Thursday, January 6, 2011

New Members!

Perkenalkan member baru dlm famili kami:


yg ni lebih aktif...terhibur tengok gelagat si comel 2 ekor ni.

tido ke??...

Comel tak?? Dah lama Ismail nak kura-kura kecil utk dijadikan pet dan selalu jawapan kami, tunggu sehingga dia dapat uruskan diri sendiri baru boleh ada pet dan tunggu bila dah pindah rumah sendiri. Tapi entah macamana mood my hubby ok kot ptg semalam...belikan dua ekor kura-kura kecil ni.




Buat masa ni nilah penempatan kura-kura kecil tu...yg asas je dulu.
Takde pengalaman nak jaga kura-kura ni. Kawan-kawan yg ada pengalaman bolehlah share ye...



Wednesday, January 5, 2011

Moist Roast Chicken

Assalamualaikum. Hari ke 5 tahun baru...macamana? Semoga setiap hari kita menjadi yg lebih baik dari hari sebelumnya. Bermula persekolahan sesi ni, semua anak-anak saya bersekolah. 2 di sekolah kebangsaan dan 2 di PASTI. Alhamdulillha dapatlah ibu dia 'berkeseorangan' sekejap. Nikmat tu hehehe...

Lunch hari ni saya masak ayam guna resepi Moist Roast Chicken dr blog Hana. Resepi asal dr tulip. Dah ramai juga yg mencuba resepi ni. Tapi....kan, disebabkan nak cepat sy bakar dalam kuali je...Ok je...janji masak, kan? Makan dengan nasi karot dan salad telur. Brrr, alhamdulillah kenyang.



Boleh klik SINI untuk resepi ayam ni...




Antara azam thn ni....nak rajin2 beriadah....Hari Rabu ada kelas aerobik kat UTP.Siapa nak ikut?? (Dalam bilik tertutup) Jom!!!



Thursday, December 30, 2010

Roti Goreng Sosej

Resepi dicuba sebelum cuti-cuti hari tu...sesuai untuk sarapan dan minum petang. Saya masak untuk minum petang....bawa bekal berkelah kat tepi tasik UTP...-:)

Sumber:Resepi Citarasawan

Bahan-bahan
  • 6 keping roti sandwich
  • 6 batang sosej
  • 2 biji telur (asingkan 1 putih telur) - dipukul
  • Breadcrumbs (serbuk roti) secukupnya
  • Minyak untuk goreng terendam

Cara-cara :
1. Gelek roti dengan pengelek hingga nipis.
2. Celup sosej ke dalam putih telur, letakkan diatas roti, kemudian gulung kemas. Gamkan tepi roti dengan telur putih supaya tidak terbuka. Buat hingga habis.
3. Kemudian celupkan ke dalam kuning telur dan golekkan ke atas serbuk roti.
4. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keperangan.
5. Hidang dengan sos cili atau mayonis.


Clean-up !!!


sumber:google

uwaaaa....2 minggu balik kg dan cuti-cuti, rumah berhabuk! jenuh nak kena kemas. Boleh buat saya selsema dan gatak-gatal muka ni...


Alhamdulillah dah selamat sampai ke Tronoh pada hmapir 12am, hari Isnin hari tu. 1 minggu di kg dan 1 minggu jalan-jalan dr Kerteh>Kuantan>Mersing>Melaka dan sekejap di Putrajaya....penat tapi seronok. Banyak kenangan dan pengalaman tercatat.

Paling bermakna bila dapat ziarah ayah dan sedara di Mersing dan juga kawan lama di Trg dan Paka. Terkilan bila tak sempat ziarah kawan lama yg sakit di Dungun walaupun kami plan nak jumpa. Disebabkan dia sakit tak dapat jumpa. Saya pulak takleh nak bergerak sbb hubby kena kerja kat Kerteh. Masa kat Melaka, dapat berita yg dia sudah meninggal dunia. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah.


masakan pertama selepas 2 minggu dapur tak berasap(Selasa). Simple tapi semua orang berselera makan....berselera yg luar biasa... Agaknya sebab semua dah jemu asyik makan kat luar je...


