Monday, November 23, 2009

Puding Kastad Berlapis, Kek Gula Hangus

Puding Kastad Berlapis


Resepi dr favourite-recipes.blogspot.com, terima kasih Tirana berkongsi resepi....sy minta izin copy-paste . Sedap!!! Saya guna 2 warna je...


Bahan-bahan
  • 25gm agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 100gm mentega
  • 4 biji telur - ambil merahnya sahaja
  • 1 tin (400gm) susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
  • pewarna merah, hijau dan koko

Cara memasak
  1. Basuh agar-agar dan masak dengan 4 cawan air hingga hancur.
  2. Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula.
  3. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih. Kacau rata.
  6. Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian - 3 bahagian dibubuh warna yang berlainan iaitu merah, hijau dan koko sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.
  7. Sediakan loyang, masukkan separuh adunan yang berwarna asal. Tunggu sehingga lapisan itu beku, baru masukkan bahagian yang berwarna hijau. Ulang proses dengan bahagian yang berwarna merah dan koko. Lapisan atas sekali, letakkan bahagian warna asal yang berlebihan tadi.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk kemudian bolehlah keluarkan dari acuan.





Kek Gula Hangus


resepi ceduk dr dapur
UMMI..resepi asal dr nita. Terima kasih berkngsi resepi....pun sedap!!!

Bahan:-

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega

Cara Membuat:-

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
  2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*ummi bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj






10 comments:

zureen @ mama said...

Puding hijau tu nampak sungguh sedaplah..

Sheila Shafeareen said...

salam wahhh ialah npk sdp je puding tu..mcm nak try bwt je raya haji ni...tegodalah

Shada said...

budak-budak ada kat rumah boleh buat puding kastad...terima kasih suzi.

cheryna zamrinor said...

kemasnye keje kak suzi nieh. sha dah cuba buat butter prawn kak suzi..tak pandai betul buat telur sehalus tuh.

pudding kastard nieh pon sama. nampak kemas.

tahniah!!!:)

* tgh tunggu time nak makan overstuffed pepper kak suzi...hihihihi..

Mamasya said...

Salam Suzi

Alahai napalah pula sy tak nampak gambar puding kastad Suzi.gambar lemon chickenpun tak nampak.tak boleh jamu mata...rasanya ada problem dgn pc di rumah.
kek gula hangus..dah lama tak buat.

Anonymous said...

salam suzi,
cantik dan sedap jer nmpk puding tu.. blh buat utk raya haji ni kot...

indahhouse said...

Salam kak Suzi,
nampak ngancam la puding kastad tu. mesti sedap, kan?
Selamat hari Raya AidilAdha,buat kak Suzi sekeluaga

Unknown said...

Maaf mau tanya 1 cawan air itu brp cc/ml

Unknown said...

nak tnye..kek gula hangus tu klu kukus boleh ke?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.