Wednesday, August 11, 2010

GA dr Kelly's Life...(Apron Comel!!!!)

Masa singgah kat blog KakAsma tadi ada N3 pasal GA ni...jatuh cinta tengok apron tu.
Ada 10 untuk dimenangi. Nak???...Jom join GA anjuran Kelly's Life ni. Boleh le bergaya masa masak untuk berbuka dan untuk raya nanti.... JOM!!! Klik SINI


Syarat2 nya mudah sahaja : -
  • Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
  • Link kan blog Kelly's Life
  • Letak komen kat N3 ni
  • Mestilah follower kat blog Kelly's Life
  • Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je



Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum,

khas buat semua:


Monday, August 9, 2010

Pisang dan Durian

Donat Pisang



Resepi ceduk dr dapur Mas, Mas pulak ceduk dr Izah. Tapi asalnya resepi dr Puan Rima Terima kasih berkongsi resepi. Sama kes dengan Mas lah ni...nak habiskan stok pisang yg bawa balik dr kg ( Sabak Bernam) minggu lepas....




Bahan - bahan :
  • 100g tepung kek
  • 400g tepung roti
  • 100g gula halus
  • 11g yis segera / sepeket
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh bread improver - mas tak letak
  • 100ml air
  • 3 biji kuning telur
  • 100g butter
  • 300g pisang lecek ( kurangkan sikit kpd 200g - terpulang pd keranuman pisang )



Cara menbuatnya :
  1. Ayak kedua2 tepung, masukkan yis dan gula. Ratakan adunan.
  2. Masukkan garam, kuning telur dan separuh air. Kacau rata.
  3. Masukkan pula pisang dilecekm dan gaul lagi . Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut. Jika doh agak keras boleh tambah lagi air.
  4. Biarkan doh selama 20 minit / sehingga 2 kali ganda.
  5. Bahagikan doh 30g setiap biji dan bentukkan menjadi donut. Biarkan selama 10 minit dan goreng hingga kuning keemasan dengfan api sederhana. Taburkan gula atas donut.
Note : Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan jadi lembik. Untuk langkah berjaga2, masukkan air sedikit demi sedikit . Selamat mencuba...











Popia Pisang




Bahan - bahan:
  • kulit popia
  • pisang - belah jika perlu
  • gula
  • sedikit putih telur - utk lekatkan kulit popia. Tepung yg dibancuh dgn air pun boleh.

Cara - cara:
-Letak pisang di atas kulit popia, taburkan sedikit gula dan lepas itu lipat macam buat popia biasa. Goreng kekuningan. Yummmm....sedap!!!






Pulut Durian

Ni pulak pulut makan dgn serawa durian...Iman suka sangat2. Durian mak bawa dari kg...dr Trg tu...



"Cuties Stripes n Line Contest"

Contest: "Cuties Stripes n Line Contest"
Due: 15 Ogos 2010
Anjuran: mama rifQy @ http://miszmaliana.blogspot.com/


Jom kita memeriahkan contest ni!!!!


Penyertaan saya:

Nama: Isa Ibrisam
Umur : 3 tahun 5 bulan



Saturday, August 7, 2010

Sup Daging Tetel

Sup daging tetel makan dengan mee. Yummmmm! Terima CMG berkongsi resepi.



Sumber:
CMG @http://tiffinbiru.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 600 g tetel lembu (daging lembu yang bercampur "lemak")
  • 3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
  • 1 pokok daun sup, kerat dua
  • 1 camca besar bawang goreng
  • Air secukupnya untuk merebus
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 4 kuntum bunga cengkih*
  • 3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
  • 7 biji bawang merah#
  • 5 ulas bawang putih#
  • 2 1/2 inci halia tua#
  • 3/4 camca besar lada hitam biji#
  • 1 camca besar ketumbar biji#
  • 1/2 camca teh jintan kasar#
  • 1/2 camca teh jintan halus#(#dikisar halus)
  • Hirisan daun bawang/daun sup
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Daging tetel dipotong sederhana besar, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah tulis dan kacau hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi. Masukkan daging tadi dan gaul rata. Tuang air secukupnya dan masukkan daun sup dan bawang goreng, masak dengan api besar sehingga mendidih, kecil kan api dan biar merenih hingga tetel lembut.
  2. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang lembut, tambah garam secukup rasa dan hidangkan bersama nasi impit, mee hoon atau apa2 saja yang sesuai. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Jangan lupa sambal kicap sebagai penambah kehangatan sup ini...




Pan Non - Stick baru!!!




Terima kasih Kak Mimi . Sesiapa yg berminat boleh contact Kak Mimi. Pan ni memang bagus! Puashati sangat2. Dah pecah dara dah....buat roti jala semalam...hehehe...


Tuesday, August 3, 2010

Nasi Lobak Merah


Resepi sy ceduk dr dapur Kak Nor...Kak Nor pula ambil dr dapur Ayu S'pore . Bila masak mcm ni barulah anak-anak makan karot tu sebab takleh nak elak lg dah hehehe...Terima kasih berkongsi resepi. :)

Bahan-bahan:
  • 1kg beras beriani -
  • 6 biji lada hijau dipecah2
  • 1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)
  • 1 cawan minyak kacang ~ k.nor guna minyak bunga
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3 batang lobak diparut
  • 300g buah tomato dipotong halus
  • *6 biji bawang putih ditumbuk halus
  • *2cm halia ditumbuk halus
  • 2 biji bawang besar dihirs
  • 4cm kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkeh
  • garam

Cara-cara:
Sukat air 1, 100ml lalu ketepikan dulu. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak.

* sy masak separuh je....dan pakai beras biasa je...

moment with newborn baby contest

Jom join contest lagi...kali ni anjuran alyyani
Contest berkenaan saat-saat anak-anak kita ketikab bayi...iaitu ketika usia kurang dr seminggu. Berminat nak serta jom klik link kat bawah ni:

moment with newborn baby contest



Syarat-syarat pun senang je...hadiah pun menarik....JOM!!!






Ini penyertaan dr saya:



Nama : ISA BIN IBRISAM
Tarikh lahir :22/03/2007
berat semasa lahir : 3.5kg
Umur ketika gambar diambil : hari kedua
Nama ibu : SUZILAWATI AMIR HAMZAH
email : suzilawati@ymail.com
Cerita disebalik gambar : Masa ni Isa tengah mengamuk nak susu....bapak pulak nak amik gambar...makin mengamuklah Isa....