Monday, November 17, 2008

KUE TEOW SUP HOR FUN

Dah lama teringin nak buat kue teow ni...sejak tengok kat fp kak rinn hari tu.
Baru semalam dpt buat coz dah beli kue teow kat kedai asian....yummm sedapnya....
Terima kasih kak rinn....

Bahan-bahan: (copy-paste )

  • Sebungkus kuew teow (600gm)
  • 2 potong bahagian dada ayam
  • 10 ekor udang besar
  • 10 biji bebola ikan
  • 5 batang crab sticks
  • 3 biji bawang putih
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 1 camca teh lada putih
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Daun kucai
  • * Kalau nak lebih rasa ayam, boleh masuk 1 kiub ayam. Rinn tak bubuh ya....

Cara-cara:

1. Celur kuew teow hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, tumiskan bawang putih hingga agak layu. Masukkan lada putih dan kacau.
3. Tuangkan air secukupnya untuk dijadikan sup. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ayam. Apabila ayam dah masak, keluarkan dan sejukkan. Carik-carikkan ayam.
5. Masukkan udang, bebola ikan dan crab stick ke dalam sup ayam tadi.
6. Perasakan dgn garam dan gula. Tambahkan beberapa titis minyak bijan.
7. Ambil sebahagian kue teow yg dicelur tadi dan bubuh ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah sup.
Taburkan ayam dan daun kucai. Lebih sedap jika dihidang bersama sambal kicap.


note:
  • saya tambah karot, saleri, bunga kobis dan sos ikan.
  • tak letak udang, bebola ikan dan crab stick
  • ganti daun kucai dgn daun bawang

Pau goreng inti kacang merah

Pau goreng inti kacang merah...
Resepi Kak Ton @my resipi tapi saya ambil dr dapur sweetllilly...resepi blh utk kukus atau goreng. Dulu kat M'sia suka kuih ni....



Bahan-bahan:
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran- pakai marjerin je
  • 2g (1 sudu teh) bread softener- tak letak
  • 1/2 cawan air suam

Cara membuatnya:
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian atau ikut saiz yg dikehendaki.
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Rehatkan pau selama 45 minit
  10. Goreng hingga keemasan....

Inti Kacang Merah


Sumber:
Masakanku
Terima kasih....saya copy paste je...


Bahan-bahan:

  • 450g (1Ib) kacang merah
  • 3-4 helai daun pandan
  • 10 cawan air
  • 1 1/2 cawan minyak
  • 600g gula ( 1 1/2Ib) gula
  • 1 camca teh esen vanila

Cara-cara:

  1. Bersihkan kacang merah dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tekanan bersama air.
  2. Masak selama 40 minit sehingga kacang empuk.
  3. Angkat kacang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat. Jika terlalu kering dan payah hendak dikisar, campurkan sedikit air panas.
  4. Panaskan minyak di kuali. Tuangkan kacang dan masukkan gula. Masak dengan dikacau selalu sehingga pes kacang hampir kering.
  5. Masukkan esen vanila. Keluarkan ke dalam mangkuk dan sejukkan.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan bila sejuk buatkan guli2 kecil dengan digolek secamca teh inti kacang di atas tapak tangan.

Tambahan:

-saya tak rebus kacang merah ni di dalam periuk tekanan, sebaliknya menggunakan periuk biasa sahaja. Memang lambat empuk. Jadinya setiap kali air rebusan hampir kering, saya tambah air hinggalah ia jadi empuk (lembut bila dipicit).
- untuk pertama kali mencuba, sebaiknya anda buat separuh drp sukatan asal, takut2 tak jadi bila membuatnya.


Friday, November 14, 2008

Black Pepper Beef

Anak2 dah mula tak sihat...batuk...selsema...masalah biasa bila nak bertukar musim...
Semalam Isa demam...nak berkepit jelah...Nak buat kerja rumah pun payah...
Alhamdulillah hari ni dah ok sikit walau masih moody...
Banyak kerja yg terbengkalai ni..hihihi...


Lauk semalam.....terliur tengak masa gi ronda2 kat dapur Ela.
Ni ambil resepi Elalah...thanx Ela...

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg daging potong nipis2
  • 2 labu bawang besar hiris bulat
  • 2 pokok daun bawang potong pendek
  • 1/2 cawan air
  • sos tiram
  • kicap manis
  • lada hitam-tumbuk kasar
  • sedikit serbuk lada hitam
  • tepung jagung campur ngan sedikit air
  • garam
  • gula
Cara-cara:
  1. daging diperap bersama sos tiram dan kicap manis sebentar
  2. panaskan sedikit minyak lam kuali, goreng hingga daging masak (klau suka garing pun ok )
  3. kemudian terus masukkan serbuk lada hitam dan lada hitam yg ditumbuk kasar tadi
  4. masuk setengah cawan air, kacau rata bersama daging
  5. masukkan tepung jagung dan bawang hiris, tambah garam dan gula
  6. akhir sekali masuk daun bawang, tutup api

Murtabak Maggie

Hidangan minum petang semalam...disebab Isa tak berapa sihat, maka masak yg simple jelah...Resepi zai tapi saya ambil dr dapur UMMI...terima kasih buat kalian berdua....


Bahan:-
  • 2 bungkus maggi perisa kari + 1 bungkus perencahnya
  • 4 biji telor
  • 1 1/2 biji cili merah - hiris halus2- tak letak takut pedas...anak takleh mkn pulak
  • 1/2 biji bawang besar - hiris halus nipis
  • sedikit lada sulahgaram secukup rasa

#saya tambah sayur...kobis(hiris halus), karot(parut) dan daun bawang....


