Thursday, July 1, 2010

Cupcakes dan Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari




Ni dia lauk lunch hari ni Asam Pedas Ikan Pari. Kawan dia telur dadar ala shiela rusly dan sawi goreng sos tiram dgn udang. Resepi asam pedas ni ambil dari Fp Kak Hanieliza. Terima kasih Kak Liza. Sy copy paste ye... Kali ni sy tak letak bendir sbb takde dalam stok sy tambah letak belacan sikit.



Bahan
500 gm ikan pari [bersihkan]
10 biji bendir
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
garam

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
3 cawan air

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.





Chocolate Cupcakes

Hari Isnin hari tu tetiba je dtg mood nak baking...so, try buat resepi ni. Dapat resepi ni dr dapur kak nor . Yummy...laris je....Resepi dalam english, sy pun malas juga nak translate...hehehe...copy paste ye Kak Nor. Terima kasih banyak-banyak...


Chocolate Cupcakes


1 1/3 cups plain flour
1/4 teaspoon baking soda
2 teaspoons baking powder
3/4 cup dutch-process cocoa
75g butter-melt
1/4 teaspoon salt
1 1/2 cups white sugar
2 eggs
3/4 teaspoon vanilla extract
1 cup milk

Choc chips (optional)

1. Preheat oven to 175 degrees C (350 F). Line muffin tins with cases.
2. Sift together the flour, baking powder, baking soda, cocoa and salt.
3. Add in the sugar and mix well .Set aside.
4. In a large bowl, mix the melt butter and milk. Add the eggs and mix well. Stir in the vanilla.
5. Add the flour mixture into the liquid mixture. Mix well.
6. Fill the muffin tins 3/4 full. Bake for 15-20 minutes or until a skewer comes out clean.
Leave to cool in tins for at least 10 minutes, decorate when completely cool.





Monday, June 28, 2010

Mandi manda di kolam

Minggu kedua cuti sekolah hari tu kami sempat balik ke Terengganu. 2 minggu cuti-cuti, penat masih belum hilang. Anak-anak pun ponteng sekolah seminggu.Dalam sibuk pergi rumah kenduri tu sempat jugalah ikram anak-anak pergi jalan-jalan. Sebab kami akan tinggalkan diaorg kat kg dan honeymoon ke jb hehehe....(alhamdulillah tercapai juga hasrat kami berhoneymoon walau pun sambil - sambil hubby buat kerja...)

Mehlah layan keseronokan diaorg mandi kat kolam kat pusat sukan sebelah 'Masjid Terapung" Kula Ibai tu...

Bukan main seronok diaorg. Maklumlah dah lama tak dapat mandi manda macam tu...sejak balik Malaysia ni...


Isa geng dengan Sumaiyyah....


Iman dengan Ismail


jump Ismail! jerit bapak...



Punyalah susah nak ajak diaorg balik. Terpaksa pujuk dengan makan di A&W kat Batu Buruk. Lepas makan ronda-ronda kejap kat pantai....

Diaorg duk pujuk bapak belikan kite...Ben 10 jadi pilihan....


naik tinggi kite diaorg....




Itu je crita untuk kali ni...InsyaAllah bersambung lagi...




Wednesday, June 9, 2010

Apom Lenggang

Terpandang kuih ni masa ziarah dapur kawan-kawan kat FB pun ada kawan letak gambar. Tak pernah makan apam ni...so, terujalah nak merasa. Resepi dr dapur Hana. Hana pulak intai dr dapur mas. Terima kasih berkongsi resepi.


Bahan-bahan

* 300g tepung beras
* 270 ml santan pekat
* 1 sudu kecil yis kering
* 60g gula
* 1/2 cawan nasi
* secubit garam


Cara-cara

1. Kisar semua bahan kecuali garam hingga sebati.
2. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan secubit garam. Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika adunan kelihatan agak pekat.
3. Rehatkan selama 1 jam.
4. Panaskan kuali non - stik dan masukkan 1 1/2 senduk besar ke dalamnya.
5. Lenggangkan merata didalam kuali. 6. Tutup kuali tersebut dan biarkan 2 hingga 3 minit.
7. Angkat apom dan terus gulung. Ulang langkah tadi hingga habis.




Lemak manis rasanya. Sedap terutama makan masa panas-panas....



