Untuk Doh:- 500 gm tepung - saya guna tepung roti
- 260 ml air suam
- 12 gm yis segera
- 1 tbsp madu
- 12 g garam
- 20 g soft butter
Untuk Air Gula Hangus: Untuk Topping:- saya guna sesame seed (bijan) dan sprinkle warna-warni
Cara:1. Masukkan semua bahan dalam BM ikut urutan, tekan menu utk DOH dan tunggu siap...1 1/2 jam.
ATAU - guna mixer...(hook)
Masukkan tepung. air, yis dan honey dalam mixer dan ONkan. selepas 4 min, masukkan butter dan garam dan terus menguli sehingga jadi doh yg elastic dan lembut, dalam 8 minit. Keluar bowl dr mixer dan cover dgn plastik bag atau cling wrap dan biarkan naik dua kali ganda. Dalam 40 minit.
2. Apabila dah naik keluarkan doh dan uli utk buang angin. bahagikan doh kepada beberapa bahagian ikut saiz bagel yg dikehendaki. (Saya dpt dlm 13 biji...tolak sedikit doh utk isa n sumaiyyah buat main hihihi.)
3. Bulat kan doh tersebut dan buat lubang ditengah2 dgn guna dua ibu jari....atau apa cara hingga terhasil bentuk seperti donat.Tapi lubangnya lebih besar dr donat biasa. Letak dalam tray. Buat hingga habis doh.Cover lagi bagel tu dan biarkan dalam 30 minit utk naik. Jangan terlampau naik.
4. Sementara itu, sediakan air gula hangus. Panaskan periuk dan masukkan gula dan masak hingga gula perang dan masukkan air(hati2). Biarkan mendidih.(saya buat separuh je..)
5. Panaskan oven pada suhu 200 C.
6.Bila bagel dah naik (lepas 30 min), masukkkan bagel ke dalam air gula hangus biarkan mendidih satu minit setiap permukaan dan terbalikkan. Angkat dan letak dalam tray. Celup atau tabur topping yg disukai. Buat hingga selesai.

sebelum dibakar
7. Bakar selama 15 minit atau sehingga keperangan.

Biarkan sejuk sekurang 1/2 jam sebelum dihidangkan.

Bagel ni sedap...tak caya, tanya Isa.
Allah bagi rasa bagel ni sedap...kan Isa??
