Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah.

Assalamualaikum. Dah berabuk ‘dapur’ ni. Tak berkesempatan nak update blog untuk 2- 3 hari ni. Bukan sibuk sangat pun…Cuma sibuk sikit dengan belajar kereta untuk test JPJ semalam. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kpd Allah SWT kerana dah permudahkan segala urusan hingga lulus test semalam. Lepas je test terus ringan kepala. Tension yg bebulan dah habis. Misi dah selesai. gambar dr google


Masa test semalam saya dapat nombor 4, sesi 1….kira antara yg awal. Mula-mula buat ujian bukit, lepas tu 3 penjuru (yg paling sy risau) dan akhirnya parking. Untuk 3 penjuru ni, sy paling risau sbb dalam latihan pun sy selalu tak menjadi. Tapi Allah punya kuasa, walau pun tak adalah elok sangat tapi sy lulus juga. Untuk ujian jalan raya pun syukur sangat-sangat dapat pegawai JPJ yg baik hati. Walaupun dia banyak bercerita itu ini tapi dengan keadaan santai gitu buat hilang rasa gemuruh saya. Dapatlah 17/20. Markah min lulus 16/20. Alhamdulillah.
Sepanjang belajar kereta ni macam-macam pengalam dapat,pahit, manis dan lucu pun ada. Maklumlah inilah kali pertama saya start enjin dan bawa kereta. Hubby saya memang tak bagi langsung bawa kereta dia dan tak nak ajar pun. Dia suruh belajar sampai pandai dan dapat lesen barulah boleh guna Grand Livina tu. Masa belajar macam-macam kesilapan saya pernah buat, tertekan minyak bila nak tekan breklah, mati enjin kat trafik lightlah dan macam-macam lagi. Cikgu yang ajar pula boleh tahan orangnya...cepat naik angin. Maklumlah dia dah tua. Tapi dia sebenarnya baik hati. Apa-apa pun semuanya dah selesai. Alhamdulillah.
Jumaat ni dapat lessen P. Hubby cakap lepas ni boleh saya hantar dan ambik anak kat sekolah dan dia pi kerja. Mmmmm boleh ke??? Malam tadi hubby dah bagi saya bawa Grand Livina tu sekejap ....huhuhu....slow giler saya bawa....kena banyak berlatih. saya ni memang jenis penakut...sebab tu baru sekarang baru ambil lesen.
Ada beberapa resepi yg sy try nak sy share kat sini....insyaAllah nanti ye...Hubby bawa laptop yg biasa guna ...so tinggal satu je laptop...kena take turn dgn anak-anak ..:)


Thursday, November 25, 2010

Kuih Kaswi

Hidangan untuk minum petang tadi. First time sy buat kuih kaswi ni...alhamdulillah elok menjadi. Anak2 pun suka...itu yg penting. Sbb diaorglah pelanggan sy. Termasuklah my hubby :)


Kuih Kaswi ni resepi dr dapur Izah lg. Resepi asal dr Yatie. Terima kasih berkongsi resepi ye.

Bahan-bahan :

* 1 cawan gula pasir*
* 1 cawan gula merah*
* 1 1/2 cwn air*
* 3 helai daun pandan*(*di masak..)

* 1 1/2 cwn tepung gandum
* 1/2 cwn tepung ubi
* 1/2 cwn tepung beras
* sedikit garam
* 3 sudu besar air kapur
* 3 cwn air
* Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
* Kelapa parut + garam

Cara-cara :

1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama


Sy guna acuan muffin je..Gula merah sy tak berapa gelap warnanya, jadi sy tambah sikit pewarna coklat. Gula pasit pun sy kurangkan dan lebihkan sikit gula merah.



Apam Kentang

Menu petang semalam. Baru sempat nak masuk blog. Sedaplah apam ni! Kami suka. ramai dah kawan2 yg buta resepi apam ni. Apam sy warna pink sbbnya pandan dan pewarna hijau takde...
Resepi ni saya ambik kat dapur Izzah...Thx Izah berkongsi resepi.


