Sunday, April 26, 2009

Kisah snake-charmer....


Buat renungan bersama. Ni antara bayan masa hubby pergi Ijtimak katMelbourne...saya copy-paste dr blog my hubby...

Setelah makan tengahari, jemaah diberi masa untuk rehat sebelum Asar. Bayan pendek diberi oleh Imam sebuah masjid di Melbourne yang berasal dari Turki. Yang paling menarik ialah tamsilan beliau mengenai nafsu manusia. Dikisahkan begini. Seorang snake-charmer, mencari rezeki dengan ular-ular berbisa di sebuah kampung. Suatu ketika beliau berfikir bahawa jikalau beliau dapat mencari ular yang besar, maka sudah tentu lebih ramai penonton yang akan hadir melihat persembahan beliau. Maka dicarinya di dalam hutan dan beliau terjumpa seekor ular yang sangat besar yang sedang tidur, disangkanya mati. Fikir beliau, mati pun OK lagi sekurang-kurangnya ular itu besar dari biasa. Maka dibawa ke dalam kampung tersebut dan diiklankan kepada khalayak ramai. Berpusu-pusulah orang kampun berkumpul untuk melihat ular yang besar itu. Ular tersebut sebenarnya sedang tidur disebabkan kesejukan di dalam hutan. Tetapi apabila masuk dalam kampung, suasana agak panas dan ular tersebut terjaga dari tidurnya. Orang kampun bertempiaran lari sedangkan si snake-charmer tersebut berdiri tegak disangkan ular tersebut dapat dijinakkan. Terus dibaham snake-charmer tersebut. Moral kisah: Nafsu kita dalam masjid dikekang oleh suasana agama maka nafsu itu tidur. Namun apabila suasana hilang ketika berada di luar masjid (atau berada dalam kawasan yang mana nafsu itu boleh 'dihangatkan') maka ia akan memusnahkan kita. Jadi, suasana perlu diwujudkan di luar masjid supaya nafsu ini senantiasa dapat dikekang.

Lagi: bahagian 1 bahagian2 bahagian3 bahagian 4

7 comments:

GREENJADE said...

tu la kan..manusia nih..nafsu yg x pnah puas..

malah kdg2 lupe nk bsyukur

niway, mmg simbolik & menarik dis stori..bagus to remind aourselves

Juwita Jamaludin said...

bagus la cerita ni kak.. banyak manfaatnya.. kita manusia ni memang pelupa...

Suziey Ahmad said...

waa bagus kisah ni...tu la manusia slalu kalah ngn nafsu..

Anonymous said...

Kisah yang menarik....baguslah kerana saling mengingatkan... :)

zureen @ mama said...

Bagus moral of the story..cerita ular ni..

ain said...

kisah yg bagus utk dijdkan pengajaran!

Mamasya said...

Suzi...

menarik kisah ni....
mmg sukar kawal nafsu..
satu lagi kisah ular ni umpama ungkapan org tamak selalu rugi..
tq wish besday Syazrin..