Tuesday, May 19, 2009

RICH ORANGE CAKE

Resepi dr dapur yatt....sedap...terima kasih yatt berkongsi resepi..:)

Bahan2:

  • 1 cawan tepung cake
  • 125 ml butter di cairkan
  • 3 biji telur
  • 75ml orange juice ( 1 biji oren besar)
  • parutan kulit buah oren kikis di bahagian oren je jgn sampai ke kulit putih
  • 1 biji lemon juice
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu pewarna kuning
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil cream of tartar

Cara-caranya;

  1. blend telur bersama cream of tartar sehingga kembang, masukkan gula, pukul lagi. Kemudian masukkan orange juice, lemon juice dan pewarna kuning. Masukkan pula butter yang telah di cairkan pukul lagi. Akhir sekali gunakan spatu masukkan tepung kek, kulit oren bersama baking powder, kacau dengan satu arah 4-5 kali jek dah cukup, jangan kacau lebih-lebih.
  2. topping taburkan aising sugar atau
  3. panaskan juice oren bersama aising gula kemudian tuang di atas kek lagi sedap kalu takde juice oren boleh guna oren sunkist yang dalam botol tu. seperti untuk buat kek kalu takde buah oren boleh guna oren sunkist dalam botol tu.
Baru masak...utk minum petang nanti...
Jemputlah jamah...minta diri dulu ye dah pukul 12 nak siapkan Sumaiyyah nak ke kindy....

Monday, May 18, 2009

Happy B'day.

Kad ni khas buat.. Ummu Fatimah Azzahra.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Apam Belanda

Terliur tengok apam ni kat dapur Hana hari tu...bakar dalam oven je. Acuan btk bulat tu terjumpa kat sunday market hari tu..Letak inti kaya.Asal resepi dr Saji Online, copy paste dr dapur Hana...terima kasih ye...

Bahan-bahan

  • 250ml susu cair
  • 150 tpg gandum
  • 50g tpg jagung
  • 40g gula halus
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 biji telur
  • 60g mentega - cairkan
  • INTI - coklat chip. - tp hana gune inti kaya ngan kcg merah.

Cara-cara
  • Satukan semua bahan dan gaul rata. kecuali susu dan telur.
  • pukul telur guna garfu sekejap. masukkan beserta susu cair ke dalam tpg. gaul sebati.
  • rehatkan adunan selama sejam. tutup dengan kain atau plastik wrap.
  • kemudian masukkan butter yg dcairkan tadi dan gaul semula sebati.
  • panaskan acuan ( kuih cara atau bahulu ) dengan butter atau minyak.
  • sudukan adunan dan masukkan isi inti kegemaran.
  • tuang lagi adunan agar menutupi isiannya.
  • bila dah kembang dan kuning, angkat!


Pau Noorma

Resepi dr Noorma tapi ambil kat dapur Hana. Masih kena byk belajar lagi ni...kulit pau ku tak cantik....anyway tq utk Noorma n Hana berkongsi resepi.


Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis kering - hana wat 21/2 sudu kecil - ikut hana 1/2 sudu teh baking powder
4 sudu makan gula castor
1 sudu makan lemak sayuran (shortening)
1 sudu teh bread softener
1 sudu teh bread improver
1/2 cawan susu cair - hana gune susu segar suam
hana tmbh garam skit

Cara-cara
> Satukan sume bahan dalam mangkuk adunan.
> Uli sebati dengan memasukkan susu cair sedikit demi sedikit. Bila dh lembut, rehatkan sehingga naik dan tumbuk untuk keluarkan angin (mcm buat roti gak la....)
> Bahagikan doh kepada beberapa bahagian
> Masukkan inti dan tutup kemas.
> Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi dan susun didalam pengukus.
> Rehatkan pau dan biar ia naik lagi.
> Panaskan periuk kukus dan biar air betul2 mendidih.
> Atur pau dalam periuk kukus dan tutup (bungkus tutup mengukus untuk elak air kukusan jatuh ke atas pau, nanti pau jadi tak cantik dan menggerutu) -punyerlah aku ikat sekuat ati kain tuh! hahahahahaa...
> Kukus pau selama 15 minit.


letak inti kaya pandan...

Saturday, May 16, 2009

" Ni bapak..."

"Ni bapak..." kata Sumaiyyah malu2...Tersenggih my hubby tengok. Ada kepala n kaki je hihihi...Tapi oklah juga sbb ada spek n janggut bapak yg sikit tu....


"My family"...sekarang ni Sumaiyyah tengah belajar pasal family kat kindy.
Satu je yg ada rupa...yg lain bulat je...hihihi

Kat kindy Sumaiyyah takdelah belajar secara formal pasal satu2 benda..Masuk kelas , aktiviti pertama aktiviti bebas...ada yg buat painting, ada main dress up, ada buat kraf, ada main doh. Cikgu yg 3-4 org tu akan pergi kpd setiap individu bergilir2.Lepas tu rehat makan buah. Lepas makan biasa akan main kat luar pulak. Lepas tu baru belajar sikit sambil nyanyi2...bercerita dll. Itu yg seronok nak ke sekolah.

ni kraf yg paling suka Sumaiyyah buat....org suka melawa...
Setiap kali kalau cikgu ada sediakan bahan untuk buat rantai...dia akan buat...dah berapa utas dah, ada yg dr straw...dr pasta....


