Saturday, March 26, 2011

Roti Putih Madu Harum Vanila


Dah lama dah buat roti ni, baru berpeluang masukkan kat blog. Sedap dan gebu roti ni. Terima kasih Ros@jintanmanis.com kerana sudi berkongsi resepi.


Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)

  • 500gram tepung roti
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 sudu besar gula
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 3 sudu besar shortening@lemak sayuran
  • 220ml air suam
  • 6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
  • 4 sudu besar water roux
  • 1 sudu kecil garam
  • beberapa titik esen vanila

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu




Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. -sy uli pakai mixer, masukkan semua bahan dan uli hingga jadi doh. Kemudian terus ke langkah 3.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.




ikut suka masing2lah nak filling apa kat roti....kosong pun dah ok dah. yummm.

Friday, March 25, 2011

Custard Teacake

Assalmualaikum. Huhuhu liat betul update blog sekarang ni....:)). Semalam saya dah dijangkiti virus kek yg glamour sekarang ni tu. Apa lagi kalau tak Custard Teacake. Ramai dah kawan-kawan yg mencubanya, gara-gara kesedapannya. Saya buat kek ni untuk minum petang semalam...laku betul. Anak-anak saya sangat suka, terutama Iman. Suku kek untuk dia je.

saya bakar dalam acuan 4 segi(pyrex)....doublekan kuantiti bahan :)

Sumber:: Cik Mat Gebu
Resepi Asal:: Kak Ida
~terima kasih berkongsi resepi.

BAHAN KEK :-)

  • 125 gram mentega
  • 1/3 cawan gula halus @ gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
  • 1 camca besar tepung kastard
  • 1 camca besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
  • 15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
  • 2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar)(-sy guna acuan 4 segi). Ketepikan.
  3. UNTUK KEK:- Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Sebab ada kastard tu kot yg buatkan laju je anak-anak makan....yummm! saya doublekan bahan-bahan...:)

Tuesday, March 22, 2011

ISA dah 4 tahun

Selamat Hari Lahir



Alhamdulillah hari my little prince dah 4 tahun. Ibu dan bapak doakan semoga Isa membesar jadi anak yg soleh. Berjaya dunia dan akhirat. Ibu dan bapak serta abg dan kakak semua sayang Isa.


Isa ketika usia 1 hari. Lahir 22/3/2007, 5.35 am di Women Children Hospital, Adelaide. Berat 3.5 kg. Paling berat dan besar dalam adik beradik. Hinggakan baju-baju yg ibu beli tak muat untuk dipakai hehehe...Ibu beli baju berpandukan saiz abang dan kakak sebelum ni (purata bera tak sampai 3 kg). Tak sangka Isa sebesar itu. Allhamdulillah, walaupun lahir paling besar tapi juga paling senang. Sekejap je sakit. Lebih kurang 3 pagi masuk hospital, pukul 5.35 dah bersalin.


Abang Iman, Ismail dan kakak Sumaiyyah pertama kali jumpa Isa. Masa ni kakak Sumaiyyah macam tak berapa faham lagi. Maklumlah belum pun 2 tahun umur dia....


Apam dot dot(gambar lama), untuk Isa bawa ke PASTI hari ni....makan dengan kawan. Tapi birthday boy teramatlah malas nak ke sekolah hari ni. Puas dipujuk baru pergi. Tu pun menangis ketika ibu nak balik....mmmm.

