Sedap kek coklat ni. moist sgt. Buat bentuk 'love' lg hehehe...rasmi acuan baru beli sebenarnya. :))
Resepi Asal dr: Pn Munira Baharom.-KR
source : kak.noormasri@coretandaridapur
copy: Izah Muffin Lover
Bahan-bahan:
Bahan A
* 1 cawan gula pasir - (hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje - sy pun sama.)
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
* 1 cawan susu pekat
* 1 cawan minyak masak
* 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde - tak letak
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
* 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga
Cara-cara
- Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
- Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.
TOPPING COKLAT
Bahan-bahan:
- 250 g coklat masakan } potong kecil2
- 1 sudu besar majerin* saya guna butter
- 130 ml double cream atau whipping cream
- sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional (ganti dgn susu pekat 1 sudu makan)
Cara membuat:
- Cairkan coklat secara double-boiler.
- Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati.
- Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.