Tuesday, June 2, 2009

Roti Naik

Kena jangkitan virus roti naik juga sayab hihihi. Tapi memang berbaloi sbb memang sedap. Rugi sapa yg tak cuba buat. Resepi asal drR.Net. Saya ceduk dr daput Hana, halalkan ye Hana...Hana cilok dr dapur CMG. Terima kasih buat yg terlibat. Ramai juga kawan2 yg dah kena virus roti ni hihihi.

Bahan-bahan

400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong - hana ikut mat gune tpg gandum je!*
250 ml air - hana gune susu segar+ air skit*
50 g susu tepung - x ltk*
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)- tak letak
180 g gula perang (brown sugar) - hana ltk 110-120g gula halus*
100 g mentega - guna minyak masak
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning


* = saya ikut hana


Cara-cara

  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. Kaedah lain: Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.


Projek malam ni...baru je masak...

Ayam Panggang Berempah

Hari ni saya masak nasi ayam...tapi ayamnya habis masa lunch so, utk petang saya masak ayam ni. Resepi dr dapur UMMI. Sedap mkn mcm tu je ayam ni...Resepi asal dr Kak Liza. Terima kasih buat akak berdua ni...sifu masak ni...Saya copy-paste je UMMi ye...



Bahan:-

  • 1 ekor ayam - bersih dan keringkan..(*akak kerat ayam kpd 8 bahagian)
Bahan Mesin:-
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak
  • garam secukupnya
Cara-Cara:-
  1. Gaulkan kesemua bahan mesin dan perap bersama ayam untuk beberapa jam.
  2. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam. (akak susun bahagian2 ayam dan bakar dulu selama 30 minit, then terbalikkan ayam dan bakar lagi 30 minit.)
  3. Hidangkan dengan coleslaw, sos lada hitam dan sayuran salad serta fries..


Pau Inti Kacang Merah

Pau ni resepi Kak Rinn Chan ...resepi kat SINI.



Inti kacang Merah....

Bahan2:
  • Satu tin kacang merah(400gm)
  • 2 senduk gula
  • minyak masak
  • daun pandan kalau ada
  • sedikit garam

Cara2:
  1. bilas dan tapis kacang merah- kisar hingga hancur(saya lenyek je sbb blender rosak)
  2. panaskan minyak dan masukkan gula. biarkan cair menjadi karamel.
  3. masukkan kacang merah yg telah dikisar
  4. masukkan sedikit air dan daun pandan
  5. masukkan sedikit garam utk rasa lemak...
  6. masak hingga pekat bekilat.


Kuih Lapis

Resepi dr FP Kak Rinn Chan...saya copy-paste je...tq akak.



Bahan-bahan:

1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..boleh tambah jika suka lebih manis
3 cwn santan..tambah jika perlu
1 camca teh garam
Pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih. Biarkan selama 6min-8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.

*TIPS utk mendaptkan hasil kukusan yg tidak keras atau tidak terlalu lembik: (tips dr Kak Rinn...)
(i)Sekiranya sukatan semua tepung adalah 2 cwn, maka adunan yg telah dicampur santan hendaklah menjadi 4 cwn. Maksudnya jumlah adunan cair adalah 2 kali ganda jumlah adunan tepung.
(ii)Gunakan cwn yg sama utk semua sukatan.
(iii)Kalau tak de pewarna merah, rinn kekadang guna Rose Syrup F&N..brand lain pun boleh. Kalau guna yg ini tak payah bubuh esen ros daaaahh...


Pizza Lipat

dapat idea masa beli pizza mcm ni kat kedai roti...Senang je buat...

asal mcm pizza biasa je tapi dilipat ....

pakai roti ni sebagai base...


setiap kali buat pizza, saya hanya pakai sos segera mcm ni je...atau sos pasta....

bekal anak2..diaorg cakap sedap pizza mcm ni...

Monday, June 1, 2009

Projek hari minggu...

Sabtu
Pagi2 sarapan dgn roti bakar sapu marjerin n honey je. Dan goreng karipap yg dah buat hari Jumaat utk bekal sbb hari ni kami plan nak pergi garage sales. Anak2 nanti bising ckp hungry kat dalam kereta...kena bawa bekal.


Destinasi pertama....

Ni baru kali kedua saya sampai sini...padahal ni tmpt glamer dikalangan student m'sia kat sini beli brg2 secondhand....ketinggalan keretapi... Terima kasih buat Liza n K.Ros yg bawa saya utk pertama kali bbrp bula dulu. Tujuan takde apa sgt pun, suka tengok2...ada yg berkenan beli...

Antara perabut2...kat luar...


Kat dalam...pinggan mangkuk, brgan letrik, baju, cadar, kasut, buku dll.


saya jln dgn Sumaiyyah...boys dgn hubby. Tq abg dgn rela hati bawa saya ke sini...(dia tengah happy tu, so ikut je apa wife dia ni nak ke mana hihihi)
Antara yg saya beli..baju hujan(50 sen satu)...mug(10 sen satu) dan buku2...dll

Lepas tu ke garage sales....balik masak sup ayam je utk lauk lunch n dinner.



Ahad
Ahad pun aktiviti sama..pergi shed sales lg... sarapan dgn mee goreng dan pancake sebagai bekal kunyah2 utk anak2...

pancake ni resepi fluffy egg-free pancake cuma tambah letak choc. chips...blh klik SINI.



Lepas tu pergi beli lauk basah n shopping brgan dapur.
Tapi yg bestnya balik tu saya rahat je sbb my hubby dah janji nak masak...yeap! rehat saya....

my hubby tengah tekun masak...dia sebenarnya tengah happy sgt tu. Sebabnya..blh baca SINI. Tu yg rajin dan baik hati semacam tu...


Nilah hasilnya...lunch n dinner kami...bila tanya resepi...rahsia katanya. Hahaha yg sbenarnya dia dah tak ingat letak apa. Mula2 tu memang dia ikut buku resepi(beli semlm kat shed sales- AUS1.00)..tapi dia tambah mcm2 pulak. Apa2 pun anak2 suka...Ismail ckp "My dad is no 1 chef"....siap nak cerita kat cikgu hari ni...




Pulut Berjagung with kaya.

Ni menu sarapan hari Jumaat hari tu. Anak2 ckp suka pulut, lg2 mkn dgn kaya...suruh buat lg. Kukus pulut mcm buat pulut kuning biasa cuma letak jagung. Bila mkn dgn kaya rasa mcm serimuka kaya pulak....Rasanya kalau mkn dgn rendang pun sedap gak...tapi pagi2 tak sempat nak buat..