Tuesday, October 12, 2010

Ayam Ros

Ayam Ros ni sy 'geng' kan dengan Nasi Udang Pakistan dalam n3 sebelum ni. Boleh klik SINI. Ambil dari Majalah Seri Dewi Keluarga keluaran Julai 2010. Ubah suai sikit...saya kurangkan cili, sebab anak2 tak makan pedas. Rasanya kalau pedas lagi sedap.

Apa kata 'pelanggan' sy:
My hubby: Awak letak kerisik ke?
Iman: Ibu, nanti masak lagi macam ni...sedaplah.
Yang lain: tak cakap apa tapi berselera makan hehehe...
Untuk merasainya sendiri, silalah cuba ye :).



Bahan-bahan Perap:
  • Ayam 4 ketul - sy buat seekor potong kecil
  • 2 sudu cili kisar
  • 2 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 sudu jintan manis*
  • 1 batang serai*
  • 1 sudu serbuk kari ayam
  • 1 biji telur
  • garam dan serbuk perasa


Bahan-bahan Sos:
  • 2 labu bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sm halia*
  • 1 sudu sos plum
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu cili kisar
  • garam dan gula

bahan* - dikisar
  • minyak untuk mengoreng dan menumis


Cara-cara Membuat:
  1. Ayam dibersihkan dan diperap bersama bahan perap selama 30 minit.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
  3. Untuk sos, mula-mula tumis bawang merah, bawang putih halia dan cili kisar sehingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan sos dan biarkan mendidih.
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Akhir sekali, tuangkan sos yang sudah masak ke atas ayam yang sudah digoreng tadi. ( sy terus masukkan ayam dalam kuali dan gaul bersama sos)


Monday, October 11, 2010

Nasi Udang Pakistan

Mencuba resepi dr Majalah Rasa-Ogos 2010. Asalnya cara memasaknya menggunakan mikrowave tapi saya masak macam biasa je. Sedap! Rasa manis udang tu...umppph...silalah cuba...


Bahan-bahan:
  • 200 gm beras Basmathi
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit air
  • 375 ml air atau stok ayam - saya guna kiub ayam+air
  • 200 gm udang sederhana besar ( dibuang bahagian kepalanya sahaja)
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah

Bahan tumis:
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 1 sudu besar minyak masak atau minyak sapi - saya guna mentega
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 sm halia*
  • bahan*-dikisar halus.


Cara Memasak:


  1. Rendam beras di dalam air bersama serbuk kunyit selama 2 jam . Toskan dan ketepikan. ( sy tak sampai 2 jam pun sbb nak cepat hehehe).
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras, stok ayam atau air, garam, serbuk lada sulah dan udang.
  4. Masak nasi seperti biasa.


Sunday, October 10, 2010

Sotong Goreng Tomyam

Senang dan sedap. Masak lunch semalam...dah penat balik dari shopping masak ringkas camni je. Geng dengan telur dadar.
Saya masukkan sayur-sayuran....tak payah dah nak masak sayur lagi. Senang kerja...Resepi dari ekhfa@myresipi.com. Terima kasih berkongsi resepi .



Bahan-bahan ( 4 org )

  • 300gm / 5-6 ekor sotong sederhana besar
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 1 inci halia - mayang
  • 5 biji bawang putih - mayang
  • 3 batang serai - ketuk
  • daun limau purut
  • cili api
  • sos tiram
  • kunyit & garam
  • minyak masak

Cara-cara

  1. Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
  2. Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
  3. Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi. masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kacau lagi. Apabila kelihatan agak masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  4. Kadang2 saya masukkan sayuran seperti tomato & carrot dlm masakan ini. Dan guna daun bawang utk hiasan. Terpulang pada citarasa masing2.


Thursday, October 7, 2010

Kapal Korek

Siapa pernah tengok kapal korek? Kepada yang belum pernah, jom ke Batu Gajah, Perak. Kat situ ada satu kapal korek untuk dilawati. Cerita ni dah basi ...beberapa bulan dulu saya sekeluarga sempat ke sana...membawa kawan kami dari Penang..Sara sekeluarga.

Pintu masuk....harga tiket, dewasa= RM 5.00 dan kanak-kanak =RM 3.00. Tapi rezeki kami hari tu, budak2 tak kena bayar.


Nilah kapal koreknya. Dah agak uzur...dah senget. Nak masuk ke sana kena berhati-hati....



Pandangan belakang....


depan...nampak dah senget...kan?


kat atas kapal korek....tak sangka juga dapat merasa duk atas kapal korek...dulu2 tengok kat gambar je...



generasi yang tak tahu apa2 pun lagi. ikut je mana mak bapak bawa pergi hehehe...godek segala benda yang boleh digodek.