Bahan-bahan:

* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste - kali ni sy letak sirap ros sbb tade pewarna hijuan dan pandan.
* 250 ml santan.


Cara-cara:

1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.

Gebu dan lembut je apam ni. Antara kawan2 yg dah cuba resepi apam ni, MokWo, Yatie dan ramai lagi.

Wednesday, November 24, 2010

Mee Kari Nyonya


Semalam unutk lunch,kami beli je lauk. Tak sempat nak masak sebab balik lambat dari driving class. Jadi unutk dinner kenalah masak. Masak simple je iaitu mee kari nyonya. Resepi dari blog ROS jauh di Jepun tu. Terima kasih Ros berkongsi resepi. Anak sy, Iman cukup suka...dia tu memang 'mat kari'...sampai suruh simpan untuk sarapan. Bila bangun tadi, awal2 lagi dah makan mee kari dia tu...

Bahan-bahan ( Untuk 2 orang Makan )

  • 2 paket mee kuning
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam ( kalau boleh jenama Babas)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/4 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • beberapa tangkai daun kesum
  • sedikit daun kari
  • 1/2 paket Fish ball
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/4 ekor ayam di cincang kasar
  • sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.

-semalam sy boleh lupa nak rebus telur...sayur2 pun takde dalam peti ais...maka sy letak kentang,tomato dan karot dalam kuahnya....buat syarat...:)

Cara-cara

1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.

2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan daun kari. tumis hingga garing dan pecah minyak.

3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan dan fish ball. kacau sentiasa.

4. bila kuah telah menggelegak, masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, tambah garam atau gula jika perlu.

5. Rebus telur, celur sawi dan mee kuning, taugeh dibuang ekor .


Cara Penyediaan, masukkan mee kuning dan kuah kari, susun sawi, taugeh, telur rebus dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba




Tuesday, November 23, 2010

Makan di TKK

TKK = Taman Kanak Kanak, satu food court yg terkenal kat Ipoh. Selalunya orang Ipoh mesti tahu punya. kalau tak tahu tak blh jadi orang Ipoh (ye ke?). Makanan kat sana pun boleh tahan sedap dan terkenal. Dulu2 sebelum ke Adelaide hampir setiap minggu kami makan kat sana. Cukup suka, sup ayam mamaknya (sup darus)....sayatynya pun sedap. Satay Endut rasanya.
Hari tu kami makan kat sana. Anak-anak , biasalah protes... sebab keadaannya tak berapa selesa...ye lah gerai...bukan restoran. Mengeluh aje diaorg. Kalau ikut diaorg, diaorg lg suka makan kat Mc Donald, KFC atau Pizza Hut. Tapi jemulah asyik ikut selera diaorg je...kan?
Sampai kat sana terus kami menuju gerai feveret kami...hubby dah awal cakap nak makan sup. Bila kami duduk je, kakak dari satu gerai tu datang nak ambik order dan tanya kami, lama tak nampak....ke mana? Terharu juga dalam ramai-ramai pelanggan, kakak tu masih ingat kami. Memang dulu2 selalu je makan kat situ. Atau nampak sangat kami ni pengujung setia TKK hehehe...
Jom jamu mata tengok apa yg kami makan malam tu...


unutk hubby dan saya....nasi goreng dan sup ayam. Sedap betul sup ni...



Nasi ayam dan satay untuk anak2. Gambar satay tak sempat ambik hehehe...


Alahai Isa...banyak juga dia makan satay....


Sumaiyyah tergaru2...gatal sebab panas dan berpeluh ...hehehe...




Monday, November 22, 2010

Kari Ayam, Kerabu Mangga Epal.

Assalamualaikum. Ramai baru mula kerja setelah cuti panjang rasanya.
Alhamdulillah hari ni menu simple je utk lunch. Kari ayam resepi AS (NZ) dan kerabu mangga epal. Masa balik kampung hari tu ada ambik 3 biji mangga epal muda...masih ada lg tu...nak buat apa lagi ye...??



Kari ayam dan kerabu mangga. Resepi Kari ayam AS tu boleh klik SINI.


