Friday, April 3, 2009

Baked Spanish Omelette


Buat utk sarapan pagi tadi dan bekalu lunch Iman n Ismail. Resepi cindaibiru@MYR tapi saya ambil dr dapur UMMI kat Kuantan nun. TQ utk kalian berdua berkongsi resepi ni...
Saya punya tak cantik....


Bahan-bahan:- (Ummi guna tray muffin - 9 ketul)
  • 4 biji telur
  • 150ml susu segar
  • 100g garden peas / brokoli- letak mix bean yg dalam tin
  • 1 biji bawang besar (Dadu)
  • 2 biji kentang saiz sederhana (Dadu)
  • 2 sdb olive oil - saya guna minyak masak biasa je...
  • 1 ulas bawang putih (Cincang)
  • 5 keping hirisan tomato
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-Cara:-

  1. Naikkan suhu oven 180'C. Sapu butter pd tin pembakar dan ketepikan.
  2. Panaskan olive oil, tumis bawang besar dan kentang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan gaul hingga kentang lembut.
  4. Masukkan peas atau brokoli dan tutup api. Gaul hingga rata. Masukkan ke dalam tin pembakar. Ketepikan.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn garpu sekejap, masukkan garam dan serbuk lada hitam, pukul lagi.
  6. Masukkan susu segar, pukul hingga sebati. Tuang ke dalam tin pembakar.
  7. Atur hirisan tomato di atasnya.
  8. Bakar selama 45 minit, 180'C atau hingga masak.

5 comments:

Unknown said...

Salam Jumaat Suzi,

Waduh-waduh... menariknya omelet tuuu. Tentu rasanya sedap. KakChik dah banyak hari tak masak sebab dok prepare nak exam yg bermula esok.

Pos ke sini barang sedikit boleh ke?

ain said...

su...syoknya tengok omellete su. mengancam!

Suziey Ahmad said...

hoh..tedapnye kak suzi..lapo ni..lunch time..harusla lapo kan..:D

NekPP said...

salam jummat sus..yumyummyy..idea menarikk nihh..anak2 nekPP stat cuti skola..wahh legaa otak..xler blur!hehe..

azreen said...

sedapnye suzie....terliur nengok