Thursday, September 4, 2008

Rumah di Adelaide

dari depan....


Alhamdulillah cuaca dah makin elok sekarang...dah masuk spring. Tak panas dan tak sejuk sangat. Pagi tadi lepas sidai kain saya dan anak2( isa n sumaiyyah je) ronda2 kat laman rumah. Dah lama tak lepak kat luar coz cuaca yg sejuk. Sempatlah ambil gambar...my hubby yg tengah study kat bilik dia pun tertarik nak keluar tengok kita org seronok je.... Mulalah dia pun nak tunjuk skil dia tu....Nilah antara gambar2 yg kitaorg ambil tadi...


ni rumah kitaorg bahagian depan. Ambil gambar dr laman tepi. Laman kitaorg agak besar...keliling...rumah lot tepi. Berkenan rumah ni pun sebab laman besar dan tertutup w/pun agak jauh dr city n universiti. Takpelah kata hubby...nak yg agak murah dan selesa jauhlah sikit.



burung merpati tu pengunjung tetap...dah nak jinak dah.. .mungkin sebab kitaorg selalu bg mkn time bg makan kat burung yg kitaorg pelihara... Kat bawah tu kawasan santai2 yg beratap... tengok langit tu cerah biru je... masyaAllah.



isa...sukalah dpt main kat luar...


sumaiyyah...silap sikit je nangis..


Gambar kat bawah ni pulak gambar bunga2 yg ada kat laman....sekarang kan musim bunga....Tapi tak byk pun.

ni bunga rumput sebenarnya....





bunga dah nak layu pun ambil....




macam shais punya je...




Wednesday, September 3, 2008

Menu berbuka 3 Ramadhan

Hari ni jemput kawan datang berbuka kat rumah. Hanya 2 famili je...Najwa n Ayu sekeluarga. Tak ajak ramai coz takut tak terlayan.Terima kasih kpd diaorg semua coz sudi dtg. Lain kali ajak kawan2 yg lain pulak....

Nasi ayam belanga


sos...
alamak gambar sup lupa nak ambil pulak....


salad...


bingka labu...


buah...


kacang kuda rebus...


karipap dan begedel drp najwa....


puding drp ayu....

Menu berbuka 2 Ramadhan

chicken wing bakar...


sayur lemak labu kuning



bubur pulut hitam...
Iman suka sangat ni....


crispy risoles...
Ni kes terliur tengok kuih ni kat blog CMG...
kuih indonesia kot....ambil resepi kat sini. Untuk fillingnya dah ubah sikit ikut apa yg ada.
My hubby cakap sedap. Saya pun suka...tapi anak2 kurang sikit coz ada sayurlah tu... Liat betul diaorg ni mkn sayur..kecuali Iman.


Untuk kulit :
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 200 ml susu segar - yg ni tak tahu dia salah taip ke apa coz letak 400 ml baru jadi adunannya.
  • salt secukup rasa
  • 30 ml minyak masak
Satukan semua bahan2 dalam blender dan blend. kalau rajin...tapislah. Panaskan kuali "non-stick" dan sapu sedikit minyak. Tuang kurang lebih 1/3 cawan dan ratakan hingga menjadi kulit dadar yang nipis. Macam buat kulit ketayap. Masak hingga kelihatan pucat.


Filling :
  • 1 batang karot - potong dadu kecil2
  • 1 biji kentang - potong dadu kecil2
  • 1/2 cup jagung frozen
  • 1 keping daging dada ayam - cincang
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar butter
  • 1 small onion, cincang
  • 1 cup susu segar
  • sedikit black pepper
  • garam secukup rasa
Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan isi ayam, masak hingga ayam masak. Kemudian masukkan kentang , karot, jagung dan serbuk lada hitam, gaul rata. Tuang susu (tambah sedikit air jika perlu) dan masukkan tepung. Masak hingga kentang lembut dan inti kering.


Cara buat risoles:
Ambil sekeping kulit, isi inti dan gulung kemas (macam buat kuih ketayap). Buat hingga habis. Kemudian, celupkan gulungan kuih tadi ke dalam telur dan kemudian golekkan dengan serbuk roti, goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos atau makan macam tu aje pun sedap gak....

Menu berbuka 1 Ramadhan

Menu yg biasa2 aje...makan nasi putih aje...