Saya buat kerabu simple je...


Bahan-bahan:
  • Sotong - hiris dan rebus dengan sedikit garam dan toskan
  • mangga - parut halus
  • karot - parut halus
  • daun kesom - dihiris halus
  • cili api - dihirs
  • sos ikan
  • kacang tanah - tumbuk
  • garam dan gula



Cara-cara:
satukan semua bahan dalam bekas dan gaul sebati.
Perasakan dengan garam dan gula.




Thursday, November 18, 2010

Sup Daging Pedas Masam dan Bendi Celur dan Sambal Belacan Mangga

Assalamulaikum. Masih beraya ke? Saya kat sini dah macam hari biasa. Dapat cuti raya sehari je semalam. Hari ni anak-anak dah sekolah mcm biasa dan hubby pyn dah kerja. Tak rasa sangat kemeriahan beraya. Mungkin sebab raya haji je kot. Tapi rasanya dulu2 raya haji pun meriah je. Harap tahun depan dapat cuti panjang, dapat raya kat TRG...lebih meriah.



Alhamdulillah dah kenyang dah kami...lunch kami hari ni. Daging korban yg orang bg kat MIL semalam. Sedap betul, daging fresh . Geng pula denga sambal belacan mangga dan bendi celur serta telur dadar. I like!! menambah nasi...hehehe. Camnelah nak slim ni...


Sup Daging Pedas Masam

Bahan-bahannya simple sekali! Macam buat singgang je, tapi takde lengkuas. Simple tapi sedap! Cili padi tu sy letak sikit je sbb anak2 tak makan pedas....tambah masa hidang pulak. Kunyit hidup pun takde, saya letak kunyit serbuk je sikit , buat syarat. Resepi dari dapur Cik Mat Gebu...thx CMG berkongsi resepi ye...


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram daging,hiris nipis, cuci dan toskan
  • 1 biji tomato, belah 8
  • 2 inci halia tua, hiris halus
  • 5 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 inci kunyit hidup, hiris halus
  • 10 biji cili padi, diketuk
  • Garam secukup rasa
  • 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • Air secukupnya untuk merebus
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan
  • Hirisan cili padi, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan daging tadi bersama, halia, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi ketuk. Tuang air secukupnya dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih hingga daging empuk.
  2. Tambah garam secukup rasa dan jus limau kasturi (yang ni bergantung pada tekak masing2, nak masam tambah lebih, nak kurang masam letak sikit yea). Kacau dan masukkan tomato, biar masak sekejap. Rasa dan jika ok matikan api.
  3. Senduk sup dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan hirisan cili padi. Hidangkan segera selagi hangat....


Bendi Celur dengan Sambal Belacan Mangga

Resepi dari dapur Hana, cuma saya letak mangga muda dalam sambal belacan tu...ganti limau kasturi.Mangga tu ambik kat kg semalam...ada banyak lg tu. Nak buat apa lg ye??
Bertambah2 seleraku...Thx Hana, akak copy-paste ye.


Bahan-bahan

  • Bendi - celur
  • Sambal belacan:
  • *¼-½ cawan cili padi- bergantung kepedasan masing2
  • *1 batang cili merah - hiris
  • *2 biji bawang merah kecil - hiris
  • *1 ulas bawang putih - hiris
  • *1 inci belacan
  • *sejemput ikan bilis kopek
  • limau kasturi - sy letak mangga muda
  • secubit garam
  • secubit perasa@gula
  • sedikit minyak
Cara-cara
  • Panaskan sedikit minyak dlm dua sudu besar. Cili padi belah dua supaya tak meletup ketika digoreng.
  • Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam minyak panas dan tutup! Kecilkan api. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah garam dan perisa@gula. Tumbuk. Perahkan limau kasturi. Jika suka tumbukkan skali dengan kulit limau.
  • Siap dihidang dengan bendi celur dan ulam2an lain


Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Maaf zahir Batin...
kepada yg balik kampung, berhati-hati ketika memandu. Semoga selamat tiba.
Kami beraya di Sabak Bernam...