Tuesday, June 8, 2010

Ayam Bakar Mayonis (2)

Lauk lunch dan dinner semalam. Sedap. Anak-anak ratah je ayam ni... Resepi ceduk dr dapur Hana. TQ berkongsi resepi....



Bahan-bahan

  • 8-10 ketul kepak ayam - sy guna semua bahagian ayam. tapi yg posing peha je hehehe...
  • 4cm halia - parut
  • 4 ulas bawang putih - parut
  • 1 sudu besar madu - leh add
  • 1 sudu besar gula perang - hana x ltk tp lebihkan madu
  • 1 sudu kecil blackpepper
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ½ sudu besar mayonis
  • Butter@minyak zaitun@minyak masak
  • garam
Cara-cara
  • Basuh bersih kepak ayam. Ketepikan.
  • Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. Perap 4jam atau lebih. Seeloknyer semalaman.
  • Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan aluminium foil.
  • Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.
  • Bakar selama 45min-1jam atau hingga keperangan.


untuk semalam saya bakar kat dalam kuali je...itulah hasilnya. Tetap sedap.




Wednesday, June 2, 2010

Ayam ala Kassim

Ni dia rupa ayam ala kassim. Dah beberapa kali masak resepi ni...alhamdulillah sedap. Suami dan anak-anak suka. Resepi asal dr Azura Suhaimi @ MyR tapi sy ternampak ayam ni masa jalan-jalan cari resepi kat dapur KAK JUN . Terima kasih
kerana berkongsi resepi. Dah ramai kawan- kawan lain yg sudah mencuba ...



Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 tangkai daun kari
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa (*ummi letak gula kabung)

Bahan2 kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun kari dan kacaukan rata.
  4. Biarkan seketika sambil dikacau selalu.
  5. Kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit.
  6. Masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2 (*akak makan dengan nasi pudina - nanti akak letak resepi nasi tu eh..)
    note: masakan lama, senang dan sedap






Tuesday, May 4, 2010

Mee Rebus Ramli


Mee rebus Ramli memang terkenal kat Ipoh ni...kalau datang Ipoh, tak rasa mee rebus ni tak lengkaplah kedatangan anda hehehe...Banyak cawangan kedainya di Ipoh ni. Dua minggu lepas kami sempatlah bawa tetamu kami dr Penang, Halim dan Sara sekeluarga merasa keenakan mee rebus ni...kami ke cawangan Restoram Mee Rebus Ramli di Station 18, Ipoh.. sebab itu yg paling dekat dr rumah kami....

Selain mee rebus, ada macam2 menu lain...nasi ayam, mee sup, chicken chop dan lain-lain...Masa kami makan tu hari minggu, restoran 'full house', terpaksalah kami tunggu sekejap...takpelah...berbaloi...


yummmy....rugi tak rasa....

Nasi ayam untuk anak2 sbb anak2 kami tak tahan pedas langsung...


berselera...


amboi Isa....takkan minum sorang je...


berselera Iman makan nasi ayam....kawannya Yaya masih menunggu chicken chopnya....


Ismail dah tertidur sebab penat jalan2 kat UTP....sebelum tu dia dah ngamuk2 gatal satu badan sebab berpeluh. Masih dalam proses nak sesuaikan diri dengan cuaca Tronoh yg amat panas....


Nanti kalau ada masa sy cerita pasal jalan2 kami ke Kellie's Castle dan Kapal Korek kat Batu Gajah ye....

Monday, April 26, 2010

Ikan cencaru sumbat

Salam...maaf lama tak mengupdate... Saya dan family sihat-sihat aje.... Jom layan resepi ikan cencaru ni...lama dah masaknya tapi ni baru dpt update...


Ikan cencaru sumbat ni resepi dr myresipi.com...terima kasih banyak kepada tuan punya resepi, hby(v)@myresipi.com. Alhamdulillah kena dengan selera kami...Sesiapa yang nak mencuba resepi ni blh le klik SINI.


Saya buat kering ..tak berkuah....
Gambar pakai h/p je....charger bateri kamera tertinggal kat kg...dah berbulan2 kami takde kamera. Itulah juga antara alasan malas nak update...sbb ni pun h/p hubby kalau sy punya h/p lglah teruk gambarnya hehehe...