Wednesday, August 13, 2008

Kuih Lapis


Bahan-bahan:

Sumber : tulip77@myresipi.com. Terima kasih for the resepi...
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air
#saya guna santan dlm tin = 4 cawan. Tak payah letak air lagi.
#saya buat 2 warna je..hijau (pandan paste) dan warna asal.

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan warna yg dikehendaki.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

Tuesday, August 12, 2008

My First Award

Gumbira dalam hati...kerana dapat award ini...hehehe.Tima kasih kepada Siti Khuzaimah diatas pemberian award ini...Kreativ Bloger....kreatif ke ni?....apa pun gumbira...gumbira.... hehehe....


Award pertamaku


Award ni pun ada rulesnya....ni dia..


It has been done according to the following rules:

  • The winner may put the logo on her blog.
  • Put a link to the person you got the award from.
  • Nominate 5 blogs.
  • Put links to the blogs.
  • Leave a message for your nominees

Seterus award ini diberi pulak kepada....

Monday, August 11, 2008

Roti Naik

Dua tiga hari ni cuaca kat Adelaide ni sejuk sgt...hujan je. W/pun hubby dah nyalakan kayu api tetap terasa kesejukkannya. Ni blm tmpt bersalji...tapi Adelaide ni bukan tempat bersalji pun. Anak2 dan hubby pun tak berapa sihat... batuk..selsema....So hari minggu kali ni duk rumah jelah....Lagipun kereta buat hal.


hubby tengah masukkan kayu api kat heater...

ROTI NAIK
Source : Majalah Saji Jun 2007



Buat hari Sabtu...makan dengan bubur kacang hijau. Kenalah dengan cuaca yg sejuk ni....ambil resepi drpd Mamafami.

Bahan-bahan:
  • 700 gm tepung roti
  • 50 gm shortening - saya letak minyak masak je...
  • 200 gm air suam kuku
  • 200 gm evaporated milk - sama dgn mamafami pakai susu segar
  • 100 gm gula kastor
  • 1 sudu teh garam
  • 1 packet instant yeast (11g)
  • 2 biji telur
  • sedikit marjerin

Cara-cara
:
  1. Masukkan semua bahan dalam BM dan ON kan.
  2. Setelah siap/naik, keluarkan dan tumbuk utk membuang angin. Uli sekejap.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan bulatkan. Letakkan ke atas dulang pembakar dan biarkan naik lagi.
  4. Sapu dengan susu dan bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu180 C selama 20 - 30 minit.
  5. Apabila sudah masak...keluarkan dr Oven dan sapu dengan marjerin.
  6. Sedap dimakan dengan kari, serikaya, jam atau apa2 je....

Apam Jagung Kukus


Ambil resepi ni dr blog UMMI...dan UMMI ambil drpd Kak Rinn . Sebenarnya nak habiskan stok krim jagung yg lebih buat apam balik. Sedap. Copy paste je lah ye...tima kasih coz berkongsi resepi....

Bahan:-
120 gm mentega
70 gm gula kastor
2 butir telor
120 ml susu segar/susu cair
100 gm krim jagung
Kismis hitam untuk hiasan (letak coklat rice...kismis takde...)

Cara-Cara:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang dengan kelajuan tinggi. Masukkan telor sebutir demi sebutir. Pukul hingga sebati. Gaulkan krim jagung dengan sebahagian tepung. Masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau rata. Masukkan susu segar diselang-seli dengan lebihan tepung Kaup balikkan menggunakan spatula. Sementara itu, panaskan kukusan. Balutkan tudung kukusan dengan kain supaya wap tidak menitis atas apam. Isikan adunan dalam acuan, hiaskan dengan kismis dan kukus selama 15 minit. Sejukkan dan keluarkan dari acuan sebelum dihidangkan.

Saturday, August 9, 2008

Tag drpd Mama Anis

First time kena tag ni...huhuhu....

RULES

The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.
So now, on to the questions...


1) What were you doing 5 years ago?

Lima thn dulu...kalau ikut kiraan yg tepat, masa ni pada 5 tahun dulu..tengah sarat mengandungkan Ismail (anak ke 2). Ismail lahir 23 ogos. Berdebar2 cos ni pengalaman pertama nak bersalin normal hehehe. W/pun tarikh bersalin dah ditetapkan(cukup2 38 minggu) coz tak nak peristiwa masa bersalin anak pertama (Iman) berulang. Alhamdulillah semua selamat dan bersalin pun senang je...Masa tu duk Tronoh dan dah jadi surirumah sepenuh masa.


2) What are 5 things on your to-do list for today?
  • Bangun pagi( hari ni hari minggu lambat sikit biasanya hehehe) - siapkan sarapan coz kat sini bkn senang nak beli pun.
  • Lepas sarapan kemas apa yg patut dan baca blog.
  • Pergi taklim.
  • Lepas taklim gi shopping brg dapur.
  • Masak
  • Siapkan tag ni.....
Tapi.....kereta pulak buat hal....so tak keluarlah hari ni. Hubby gi beli lauk utk masak pun naik bas hehehe. Bas kat sini tak mcm kat M'sia...ok je naik bas pun...

