Thursday, April 14, 2011

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA



Setuju dengan K. Ummi, kek ni SEDAP DENGAN RASA BADAM, MOIST, GEBU, HARUM WANGI BAU ROS DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA...Suka !!! Hubby pun cakap sedap.



Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff
Sumber :
Rinnchan via UMMI
-terima kasih berkongsi resepi.



Bahan-bahan: (akak guna loyang bulat 6 inci)

* 250gm mentega(*akak guna Golden Churn brand)
* 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)
* 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)
* 1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)
* 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)
* 2 susu makan susu pekat manis
* 1 1/2 sudu teh esen rose
* sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)

** sy guna marjerin je dan dua warna je kuning dan pink serta acuan 'love'. Sukatan lain sama dgn K.Ummi.


Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.


Buat petang semalam untuk minum petang, tapi bila kek masak je, kawan dah datang untuk ke kelas aerobik. Balik aerobik baru sempat potong....elok, buang lemak pastu ganti balik hehehe.

Seperuh dah bg kat jiran, lepas tu baru teringat nak ambik gambar .... alahai terkopek sikit keknya.


sarung lengan dwi warna. RM 12 sepasang @ comel lote


8 comments:

kak ina kl said...

macam sedap ajer..nanti bolehlah try

Mas said...

wahh..cantik marble tu..
kek pun nampak lembut gebu jerk...

izahdaut said...

wah dah sampai sini dah kek nya... waduhh teringin kkok mahu cubain..hehe

Fiza Nordin said...

teringin nak buat...tp takut takde org tolong ngap....kite layan gambo k suzi ajelah ek....nak minta sepotong jauh lak hehehe

.:: Mrs Z ::. said...

sedapnye kak... kalau ada masa, nak try buatla yg ni sbb tgk bhn2 xbyk.. tak tahan dah dgr hubby perli beli oven tp xberasap2 =D

tun_telani said...

owh.. nengok resepi mcm senang.. ala2 butter cake cuma tambah badam dan ganti vanilla ngan esen rose, kn.. alamak, xde esen rose kt umah. kene kiv dulu.. hihi...

Mamasya said...

Assalammualaikum Suzi

lembut nampak kek badam Suzi....Ceria warnanya bila letak warna merah.
tengok spagetti kat bawah tu...samalah anak2 pun suka....

Fiza Amran said...

lembut dan rasanya badam dia mmg rich ..