Friday, March 25, 2011

Custard Teacake

Assalmualaikum. Huhuhu liat betul update blog sekarang ni....:)). Semalam saya dah dijangkiti virus kek yg glamour sekarang ni tu. Apa lagi kalau tak Custard Teacake. Ramai dah kawan-kawan yg mencubanya, gara-gara kesedapannya. Saya buat kek ni untuk minum petang semalam...laku betul. Anak-anak saya sangat suka, terutama Iman. Suku kek untuk dia je.

saya bakar dalam acuan 4 segi(pyrex)....doublekan kuantiti bahan :)

Sumber:: Cik Mat Gebu
Resepi Asal:: Kak Ida
~terima kasih berkongsi resepi.

BAHAN KEK :-)

  • 125 gram mentega
  • 1/3 cawan gula halus @ gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
  • 1 camca besar tepung kastard
  • 1 camca besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
  • 15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
  • 2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar)(-sy guna acuan 4 segi). Ketepikan.
  3. UNTUK KEK:- Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Sebab ada kastard tu kot yg buatkan laju je anak-anak makan....yummm! saya doublekan bahan-bahan...:)

7 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Wah..kat sini pun dah sampai si kek kastard ni...bila la saya nak cuba wat...

izahdaut said...

sedap tuu...akak, dapat emel saya tak?

ct_as said...

mcm sodap & senang..nak try buat la..

Chik Mimi said...

suzi beh tahan dah smpi Trolak kek ni bila nak tiup angin ke Penang pulak ye

Suzi said...

nazrah,
fuh! tiup virus kek ni...moga berjangkit hehehe


izah,
sedap.

ct_as,
trylah...yummm. makan masa dah sejuk lg sedap.

kak mimi,
fuuuuuuhhhhh! tiup angin ke Penang...sampai tak?

Mas said...

sedappp...mas suka sangat kek ni....

MamaIeta said...

Budak2 mesti suka