Ibu sebut huruf...Isa tulis....ini hasilnya...:))

Monday, March 21, 2011

Turkey Pie dan Mushroom Soup with Puff Pastry

Assalamualaikum. Salam pagi Isnin....hujan semalam membuatkan bumi Tronoh nyaman dan sejuk. Alhamdulillah.
Jom layan dinner kami malam tadi. Turkey Pie dan Mushroom Soup with Puff Pastry. Resepi dr Chef Peter tapi sy dah ubahsuai ikut bahan yg ada kat rumah...tak plan nak buat pun, tiba-tiba je hubby minta buatkan. Hasil dr pi kelas puff pastry hari Jumaat hari tu. Tapi malam tadi saya pakai puff readymade je hehehe. Belum berkesempatan membuat puff pastry sendiri lg. Padahal dah pi belajar. Nak buat puff pastry bahan senang je tapi renyahnya sebab banyak step. Nak kena time yg betul betul tenang( alasan ...hehehe)


Turkey Pie




Inti;

Bahan:

  • Butter------------ 50 gm
  • Bawang besar--- sebiji
  • Kentang----------sebiji
  • kacang peas
  • Turkey ham----- 150 gm
  • Mix Herb
  • pepper
  • Cream----------- 30 gm
  • Air--------------- 80 gm
  • Tepung--------- 20 gm
  • Serbuk pati ayam
  • Garam
*Bawang, kentang dan turkey ham, saya potong dadu
*boleh letak carot , celery, sayuran campur


Cara-cara:
  1. Cairkan butter dan tumis bawang. Masukkan turkey ham dan masak seketika dan masukkan mix herb.
  2. Kemudian masukkan sayur-sayuran. Masak hingga lembut.
  3. Masukkan cream. air serbuk pati ayam, tepung(campur sedikit air) . Masak sehingga pekat.
  4. Angkat dan sejukkan.

Pie
  1. Tekan/alaskan acuan dengan puff pastry.
  2. Masukkan inti secukupnya.
  3. Tutup dengan puff pastry ,bahagian tepi pie ditekan2 guna garfu utk melekatkan bahagian base dengan bahagian atas.
  4. Cucuk2 sedikit dipermukaan pastri agar pie tidak menggelembung ketika membakar.
  5. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan atas pie utk mengilatkannya.
  6. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.






Mushroom Soup with Puff Pastry




Bahan mushroom soup:

  • Mushroom--------------- 50gm - lagi bagus kalau pakai yg fresh.
  • Butter -------------------- 50gm
  • Cream *------------------ 100gm
  • Air * ---------------------- 400gm
  • Tepung------------------- 30gm
  • Pepper
  • Garam
  • Mix Herb
  • Serbuk Pati Ayam
*kalau guna susu sebagai ganti cream, sukatan = 400gm susu, 100gm air

Cara:
  1. Hiris mushroom.
  2. Cairkan butter dan masak mushroom dan sedikit mix herb hingga lembut.
  3. Masukkan cream, air dan tepung dan serbuk pati ayam. Kacau sentiasa.
  4. Perasakan dengan garam. Masak sehingga pekat.
  5. Setelah agak sejuk masukkan dalam mangkuk kecil atau foilcup (3/4 penuh je). Tutup dengan puff pastry yg telah dipotong dan di sapu dengan kuning telur. Atau boleh sapu kuning telur di bahagia permukaan mangkuk/foilcup. Nak bagi puff melekat pada acuan.
  6. Kemudian sapu kuning telur diatas permukaan atas puff tadi. Buatkan lubang dan bakar selama 14 minit - 16 minit pada suhu 180 C atau sehingga kekuningan.


yummmm berselera anak-anak makan....
memang kegemaran diaorg mushroom soup ni...


Saturday, March 12, 2011

Nasi Ayam Ipoh

Menu hari Jumaat. Dah dua kali buat nasi ayam resepi ni. Sedap! Terima kasih kepada tuan punya resepi.
Sumber: quinnie@http://www.myresipi.com/top/detail/6967



Bahan-bahan ( sekeluarga )

*BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
*BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
*BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
*BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
*BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


Cara-cara:

Untuk air rebusan ayam:
  1. Masukkan semua bahan untuk membuat sup,kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. Selepas air mendidih, masukkan ayam, biar ia masak selama 20 minit. Kemudian, angkat ayam tadi dan toskan.

Nasi:

  1. Masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend, biar naik bau.
  2. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
  3. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. Kacau sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
  4. Masak sehingga nasi masak.