Kari Ayam Kering Ala Rendang dan Nasi Sayuran Campur (Mix Vegetables)

Lunch hari ni...resepi dr Cik Mat Gebu...terima kasih berkongsi resepi. Saya ubahsuai sikit ikut bahan yg ada...


BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus - hari ni sy tak letak...takde stok. ganti letak serai.
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 3 camca besar cili kisar
  • 800 ml santan
  • 3 camca besar madu
  • Garam secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masuk ayam dan masak hingga ayam kecut.
  2. Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.




Nasi Sayuran Campur




Ubah suai dari resepi nasi karot Kak Liza. Sy dpt idea dr SINI. Terima kasih berkongsi resepi...


Bahan-bahan:

  • 6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
  • 2 cawan mix vege
  • 1/2 cawan susu cair
  • 8 cawan air
  • 1 kiub ayam knorr
  • 1 sudu kecil gula
  • garam

Bahan Tumis

  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 5 ulas bawang merah – mayang @ tumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih – mayang halus atau tumbuk kasar
  • 2 cm halia -mayang
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bungka lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar…..mayang
  • daun pandan……..simpulkan

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan lauk yang sesuai. Saya hidang dengan kari ayam kering ,salan dan papadum.


Monday, November 15, 2010

HASSELBACK POTATOES dan IKAN DOWRY GORENG BERSALUT

Resepi dr Deliah's Deli..thx deliah....copy-paste je...


HASSELBACK POTATOES


Bahan-bahan:
  • 6 medium size potatoes
  • 2-3 cloves garlic - pound
  • 3 tbsb butter
  • a pinch of salt
  • freshly ground black pepper

Cara-cara:
  1. Wash potatoes thoroughly. Trim one side of potato to a leveled surface (flat) for ease of cutting later.
  2. On a chopping board, with the trimmed flat side down, start from middle of the potato, cut almost all the way through, but being careful not to actually cut through. Well, the two forks in the picture, I've used those as stop-gap/leverage to maintain the consistencies and pattern of the slices.
  3. Arrange the processed potatoes in a greased baking tray and insert the pounded garlic in between the slits. Brush some butter on top of each potato, then sprinkle some salt and some freshly ground black pepper.
  4. Bake potatoes at 200C for about 40-50 minutes until the potatoes turn crispy and the inside is soft.
  5. You may serve this with sprinkles of cheese or sour cream.



Saya makan dengan ikan dowry goreng bersalut...resepi dari Fish N Chip Liza...ambik dari blog Sweet Lizahanum. Thx berkongsi resepi.



Bahan-bahan:

4 keping fillet ikan (beli kat pasaraya-guna ikan dowry)

Bahan A
1 biji Bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Garam halus
Sedikit kiub ayam maggi

Bahan B
1 Biji Telur
5 keping biskut tawar 4segi (cth :pingpong cream craker) -sy guna nestum+breadcrumbs


Cara-cara membuat


  1. Kisar lumat Bahan A, masukkan garam dan kiub ayam secukup rasa (jgn byk2 sgt nnt masin ikan tu. jadi ikan masin plak!!)
  2. Perap ikan dgn bahan yg telah disediakan lebih kurang 1/2 jam -1 jam
  3. Kisar biskut dlm Bhn B kasar2
  4. Lepas tu celup ikan dory yg dah diperap tadi dengan telur dan golek2kan dalam serbuk biskut yg dikisar kasar..
  5. Goreng sampai masak.. jgn kuat sgt api, nnt hangus dan isi tak masak..ok!



Menu Sabtu hari tu....baru sempat buat n3



Friday, November 12, 2010

Bistik Telur

Lauk lunch hari ni...geng dengan tomyam. Fuh! sedap sungguh. Lagi2 dalam cuaca yg sejuk...hujan renyai2 ni....Resepi dari dapur Anawahid. Terima kasih ye berkongsi resepi.



