Monday, August 18, 2008

Parker house rolls

kitaorg makan dengan salami...


Resepi dari noreen-homecooking. Sarapan pagi merangkap lunch (bekal) utk anak2 dan hubby.

Bahan-bahan (8 biji):
  • 200gm tepung roti
  • 50gm wheat flour - saya guna whole-wheat flour
  • 3gm (1 camt) instant yeast
  • 25gm gula pasir
  • 4gm garam
  • 5gm tepung susu
  • 25gm telur - 1/2 biji
  • 25gm unsalted butter - saya guna minyak masak
  • 132gm air

sedikit salad oil/olive oil/mentega - untuk sapuan
sedikit olive oil - untuk sapuan

cara-cara:-
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh. Tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam.
  2. Keluarkan doh dan letakkan atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin.
  3. Kemudian bahagikan doh kepada 8 dengan setiap satu seberat 60gm dan bentukkan menjadi bola. Rehatkan selama 15 min.
  4. Selepas itu canaikan sebiji doh menjadi bujur dan sapukan salad oil/olive oil atau mentega di atas doh tersebut.
  5. Lipatkan dua doh tersebut dan susunkan ke atas baking tray yang telah di griskan terlebih dahulu. Lakukan dengan doh yang seterusnya sehingga habis.
  6. Setelah siap biarkan doh naik dua kali ganda dalam 1 jam. Kemudian sapu dengan susu pada permukaan roti dan bakar pada suhu 200C selama 8 min.
  7. Kemudian turunkan suhu oven pada 180C selama 4 min atau sehingga masak (kepanasan suhu bergantung pada oven masing2).
  8. Keluarkan dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut.
  9. Bolehlah di makan bersama2 dengan daging burger, sosej, telur goreng dan sebagainya.

maaflah tergaring sikit...huhuhu... tapi sedap...

2 comments:

Tirana said...

Nampak macam sedap..nak kena cuba ni. Kalau tak ade bread maker macam mana ye?

Suzi said...

salam tirana...

cuba jgn tak cuba. takde BM pun blh... uli semua bhn tu sehingga jadi doh lembut dan tak melekat kat tgn...dlm 15 min kot...lepas tu letak dlm mangkuk dan tutup dgn plastik cling biarkan 1 jam @ naik 2 kali ganda. dulu saya buat roti uli dgn tgn je...tapi jenuh jugalah hehehe...