Thursday, November 20, 2008

Glaze Chicken....

Ni resepi ayam yg dimakan dgn nasi tomato dlm n3 semalam...memenuhi permintaan Hana...hihihi...
sebenarnya memang nak letak resepi ni tapi malas nak taip semalam. Resepi dr majalah receipes+...resepi asal guna lovely legs - skinless chicken drumsticks with tip of bone trimmed...so nama masakannya Glazed lovely legs....


Bahan-bahan:
  • 8 keping peha ayam
  • 1/3 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan honey
  • 1 1/2 tbsp jus lemon
  • 3 tsp parutan halia
  • 3 tsp minyak bijan
  • 3 tsp kicap cair
  • 1/4 tsp serbuk chinese 5 spice
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Perap ayam dengan bahan perapan tersebut selama sekurang2nya 20 minit...lagi lama lagi bagus....
  3. Panaskan oven pada suhu 200 C/180 C.
  4. Angkat dansusun ayam dalam tray (tinggalkan sedikit baki bahan perapan).
  5. Bakar hingga masak. Selalu balikkan dan sapukan dgn baki bahan perapan tadi.

Wednesday, November 19, 2008

Nasi Tomato

Nasi Tomato dr dapur UMMI. Resepi asalnya drp Che De Sam.
Semalam saya hanya guna beras jasmin biasa...

Bahan:-
  • 5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato - cincang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar marjerin/minyak sapi
  • 5 sudu besar minyak
  • garam
  • air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)daun pandan/daun sup

Bahan Tumis:-
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 5 ulas bawang merah - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang


Cara Memasak:-
Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biar mendidih. Masukkan beras dan daun pandan. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan-lahan. Hiaslah dengan bawang goreng dan tabur daun sup.


dinner semalam...

Kuih Gunting

Sesuai buat kunyah2 time tengok TV ke...
Saya pun kurangkan marjerin...sama mcm Hana.


Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 375gm tepung
  • 2 sudu besar gula aising
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 2-3 tangkai daun kari-hiris halus
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • pepper
  • 90gm majerin
  • 130-140ml santan (tambah air jika x cukup)

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh.
  2. Gunting n goreng.

Sweet dinner rolls


Lagi resepi roti dr dapur Noreen di UK nun. Sedap dan lembut...
Kat dapur Noreen ni byk resepi roti yg sedap2. TQ coz berkongsi resepi, saya copy paste je...


Bahan-bahan (16 biji):
  • 3 3/4 cawan tepung roti/tepung gandum
  • 1 paket (11gm) yis - kalau takut doh berbau yis boleh dikurangkan kepada 3 camt (9gm)
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/2 cawan susu segar suam
  • 1 biji telur
  • 1/3 mentega (75gm) - pada suhu bilik - mcm biasa, saya guna minyak masak
  • 1/3 cawan (75gm) gula pasir
  • 1 camt garam

  • 1/4 cawan (55gm) mentega - pada suhu bilik

cara:
  1. masukkan kesemua bahan kecuali 1/4 cawan mentega ke dalam bread machine
  2. tekankan butang untuk doh dan biarkan sehingga doh siap
  3. selepas itu keluarkan dan letakkan doh ke atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. kemudian bahagian kepada dua bahagian dengan setiap satu seberat lebih kurang 410gm
  6. bentukkan setiap doh tadi menjadi bulat
  7. rehatkan doh selama 10 min
  8. setelah itu ambil satu doh dan canaikan selebar 12 inci dan potongkan kepada 8 bahagian
  9. sapukan doh tadi dengan mentega (1/4 cawan) dan ambil satu keping, gulungkan dengan ketat bermula pada bahagian lebar
  10. lakukan sehingga habis dan aturkan ke atas dulang yang telah digris supaya tidak melekat
  11. tutupkan dulang tadi dengan tuala bersih atau cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min ke 1 jam
  12. note: pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah diletakkan dulang doh tadi ke dalam oven dan letakkan 2 cawan air panas di sisi dulang. tidak perlu on kan oven
  13. setelah itu bakar pada suhu 200C selama 12 min atau sehingga masak dan keperangan
  14. keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan mentega atau olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa lembut

note: roti nie sesuai dihidangkan bersama2 dengan mentega dan jam untuk hidangan pagi, petang dan malam

source: allrecipes

*kat resepi asal ada tunjuk gambar step by step...


makan utk minum petang dgn teh panas...yummmm...

Tuesday, November 18, 2008

Jom belajar baca....