Strawbery, nenas dan kurma....

daging kebab...
resepinya main bubuh segala rempah2 yg ada...

nasib baik sedap...
adalah iras2 rasa yg hubby beli pd mlm seblmnya tu...


sayur sawi goreng .....


cucur udang...resepi kak rinn

Bahan-bahan:
  • 300gm Tepung gandum
  • Udang besar secukupnya, bersihkan - pakai udang kecil je
  • Sebiji bawang besar dimayang nipis
  • Segenggam taugeh....- tak letak coz dah habis stok
  • Daun bawang dan daun saderi secukupnya, dipotong kecil2
  • 2 biji telur
  • 1 cawan Air panas
  • Air biasa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 camca teh baking powder
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menggoreng dan sementara menunggu panas, rendamkan bahagian senduk yg bulat. Tujuannya adalah untuk memudahkan cucur udang lekang dari senduk.
2. Masukkan tepung dalam satu bekas.
3. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air panas dan air sejuk. Gaul-gaul lebih kurang.
4. Tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga tepung bersalut air.
5. Tuang air biasa sehingga adunan secukupnya elok untuk dijadikan cucur udang.
6. Keluarkan senduk yg terendam dalam minyak tadi dan isi dengan adunan dan letakkan seekor udang di tengah2nya.
7. Masukkan ke dalam minyak dan tunggu sebentar sehingga cucur lekang dari senduk. Goreng sehingga garing.
8. Ulang hingga habis.

# saya main masuk je...mcm2 bentuk ada....

Monday, September 1, 2008

1 Ramadhan 1429H

Alhamdulillah hari ni kita semua diizin Allah utk bertemu kembali dgn bulan mulia, Ramadhan Al- Mubarak. Semoga kita dpt menempuhnya dgn penuh ketaqwaan dan merebut segala kelebihan yg ada padanya. Moga akan lahir 'kita' yg lebih baik amalannya bila tamat Ramadhan nanti dan ia akan dpt dikekalkan dan diteruskan pd 11 bln yg lain. InsyaAllah.

Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan ke 3 kami di Adelaide. Sudah tentu byk bezanya dr segi suasana di tanahair berbanding di sini. Waktu2 mcm nilah rindu pada tanahair makin menebal....uwaaa nak balikkkkk! Kat sini bln Ramadhan takde beza dgn bln2 lain...takde suasana. Yg nampaknya cuma di masjid2 dan sekali2 kalau ada kawan2 yg buat majlis berbuka puasa. Rindunya kat pasar Ramadhan...kuih muih....Bagi my son (Iman) dan budak lain yg baru belajar nak puasa...cabaran besar bg mereka. Yelah diaorg ni minoriti kat sekolah. So suasananya tak ada....boleh melunturkan semangat tu... Semoga Iman blh teruskan puasanya dgn sempurna.

Adelaide sekarang dah masuk spring(musim bunga). Cuaca tak panas dan tak sejuk sangat. Alhamdulillah. Maghrib dekat2 pukul 6pm dan Subuh dalam 5.15am.

Pengumuman tarikh puasa dan raya juga berbeza...nak tahu klik kat SINI. My hubby ada cerita serba sedikit...



Bun Coklat



Sumber: Kak Liza

Bahan - bahan:

  • 500 gm tepung high protien - saya guna tepung roti
  • 30 gm susu tepung
  • 20 gm serbuk koko
  • 100 gm gula
  • 1 paket ibu roti [11 gm]
  • 1 s/k pelembut roti [optional]
  • 1 biji telur
  • 1/2 s/k garam
  • 250 ml air
  • 80 gm majerin atau shortening [lemak sayur] - saya guna minyak masak

Cara - cara:
  1. Masukkan semua bahan dalam bread machine (BM) ikut turutan/arahan BM dan setkan BM pada Dough saja.
  2. Bila doh telah siap dan naik sekali ganda 9dalam 11/2 jam) keluarkan dan tekan supaya angin keluar.
  3. Bahagikan doh padabahagian2 kecil. Bulatkan doh dan biarkan seketika.
  4. Ambil satu bahagian doh dan masukkan inti dan tutup kemas. Bulatkan dan susun dalam loyang.
  5. Biarkan naik sekali ganda.
  6. Sapukan kuning telur atau susu segar dan bakarkan dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 25 minit.
  7. Bila telah masak keluarkan dan sapukan majerin untuk mengilatkan roti.


Masa belajar kat Bangi dulu suka sangat makan roti ni.
Selalu beli... rasanya jenama Sweetie kot...


Untuk inti saya letak inti cream coklat...ubahsuai resepi cream kastard.
  • 1 sudu besar serduk koko
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara:-

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit susu dan kacau supaya tidak berketul.
  2. Masukkan telur yg telah dipukul sedikit dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega untuk nampak cantik berkilat.



NOTA:
Bagi yg tiada BREAD MACHINE boleh buat secara menguli dengan tangan tapi biarlah lama sikit [maybe 20-30 minit].

Gift...gift....

Ini drp KakTie

Ini drp Akak





Yg 2 ni drp Shais.

Terima Kasih daun keladi buat semua hehehe...
Semoga ikatan persahabatan walau hanya di maya ini akan terus berkekalan dan diberkati. InsyaAllah