Tuesday, October 5, 2010

Roti Sardin

Sarapan kami hari ni....setelah sekian lama tak masak untuk sarapan. Asyik beli je... tak pun makan roti je ...Resepi asal dari Kak Nor tapi saya celuk kat dapur Kak Mimi. Terima kasih berkongsi resepi. Saya copy paste ye...


ROTI SARDIN
  • 10 bj bun burger
  • 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
  • 1 labu bawang besar ~ didadukan
  • 1 bj cili merah ~ dicincang ( mcm biasa sy tak letak ni...demi anak2 hehehe...)
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 2 bj telur
  • minyak

Untuk Inti:
  1. Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
  2. Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
  3. Padamkan api dan kacau hingga sebati.
  4. Ketepikan.

Cara2
  1. Potong dua bun burger.
  2. Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
  3. Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
  4. Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
  5. Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
  6. Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
  7. Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
  8. Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
  9. Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..


5 comments:

K.Nor said...

mekasih suzi, try resipi ni.. :)

Anonymous said...

Ooo... sedap tu.

Kak tie dah lama tak buat, sejak bulan puasa dulu..

Yat Maria said...

Suzi..

memang sedap roti nih kan..selain senang nak wat :) kita pun suker ..

Deliah's Deli said...

salam suzi...ooowhhh, kat mesia sumer pakai beli jerk yerk...;))))))

*tgk roti tu rase lapaor la plak..padahal br jer lepas mkn malam :)

Suzi said...

kak nor,
sama2. terima kasih juga berkongsi resepi. org kat rumah ni suka...ptgnya buat lg...

kak tie...
sedap dan senang ...

yat maria,
senang tu yg paling ptg hehehe...

deliah,
tau takpe! hehehe...