Tadi gi jengok blog Sasha...ada n3 pasal web ni...



bila buka tengok...bagus...sesuai utk anak2 kita belajar membaca...
tak sabar nak tunjuk Iman dan Ismail ni...
bagi Iman terutamanya...sesuailah sangat coz dia cepat boring dan slow sikit bab membaca ni...

Sekarang kat M'sia tengah cuti sekolah...
ini blh jadi satu aktiviti diaorg juga....kan?

lagi tag nrina....

Tag dr nrina...dah berkurun perap...ni pun ada lagi satu...sori ye nrina...



1. Name one person who made you laugh last night.

anak2...Isa terutamanya...


2. What were you doing at 0800?

Pukul 8 pagi tadi...siapkan anak2 nak ke sekolah....


3. What were you doing 30 minutes ago?

Mandikan Sumaiyyah dan Isa....


4. What happened to you in 2006?

Akhir bulan 6 dtg Adelaide ni...


5. What was the last thing you said out loud?

Iman...bas dah datang...!


6. How many beverages did you have today?

banyak ...

7. What color is your hairbrush?

hitam


8. What was the last thing you paid for?

entahlah...dah tak ingat... selalunya hubby yg bayar...


9. Where were you last night?

kat rumah...


10. What color is your front door?

warna krim...



11. Where do you keep your change?

kat beg kecil...kadang2 poket


12. What’s the weather like today?

mendung...

13. What’s the best ice-cream flavor?

cokelat dan vanila...


14. What excites you?

hmm...buat kerja rumah ler agaknye hehe...


15. Do you want to cut your hair?

rahsia

16. Are you over the age of 25?

yap


17. Do you talk a lot?

tengok keadaan dan suasana...

18. Do you watch the O.C.?

samalah apa O>C tu...hihihi...


19. Do you know anyone named Steven?

tak...


20. Do you make up your own words?

ntah ler... takde kot...


21. Are you a jealous person?

bertempatlah...


22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.

azy...anita...aniza..


23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.

Khairiah...

24. Who’s the first person on your received call list?

hubbylah..


25. What does the last text message you received say?

takde..h/p dah KO../


26. Do you chew on your straw?

dulu2 biasalah...

27. Do you have curly hair?

rahsia hihihi...

28. Where’s the next place you’re going to?

dapur...berkemas dan masak lunch

29. Who’s the rudest person in your life?

entah le....


30. What the last thing that you ate?

kue tiaw goreng

31. Will you get married in the future?

dah kahwin dah...


32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?last??

tak ingatlah...cerita lawak...

33. Is there anyone you like right now?

hubby....


34. When was the last time you did the dishes?

baru tadi...

35. Are you currently depressed?

tak..


36. Did you cry today?

tak


37. Why did you answer and post this?

tak nak hampakan nrina yg bagi tugasan ni...hihihi...

38. Tag 5 people who would do this survey

taknak tag sapa2....tag ni dah perap lama dah....

Monday, November 17, 2008

Picnic kat West Lake

Berkelah pada hari Sabtu hari tu...ramai2...kebetulan hari tu cuaca agak sejuk dan berangin pada sebelah petang jadi tak berapa seronoklah sejuuukkkk....
Senpat duk sekejap je...lepas makan ...Isa dan start batuk2...makin lama makin teruk...so kami sekeluarga balik awal coz takut Isa melarat...nanti semput lagi...
Balik tu terus bagi ubat...malamnya pun dia tak berapa tido....hingga hari ni masih bersisa lagi batuk dia....
Hari Ahad tu ada kawan ajak pergi zoo ....Gorge Wildlife Park...takdptlah ikut...lain kalilah nampaknya...
Bekal utk picnic hari tu saya bawa Pau Goreng dan Mee Taiwan....
Jom layan gambar2 yg sempat ambil...


masa ni Isa dah batuk agak teruk...pergi panggil bapak nak ajak balik...
berbungkus....


Sumaiyyah pun sejuk....biasalah berkepit...


aktiviti kaum bapa...memancing...
tapi my hubby taklah...tak minat katanya...hihihi...


masing2 dgn pancing...


budak perempuan pun ada yg mancing....


excited budak2 duk nengok hasil pancing...



Kaum ibu biasalah..borak2 lepas makan...



Iman dan Ismail main kat gigi air dgn Udin dan kawan2 lain


Rumah tepi tasik...tempat org kaya2lah kot...



ni pulak dah lari tajuk...buku beli kat sunday market semalam...20 c sebuah...
tak dpt pergi zoo...habiskan masa kat sunday market....