Cara Membuatnya:-
Celur maggi dan toskan. Dalam mangkuk, pukul telor hingga kembang. Masukkan perendah kari maggi tadi ke dalam adunan telor. Masukkan juga cili, bawang, lada sulah dan garam secukup rasa dan pukul adunan hingga sebati. Akhir sekali masukkan maggi ke dalam adunan telor, gaul sebati. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi seperti membuat telor dadar. Sedap untuk breakfast or minum petang..

Ayam Maghribi

Ayam maghribi masak kemarin(rabu)...makan dgn nasi karot...ada gravy sikit tu...yg ready made punya...
Rsepi dr noreen kat UK nun...terima kasih noreen...
Masa makan hubby tanya...ayam ni letak sambal apa?...sedaplah...



Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong ikut suka
  • garam secukup rasa

Bahan2 rempah chermoula - dikisar halus:
  • 3 tangkai cili merah/hidup
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk paprika
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar - ganti dgn serbuk ketumbar ....kira acilah kot ye..hihihi
  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • jus lemon - dari 1/2 biji lemon

Bahan2 sampingan:
  • daun salad - disiat kasar
  • timun & buah tomato - dihiris
  • ubi kentang - direbus, dikupas kulit dan dihiris
  • lemon - dipotong berbaji
  • sedikit daun pudina

cara:
  1. lumurkan ayam dengan garam dan rempah chermaula diserata permukaan ayam dan juga dibahagian bawah kulitnya
  2. perapkan ayam selama 3-4 jam ataupun semalaman di dalam peti sejuk
  3. keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan ianya pada suhu bilik
  4. letakkan ayam ke atas baking tray dan bakar pada suhu 180C selama 45min - 1 jam atau sehingga masak
  5. sentiasa membalik2kan ayam setiap 20 min
  6. setelah masak hidangkan bersama dengan bahan2 sampingan

Thursday, November 13, 2008

Puding Caramel

Menyejukkan tekak dikala cuaca yg panas...yummmm..
Resepi dr http://www.agsfood.net
Saya kurangkan gula...suka manis-manis buah je...hihihi


Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 125 gm gula
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 500 ml fresh milk
  • 1/4 tsp esen vanila

Caramel :
  • 175 gm sugar
  • 2 tbsp air
  • 1 tbsp jus lemon- tak letak

Cara-cara:

Untuk caramel:

  • Dalam periuk, masukkan gula dan masak hingga menjadi gula hangus. Masukkan air dan kacau sebati. Tuang dalam acuan.

Untuk puding:
  • Kacau telur dan gula perlahan- lahan sehingga gula larut.
  • Masukkan tepung jagung dan fresh milk.
  • Kacau perlahan hingga sebati dan tuang ke dalam acuan yg berisi caramel tadi.
  • Kukus selama 30 minint atau bakar dgn kaedah au bain marie selama 90 minit.

Wednesday, November 12, 2008

Summer dah nak datang.....

Huhuhu...cuaca kat Adelaide nak makin panas...semalam max dah 32 C...tu pun dah rasa panas sangat. Hari ni ikut ramalan...min 19 C...max 36 C...hish panas tu...dahlah hari ni kena menapak gi ambil Ismail ( hubby ada meeting dgn supervisor). Jenuh juga tu...
Kalau nak tahu nanti waktu summer...suhu kat sini blh cecah 40 C...huhuhu masa tu memang tak tahan panasnya...duk dlm rumah je lah...aircondlah jawabnya...Untuk sekarang pakai kipas blhlah lagi. Bila summer nanti penuhlah org kat beach...sbb air laut dia tetap sejuk w/pun panas terik....
Panas kat sini semacam sikit...perit rasa kulit kita...mata pun pedih. Tu yg kena pakai sunscreen...dan spek hitam dan topi...Rasa macam lagi panas dr M'sia. Lagipun bila suhu tinggi..angin pun panas semacam....


Hari tu saya dah balas kunjungan jiran tu...khamis minggu lepas kot. Anak2 seronoklah coz ada kawan main. Saya bawa roti danbrownies yg saya buat minggu lepas tu...dan dia cakap sedap dan nak belajar buat dengan saya...hihihi...jadi cikgu masaklah pulak lepas ni ....mcm tak caya je...Kalau mak saya tahu ni mesti terkejut tak percaya...Mak, anakmu ini dah rajin masak tau...jgn tak caya..hihihi...




Apa buat kat sana?...hihihi...rupanya dia minat tengok cd/dvd...dia tunjuk2lah cerita2 dia tengok..siap cerita lagi kisah apa...dan rupanya dia pun minat cerita hindustan. Peminat hindi movie dimana2 saje ye....dia buka satu cerita hindi...tak tahulah tajuk apa tapi ada pengambaran kat m'sia...kat hotel Golden Horses tu...saya cakaplah kat dia tulah my country...kagum dia...cantik katanya...hihihi...
Lama jugalah kat sana coz anak2 tak nak balik seronok main. Sempat juga gi back yard dia...ada ayam...macm kat kg lak rasa...Ayam pun cantik...jenis bulu kembang tu....
Okaylah...melalut pulak saya ni...nak bersiap hgi ambil Ismail lak....
Panaaaaas nya kat luar tu.....sabar je lah....