3) What are 5 snacks you enjoy?
  • Chocolate....snikers
  • Keropok lekor #
  • Pisang goreng#
  • Chips
  • Kentang goreng
#..yg dua ni dah 2 thn tak makan.....uwaaaa..rinduuuuu nak balik....

4) What are five things you would do if you were a billionaire?
  • Umrah / Haji bersama keluarga...bawa mak n ayah sekali...
  • beli rumah n kereta
  • Bagi kat mak dan ayah
  • Sedekah - bekal akhirat nanti ni....
  • Beli apa yg teringin....
Bilalah agaknya boleh dapat......

5) What are five jobs you've had?
  • Hamba Allah...umat Nabi Muhammad s.a.w...
  • Isteri kepada suami
  • Ibu kpd 4 anak mcm2 ragamnya
  • Dulu pernah mengajar huhuhu tension jadi cikgu kan?
  • Dapur Oficer


Now to tag..(kita tengok siapa yg kena....)
Harap tak menyusahkan...sila2 kan lah. Saje utk suka2.

Wednesday, August 6, 2008

Spiral Pau


Resepi asal adalah Red Bean Spiral Pau drp noreen home cooking blog tapi saya letak inti kastad dan jem strawbery.

Bahan-bahan:

Bahan2 A:
500gm tepung pau
100gm gula pasir
1/4 camt garam

Bahan2 B:
250ml air suam
1 packet (11gm) dry/instant yeast
1 camt gula pasir

50gm shortening - dicairkan dan biarkan pada suhu bilik #saya pakai minyak masak
kertas untuk lapik pau - disapu dengan sedikit mentega # saya pakai baking paper



Cara-cara:-

  1. Campurkan bahan2 B sehingga sebati dan biarkan sehingga berbuih.
  2. Kemudian campurkan bahan2 A dan masukkan bahan2 B, uli sehingga sebati dan tidak melekat di dalam mixing bowl.
  3. Selepas itu masukkan pula shortening yang telah dicairkan tadi dan uli sehingga tidak melekat di tangan. Jangan risau jika doh pada mulanya nampak berminyak.
  4. Bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan di dalam mixing bowl yang telah digris. Tutup dengan cling wrap dan biarkan doh naik dua kali ganda dalam 45 min ke 1 jam. Atau masukkan semua bahan dalam BM...ONkan dan tunggu siap.#Kalau nak tau doh dah naik taburkan sedikit tepung atas doh dan tekan dengan jari. jika ada kesan dalam maksudnya doh sudah naik.
  5. Keluarkan dari mixing bowl dan letakkan atas pencanai. Tumbuk2kan doh dan uli lagi doh.
  6. Potong doh 5 x 180gm (setiap satu). Lapikkan atas pencanai dengan plastik dan letakkan satu potongan doh dan lapikkan satu lagi plastik di atas doh. Canaikan menjadi bentuk rectangle sebesar 6"x8".
  7. Kemudian sapukan 3 camb inti dan ratakan tapi jangan keseluruhan doh.
  8. Tanggalkan plastik yang atas dan gulungkan doh seperti swiss roll atau sushi.
  9. Gulungkan sedikit kedua2 hujung doh dan letakkan doh ke atas kertas yang telah digris dengan mentega .
  10. Biarkan doh rehat selama 30 min sebelum dikukus dengan api yang tinggi selama 10 min.
  11. Setelah pau masak biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
Alkisah:
Masa doh dah naik dan nak letak inti...anak yg paling kecil (Isa), dah terjaga dr tidur dan mengamuk tak nak dengan sapa2...jadinya doh tu saya bahagi 2 sahaja...nak cepat habis. Sepatutnya 5. Jadilah spiral pau yg besar..hehehe

Tuesday, August 5, 2008

Ayam Kalasan Chef Norzailina


Resepi ni ambil dari blog UMMI. Sedap ayam ni...dulu selalu beli lauk ni kat satu kedai kat Ipoh.Copy -paste je dari tuan punya blog ..tq...UMMI.

Bahan:-

500 ml santan dari 1 biji kelap kelapa
1 ekor ayam - potong 8
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan tumbuk kasar:-
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit hidup
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar

Cara Memasak:-
Perap ayam dengan kicap, serbuk kunyit dan garam selama 1 jam. Rebus ayam dengan santan dan bahan tumbuk. Tambah gla dan garam secukup rasa. Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan juga. Ketepikan.

Panaskan minyak, goreng ayam hingga kuning keemasan. Letak dalam pinggan. Goreng pula bahan rebuasan yang telah ditapis menggunakan minyak tadi. Bila sudah garing, angkat dan taburkan atas ayam tadi...Sedap sgt bahan yang digoreng tadi..