Monday, May 4, 2009

Popia Kentang

Resepi copy-paste dr daput Kak Rinnchan...terima kasih...


POPIA KENTANG
Sumber :
MummyJam via Kak Rinnchan

Bahan-bahan inti :
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih

Secubit serbuk lada hitam kasar
5 tbs daging cincang
1/2 cwn bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang

Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis


Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. S
ejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan.




Cepat dan mudah disediakan serta rasanya... yummy!... sedaaaaap.




6 comments:

Anonymous said...

Ooo...kak tie suka popiah. Tak kiralah inti apa pun, semua boleh telan, he he..

ain said...

bestnya buat minum petang kan.

azreen said...

sedapnye....

Aiyu Esa said...

ari nie try buat..hopefuly jadi...nampak sedap popia akak..tu yg teringin nak makan popia..

Suziey Ahmad said...

waaa byknye mknaan yg xsempat dimkaan..ekek:D

zureen @ mama said...

zureen suka sgt popia..terutama sekali popia basah..nyum3