Ayam:
  1. Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan ke dalam satu mangkuk besar.
  2. Masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam.
  3. Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. Jika digoreng, jangan terlalu lama...cukup sehingga ayam dah bertukar kehitaman, boleh diangkat terus.

Sos Cili:
  • Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
Kicap:
  1. Kisar semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan panas kan atas dapur.
  3. Agak2 dah panas, bolehlah di masukkan tepung jagung yang dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.


Sup:
  1. Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
  2. Jika air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. Masak hingga didih.
  3. Perasakan sup.
Bahan Tambahan:
  • Timun, tomato dipotong nipis2.
  • Daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan ke dalam sup tadi.







Saturday, February 26, 2011

Macaron dan Coklat

Assalamualaikum. Waduh....dah lama tak update blog. Apa sudah jadi? Takde apa-apa. Cuma mungkin sebab mood takde kot. Apa-apa pun, terima kasih kepada yang masih sudi singgah.
Hari ni nak bercerita sikit pasal macaron dan coklat. Buat sendiri ke? Oh! tidak. Semuanya di order online. Mudahnya zaman sekarang ye, nak shopping pun pakai jari je...klik sana...klik sini...



Duk baca cerita kawan-kawan pasal macaron, teruja sungguh nak merasa. Lagi-lagi tengok warnanya yg colourful, perasa pula yg macam-macam. Terliur sungguh. Nak membuatnya renyah, maka saya pun orderlah dari kawan kita yg dah jadi tokey macaron sekarang ni cikmin.

Tu dia macaron yg diorder, sampai dalam masa 2 hari je. cikmin pos Khamis petang, Jumaat petang sampai. Dalam keadaan baik, cuma retak sikit-sikit je. Adatlah...kan. Pakai pos. terima kaish ye cikmin...


Semuanya sedap-sedap tapi manis. Sekali makan saya takleh nak makan banyak-banyak...sekeping .Saya suka yg hijau, Ismail pulak yg kuning.
Kata cikmin, lagi sedap sebelum makan letak kat petiais, nak makan baru keluarkan dan tunggu 10 minit. Minum pulak black coffee....


Sesiapa yg turut tergoda atau yg nak merasa macamana rasa macaron ni boleh ke blog cikmin untuk order. Pilihlah apa perasa yang nak. Macam-macam ada. Harga pun berpatutan. Servis pun bagus.



**************************************************




Coklat ni pula saya order dari Semaniz Chocolate. Khas untuk my hubby yg baru dapat berita gembira mengenai tesis PHDnya. Boleh baca kisahnya di sini.


Coklat dihantar by hand ke ofis my hubby. Terkejut my hubby. Siapalah hantar coklat 'love' kat dia...hehehe. Sedap coklatnya. Bila buat balik rumah, licin dikerjakan anak2.-:)

Sesiapa berminat nak order coklat, terutama yg berda di Tronoh, Seri Iskandar dan sekitarnya boleh ke blog Semaniz Chocolate ni. Macam-macam bentuk dan warna coklat ada.


Monday, February 14, 2011

Forum Perdana di Universiti Teknologi PETRONAS 17/2/2011 dan Maulidur Rasul.

Assalamualaikum. Lama tak update blog hehehe...bz semacam je. Ditambah mood pun takde Harap kawan-kawan semua sihat. Terima kasih kepada pengunjung blog ini.
Hari ni saya nak hebahkan program forum perdana yg kat UTP ni. Kepada sesiapa yang tinggal dekat-dekat UTP ni jomlah ramai-ramai kita hadir ke program ni. Moga ia memberi manafaat buat kita. InsyaAllah. Jumpa disana!!




*klik imej untuk imej yg lebih besar.



Esok pula adalah Maulidur Rasul.
Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua.

Semoga ALLAH SWT memberi kita hidayat dan kekuatan untuk sentiasa mengingati junjungan besar kita, Nabi Muhammad SWT dan dapat mengikuti sunnah-sunnah beliau.