Thursday, December 18, 2008

Salam dr Canberra



Pandai koala ni posing...kan?...comel....



Salam dari Canberra buat semua....kami semua sihat2 aje cuma letih je...tapi masih blh tersenyum mcm koala yg comel tu. Gambar tu ambil kat wildlife park kat sydney tadi....



Kami baru sampai di Canberra dr Sydney tadi. Maaf tak dapat nak update blog coz balik bilik je dah penat...huhuhu...ada juga yg rasa rajin nak update tapi line internet pula tak dpt....saya pakai 3G mobile ni...

Esok buat passport Isa...lepas tu ke Wagga Wagga...Ahad balik ke Adelaide. Banyak cerita suka duka yg nak dikongsi...nantilah ye...



Terima kasih atas kunjungan dan doa kalian semua....salam sayang buat semua.... :)

Sunday, December 14, 2008

Cuti2....

Salam semua...
Jap lagi kami akan bertolak utk projek hujung thn kami...cuti2 selama seminggu...tujuan utama nak buat passport Isa sebenarnya. Sekarang ni tengah tunggu hubby ambil mpv kat tempat sewa. Kami pergi 3 keluarga. Persinggahan pertama Mount Gambier. Doakan kami semua selamat sampai ye...kalau berkesempatan nanti saya akan update blog insyaAllah...


Thursday, December 11, 2008

Hari akhir Ismail di kindy....

Hari ni hari terakhir Ismail kat kindy Modbury South Pre School. Ada majlis ringkas utk beri sijil dan buku laporan...Teacher dia je yg bagi coz pengetua tak dpt datang. Layan jelah gambar2 ni...Sekali lagi saya jadi jurugambar coz hubby tak dpt ikut... ada meeting dgn supervisor....


tengah bagi kerja tangan kat empunya masing2...satu beg plastik...huhuhu....tambah koleksi...bertambah kotak...nak buang sayang....

Ismail menunggu giliran dipanggil....

Tiba giliran Ismail ambil buku laporan.....

lepas tu ambil 'diploma'....


lebar senyum Ismail...

Inilah antara kerja tangan yg dibawa balik...huhuhu....


yang lawaknya dalam laporan ni....cikgu cerita yg Ismail juga dipanggil Brad Pitt coz kadang2 suka 'berlakon'....


Buku laporan aktiviti Ismail kat sekolah...dgn gambar2 dan hasil kerjanya juga....


Sumaiyyah dan Isa....


Brownies utk Ismail dan kawan2 dr saya....

ISA


Perbezaan muka Isa....waktu 2 bln dan 1 thn 9 bln.....Tak ketara sangat...kan?. Gambar umur 2 bln tu ambil utk buat sijil kelahiran dan gambar terbaru tu untuk buat passport nanti.

Wednesday, December 10, 2008

Hati dan pedal ayam masak kicap

Senang dan sedap bak kata tuan punya resepi noreen@myresipi.com
Terima kasih berkongsi resepi....Noreen hanya guna hati ayam...


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 500g hati ayam
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil cili boh- tak letak...
  • 1 labu bawang bangla (dipotong 4 atau 6)
  • 1 batang cili merah - dihiris serong
  • 1 batang cili hijau - dihiris serong- tak letak
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan kicap manis
  • Garam Secukup rasa

Cara-cara

  1. Bersihkan hati ayam dan lumurkan dengan serbuk ketumbar, cili boh dan serbuk kunyit. Ketepikan
  2. Panaskan minyak sedikit dan tumis bawang putih dan halia
  3. Masukkan hati ayam dan serbuk lada hitam & putih
  4. Gaulkan dan tutup kuali selama 5 minit
  5. Buka kuali dan balik2kan hati dan tutup lagi kuali selama 5 minit
  6. Kemudian buka penutup kuali dan masukkan cili hiris, bawang, tomato sos dan kicap manis
  7. Masukkan garam sedikit. Balik2kan lalu matikan api sesudah hati ayam menjadi empuk.
  8. Boleh tambahkan sedikit air jika teralu kering

Roti Cookie


Sardin roll ni buat utk sarapan pagi tadi...lebihan kulit roti tu saya buat cookies kat bawah ni....

Resepinya ambil dr dapur Kak Jun...luarnya rangup dan lembut kat dalamnya. Rasa mcm puding roti pun ada...

Bahan-bahan:
  • 100g roti (plain bread)
  • 40g fresh milk
  • 25g telur (1/2 biji)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 40g dry fruit (akak guna raisin n coklat cip aje..)- saya letak choc chip je....atasnya hias manik warna-warni

Cara-cara:

  1. Potong dadu roti kecil-kecil. Panaskan oven sehingga 180 degree.(saya potong ikut suka je hihihi..)
  2. Masukkan fresh milk, telur dan tepung ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau lagi.
  3. Masukkan roti dan dry fruit. Kacau serata. Kemudian buat bentuk bulat kecil-kecil.
  4. Bakar selama 15~20 minit.
  5. TIP: Kalau nak lagi rangup, roti tu hendaklah dikeringkan dulu dan hancurkan jadi macam bentuk breadcrumbs. Masa bakar pun kena pendekkan iaitu 12~13 minit.

Tuesday, December 9, 2008

Cerita Hari Raya Korban.....

Tak ada apa yg menarik pun raya korban kali ini. Tak beraya ke mana pun. Tapi tetap pakai baju raya. Terima kasih buat famili saya kat kg coz belikan kami baju raya. Baru sampai semalam. Terutama buat bonda tersayang...belikan baju raya buat saya yg dah jadi isteri org ni pun. Siap dgn tudung lagi. Sayaaaaang semua....
Juadah yg dimasak cuma
nasi tomato dan glazed chicken serta kari daging....kuih bakar dan kek epal. Selepas hubby balik dari sembahyang sunat raya kami makan dan lepas tu pergi kedai gambar(dgn pakai baju raya tu hihihihi....)....buat gambar passport utk Isa. Tak sabar rasanya nak pergi cuti2 dan buat passport Isa. Kami akan bertolak Ahad ni. Banyak benda dah kena selesikan ni...harap semuanya akan berjalan lancar.



Terima kasih buat teman2 yg memberikan kad2 raya ni. Semoga kalian semua ceria dihari mulia ini....moga ukhuwwah kita berpanjangan....

From Azza


From Alia