Pandan Kaya Bun

Pertama kali tengok roti ni kat FB Kak Rinn, dah teringin nak buat tapi malas nak buat kaya. Semalam rajin sikit...terus buat kaya perasa pandan. So, hari ni bejaya buat roti ni...tapi dalam bentuk bun. Kak Rinn buat bentuk roll. Tapi resepi copy-paste dr dapur Cik Mat Gebu...terima kasih buat dua2 sifu masak ni. Saya byk dapat ilmu dr diaorg.


BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya - saya guna perisa pandan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...
**utk kali ni saya tak letak serbuk santan sbb takde. Bread improver pun tak letak. Butter ganti dgn minyak masak. Tapi alhamdulillah hasilnya amat memuaskan.

sebelum bakar...

sedap roti ni...lembut dan gebu sgt...Alhamdulillah kenyang perut anak2 ku yg asyik ckp lapor je ni hihihi. Lambatlah lunch kot...Hanya sebahagian je letak kelapa...takut anak tak suka...



Kaya Perisa Pandan



Sumber dr: Ros. Terima kasih


Bahan2:

3 biji telur

220 gram gula ( kena letak gula banyak sikit untuk kaya tahan lama)

1 tin santan

beberapa titik perasa pandan

beberapa titik pewarna hijau

1 sudu besar bancuhan tepung gandum

satu helai daun pandan di simpul

Caranya.

1. Bancuh semua didalam bekas adunan dan kacau di dalam periuk hingga pekat, kena kacau selalu ye guna api sederhana. Bila kaya agak pekat, jangan terlalu pekat ( agak-agak je) tutup api dan sejukkan dahulu sebelum diletakkan di dalam botol atau bekas. Simpan di dalam peti ais. Selamat mencuba.


Friday, May 15, 2009

Hari Mee...

Semalam hari mee kat rumah ni...apa taknya dr pagi hingga malam menu mee je. Pagi2 makan roti tapi saya masakkan mee goreng utk bekal lunch anak2...so, pagi tu blh makan mee juga dan baki masih ada jadi lunch pum mee tu juga.




Mee Rebus Terengganu


Mee rebus Trg ni pulak utk dinner anak2. Teringat dulu2 anak2 saya cukup suka mee rebus ni...balik Trg selalu je beli kat kedai sebelah rumah tak pun nenek saya masak. Simple tapi sedap...Kalau mak saya buat kadang dia letak bebola ikan yg dia buat sendiri. Bila tengok kat dapur Ela hari tu teringin pulak nak buat utk anak2. Resepi copy paste je kat dapur Ela...thanks Ela...(sekapal tu...) Bahan berdaging yg dalam tu saya letak ayam je ....


BAHAN2:

  • 5 ulas bawang merah }
  • 2 ulas bawang putih } tumbuk
  • 1 sudu besar biji lada hitam }
  • 200 g mee..
  • seikat sawi potong
  • 2 biji telur
  • semangkuk udang
  • 2 buku tauhu
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • perasa
CARA2

-panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing
-masukkan air, garam dan perasa hinga mendidih
-kemudian masuk tauhu dan udang...tunggu hingga udang masak
-pecahkan telur..biar telur berbungkus elok..
-masuk lagi sawi n mee...
-bila hidang tabur serbuk lada hitam kalau suka pedas....



Kue Teow Goreng

Ni pulak dinner utk saya n hubby. Konon2 nak buat penang fried kue teow mcm NekPP buat tapi bahan2nya tak berapa cukup tapi buatlah juga. Hubby cakap sedap....tu yg penting hihihi.
Nanti lain kali beli bahan2 secukupnya dan buat lagi. Thanks NekPP berkongsi resepi. Saya copy-paste juga resepi asal dr NekPP, nanti nak buat lagi...

bahan2
  • 5 tbspn oil
  • 1 rounded tbspn roughly chooped garlic
  • 200 g ( 1 cup) medium size prawns; shelled
  • 200 g ( 1 cup) 'kerang'
  • 500 g fresh flat rice noodles ** kway teow maa
  • 200 g ( 4 cups) bean sprouts
  • 150 g (3/4 cup) chinese chieves ** ku chai maa
  • 4 eggs
  • salt
  • pepper
chili paste
  • dried chillies *sliced; soaked & drained
  • 1 tspn crumbled shrimp paste (belacan maa)
Sauce
  • 1 tbspn light soy sauce
  • 1 tbspn dark soy sauce
  • 1 tspn sugar
  • 1 tbspn water
cara2 msak seperti goreng mee mcm biasa ler yer.. jangan mareee ;)))