Bahan-bahan:
  • 2 biji telur – digoreng dadar
  • 50 gram isi ayam – dicincang
  • 1 biji bawang besar – didadu
  • 2 ulas bawang putih – di cincang
  • 1 biji lada merah dan hijau – dihiris
  • 2 sudu mkn sos cili
  • 2 sudu mkn sos tomato
  • Sedikit tepung jagung ditambah sedikit air utk memekatkan kuah
  • Sayur campur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak utk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali, masukkan isi ayam, masak sehingga separuh masak, masukkan bwang bsr, putih, lada merah dan hijau.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan pula sayur campur.
  3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa, setelah pekat kuahnya tuang bahan keatas telur yg telah siap didadar tadi.
  4. Siap untuk dihidang.




Nugget Ayam


Untuk dinner anak-anak semalam. Dia orang memang suka nugget...makan tu pun dah cukup . Bahan-bahan pun main agak2 je...Alhamdulillah licin. Sesiapa yg nak cuba bolehlah klik SINI ada bebrp resepi nugget. Boleh ubah ikut selera masing2...kan?

Bahan-bahan:(A)
  • isi ayam yg dikisar
  • breadcrumbs
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa


Untuk Salutan/'coating'
  • telur secukupnya - dipukul sedikit
  • breadcrumbs

Cara-cara:
  1. Gaul sebati bahan-bahan (A)-isi ayam breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam
  2. Kemudian bentukkan adunan ikut bentuk yg disukai sehingga habis.
  3. Celup nugget ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm breadcrumbs. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri breadcrums supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal.
  4. Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan
  5. Sedia untuk dimakan dengan sos kegemaran.




Ni pulak sarapan kami hari ni. Smooked chicken n egg burger/ sandwich. Dua ni untuk sy n hubby. Untukk anak2 takde sayur...sbb kalau letak pun diaorg kutip letak tepi juga....



Wednesday, November 10, 2010

Crispy Potato Wedges

Buat untuk Isa n Sumaiyyah kunyah-kunyah lepas balik sekolah tadi. Isa memang suka kentang. Guna nestum sbb masih banyak lg baki nestum yg dibeli utk buat kuih masa raya puasa hari tu...Resepi dr dapur Kak Mimi...resepi asal dr noorsha. Terima kasih berkongsi resepi.


Bahna-bahan:

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO #guna serbuk lada hitam shj
  • 1 sudu teh serbuk cili # ganti dgn serbuk pati ayam
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut #guna nestum yg dikisar.
  • Garam

Cara-cara
  1. Kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.



Tuesday, November 9, 2010

Mee Lada Hitam

Dinner kami hari ni...thx mamasya berkongsi resepi...Sedap juga...



Sumber : Majalah Rasa via Mamasya

Bahan-bahan:
  • 500 gm mi kuning
  • 3 biji bwg merah - cincang
  • 1 ulas bwg putih - ketuk
  • 5 biji cili padi - ketuk-letak cili merah yg dihiris.
  • 100 gm ayam - hiris tipis
  • 6 ekor udang -
  • 20 gm lobak merah
  • 20 gm kubis
  • 20 gm sawi
  • 1 1/2 sudu mkn sos lada hitam
  • 1 1/2 sm lada hitam - tumbuk -sy guna serbuk
  • 2 sm ikan bilis tumbuk
  • 100 ml air - kena tambah byk sikit utk dptkan kuah
  • 60 ml kicap manis
  • minyak utk menumis.

*boleh tambah yg berikut mcm mamasya ; 1 sm sos tomato , 1 sm sos tiram
serta telur sebiji,fish cake dan fish ball,buah tomato - ikut selera masing2.




Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi
  2. Kemudian masukkan cili api, ikan bilis tumbuk,ayam dan udang. *masuk ayam dulu kacau hingga separuh masak barulah dimasukkan udang,ikan bilis,fishcake dan fishball.
  3. Masukkan lada hitam,sos lada hitam dan kicap manis. *masukkan jugak sos tiram dan sos tomato dan telur.kacau rata.
  4. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan mee dan sayuran.gaul. rasakan garam jika tak cukup masin.
  6. Siap dinikmati