Sunday, December 12, 2010

Balik Kampung!


Malam ni insyaAllah balik TRG. Yeah!! (anak2lah tu sbb balik naik bas). Moga kami selamat sampai. Seminggu lagi baru hubby menyusul...Lama juga kami akan cuti-cuti, mungkin hingga buka sekolah. Banyak dah plan. Moga semuanya dipermudahkan Allah SWT. Untuk yg sudi bertandang, terima kasih. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi...:)


Tapi bukan bas ni....ni bas atuk saya. Balik cuti yg dulu, anak2 tolong ki(nyang diaorg) basuh bas.


SIAKAP BERSOS ASAM JAWA

Siakap bersos asam jawa ni dah tak ingat dah masak bila. Resepi dr dapur UMMI Kuantan. Tapi resepi asal dari Leen Cetusan selera. Terima kasih ye berkongsi resepi. Sedap juga resepi ni. Penyediaannya pun simple je.



SIAKAP BERSOS ASAM JAWA

Sumber: Leen Cetusan Selera

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor Ikan Siakap
  • 1-2 labu Bawang Besar **
  • 4-5 ulas Bawang Putih **
  • Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna - hijau, merah dan kuning - bergantung saiz **
  • (tapi leen belasah semua sebiji)
  • 7-8 biji Cili Padi ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
** - Bahan dicincang kasar.
  • 1/2 biji Gula Melaka (leen guna 2 sudu makan Gula merah)
  • 125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jgn pekat sangat,sederhana saja)
  • Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-
  1. kan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
  2. Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau (Leen goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
  3. Masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
  4. Bila dah didih dan cukup semua rasa, (Leen masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu), dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Tuang atas ikan tadi. Sedia dihidang...
nota: lainkali leen nak tambah tomato cincang atau nenas... mesti lagi sedapppp!...



# nak sambung berkemas. mlm ni balik KG!

Friday, December 10, 2010

Sotong Singgang, Daging Masak Kicap, Mushroom Goreng Tepung

Assalamulaikum...semua ni menu lunch Rabu hari tu. Semalam tak sempat masuk blog. Bz sikit 2-3 hari ni sebab nak siap2 utk balik Kg dan cuti-cuti, InsyaAllah. Saya dan anak-anak balik dulu naik bas(tercapai hasrat anak-anak sy yg minta balik kg naik bas...anak-anak sy cukup suka naik bas...mmm pelik betul.) Seminggu lepas tu baru hubby menyusul. Nak kena prepare banyak benda...tapi hari ni sempat lagi menyelit hehehe...



Sotong Singgang


Resepi K. Nor TRG tapi sy ambil kat myresipi.
K.Nor, sy sharing kat sini ye...thanks....sedap!

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )

  • 500gm sotong
  • 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 in kunyit hidup
  • 1/2 in lengkuas
  • 2 btg serai - diketuk
  • 3 kpg asam gelugur
  • daun kesum
  • secubit belacan
  • garam dan gula
  • 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
  2. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
  3. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
  4. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)
  5. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
  6. Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..




Daging Masak Kicap


Klik SINI utk resepi...




Cendawan Goreng Tepung



Resepi dr Izah Muffin Lover. Thanks Izah ye...



Bahan-bahan:
  • 250 gm cendawan tiram
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 @ 2 biji telur

Caranya:
  1. Cendawan dibersihkan dan disiat-siat mengikut saiz yang diingini. Toskan sehingga kering atau lapkan dengan towel bersih.
  2. Satukan kesemua tepung, rempah kari dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
  3. Kocokkan telur ke dalam mangkuk yang lain.
  4. Panaskan minyak. Celupkan cendawan ke dalam telur, kemudian ratakan ke dalam campuran tepung tadi dan goreng.
  5. Goreng sehingga warna keperangan dan rangup. Siap dihidang.