa

-yg ni saya tambah
  • sedikit lada hitam- tumbuk kasar
  • serai - diketuk
  • sedikit daun kesum


Cara-cara:
  1. Rebus air dalam periuk
  2. Masukkan bawang, lengkuas, halia, cili kering, ketumbar, asam keping, lada hitam serai dan daun kesom. Didihkan hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan ayam dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  4. Biarkan mendidih lagi hingga ayam sudah masak.

Ayam singgang, bendi celur dan sambal belacan mangga....makan dengan nasi putih. Fuhhhh! Terangkat!