Kepada sesiapa yang duduk dekat-dekat kawasan ni pergilah tengok tinggalan sejarah ni. Kalau kita tak menghargai sejarah kita, siapa lagi. Untuk keterangan lahjut boleh klik SINI



Tuesday, October 5, 2010

Roti Sardin

Sarapan kami hari ni....setelah sekian lama tak masak untuk sarapan. Asyik beli je... tak pun makan roti je ...Resepi asal dari Kak Nor tapi saya celuk kat dapur Kak Mimi. Terima kasih berkongsi resepi. Saya copy paste ye...


ROTI SARDIN
  • 10 bj bun burger
  • 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
  • 1 labu bawang besar ~ didadukan
  • 1 bj cili merah ~ dicincang ( mcm biasa sy tak letak ni...demi anak2 hehehe...)
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 2 bj telur
  • minyak

Untuk Inti:
  1. Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
  2. Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
  3. Padamkan api dan kacau hingga sebati.
  4. Ketepikan.

Cara2
  1. Potong dua bun burger.
  2. Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
  3. Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
  4. Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
  5. Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
  6. Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
  7. Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
  8. Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
  9. Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..


Sunday, October 3, 2010

Riang ria di The Lost World Of Tambun

Semalam(Sabtu-2/10) kami sekeluarga berkesempatan bergumbira di water/theme park, The Lost World Of Tambun. Tak jauh pun dr rumah kami, dalam 40 minit. Plan asal hubby nak bawa kami ke Sunway Lagoon. Akibat terkesan dengan keseronokan semasa dia sertai My Selangor Story ( jangan lupa vote untuk my hubby ye...:)) minggu lepas. Tapi plan ditukar disaat akhir atas persetujuan bersama. The Lost World Of Tambun pun seronok juga,tapi taklah sebesar Sunway Lagoon. Bayarannya pun jauh lebih murah hehehe....(jimat duit bapak...)


Pintu masuk....kami sampai awal, orang tak berapa ramai lagi...


Harga tiket...kalau anak-anak tinggi 90cm ke bawah free je. Kami semuanya kena bayar...tinggi Isa pun dah lebih had...



beratur beli tiket...anak-anak dah tak sabar. Tetapi lepas beli tiket tu kami tak terus masuk sebabnya seluar hubby tak memenuhi syarat nak main kat water park...kena seluar pendek tak berzip....seluar hubby berziplah pulak huhuhu. Masuk kedai kat situ, takde saiz pulak...terpaksa keluar beli kat Giant (Alhamdulillah dekat je...) Kata my hubby, masa kat Sunway Lagoon seluar dia tu lepas je....

Walaupun kecil tapi banyak juga tarikan kat sini...boleh klik SINI.



Kid's Explorabay, tempat paling lama anak-anak saya habiskan masa. kat sebelah ada tempat makan...bolehlah pernati anak-anak sambil makan je hehehe....



beach...sepanjang duduk perhatikan anak-anak kat sini, ada banyak juga kena tegur sebab pakain tak memenuhi syarat untuk main kat sini...


Tube Raiders...mula-mula my hubby bawa Ismail, lepas tu Sumaiyyah pulak. Pucat muka Sumaiyyah. Ismail, biasalah cool je dia....Iman, memang ikut jejak ibu dia ...penakut. Isa nak join tapi belum cukup umur hehehe...

Cliff Racer ....my hubby dan Ismail je yang ambil bahagian ... Sumaiyyah dah tak nak join...takuuuut! Sumaiyyah tengah lambai kat Ismail dan bapak dia...


melangkah ke petting zoo Banyaklah juga binatang kat sini. Ada yang kena bayar untuk bergambar. Ada yang boleh diambil gambar.


Isa takut nak berjalan atas lantai berlubang...terus merangkak. Terpaksalah dipimpin baru berani berjalan.


Tiger valley... besar harimaunya...


bergambar depan Kepura Cave ...diaorang ni kalau bergambar memang dengan gaya macam-macam...


Ismail dan my hubby lagi....

Disebabkan petang tu nak hujan, satu tempat yang tak sempat pergi, Tambun Hot Springs... takpelah, kalau ada rezekiboleh pergi lagi...

* balik rumah baru perasan muka semua hitam terbakar...alahai lupa nak pakai krim....

Friday, October 1, 2010

Giveaway: 1ST GA DARI ATIE@azatiesayang.blogspot.com

azatiesayang menyambBlog azatiesayang menyambut 1'st anniversarynya,sempena dengan itu puan punya blog tersebut telah mengada GA dengan hadiah yang menarik....nak tahu apa hadiahnya jom klik SINI. Syarat-syaratnya pun senang aje. Mehlah kita ramai-ramai memeriahkan GA ni...!!!
Untuk blog azatiesayang, happy 1'st anniversary! Happy blogging!