Monday, June 29, 2009

Bun Kastard

Projek Sabtu malam hari tu...
Resepi dr dapur noreen nun di UK. Tq noreen berkongsi resepi.


Bahan-bahan (9 biji):


Bahan2 untuk custard:
  • 2 biji telur kuning
  • 20gm gula pasir
  • 30gm tepung roti
  • 130gm susu segar

Bahan2 untuk doh:
  • 250gm tepung roti
  • 30gm gula pasir
  • 1/2 camt garam
  • 1 camt instant yeast
  • 15gm tepung susu *- tak letak
  • 25gm unsalted butter*- guna minyak masak
  • 100gm air* -( air + susu segar = 100gm)

*= apa yg saya buat...


cara:

  1. cara membuat custard: satukan telur kuning dan tepung roti di dalam mangkuk. gaulkan sehingga sebati. tambahkan satu camb susu segar jika adunan kering dan keras sedikit
  2. satukan susu dan gula di dalam mangkuk tahan panas dan masak sehingga gula larut tetapi jangan sampai mendidih
  3. kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk yang berisi adunan kuning telur. kacau sehingga adunan sebati
  4. selepas itu tuangkan semula ke dalam mangkuk tahan panas tadi dan masak sehingga adunan pekat sambil dikacau selalu
  5. setelah siap tutupkan dengan cling film dan simpan di dalam fridge selama 1 jam
  6. cara untuk membuat doh: masukkan semua bahan bersama separuh custard (pastikan ianya berada pada suhu bilik) tadi ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh
  7. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 jam 30 min
  8. selepas siap keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  10. kemudian bentukkan doh tadi menjadi bentuk bola dan biarkan rehat selama 15 min
  11. bahagikan doh kepada 9 biji dengan setiap satu seberat 55gm dan bentukkan setiap satu menjadi bola
  12. setelah itu susunkan ke dalam tin yang telah digris terlebih dahulu dan biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45min ke 1 jam
  13. pada yang berada dinegara 4 musim bolehlah dimasukkan tin tadi ke dalam oven tanpa ON kan dan masukkan 2 cawan air panas. letakkan dikiri kanan tin tadi dan tutupkan pintu oven dan tunggu sehingga doh naik
  14. pipekan separuh lagi custard tadi ke atas doh tadi dan bakar pada suhu 190C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan

saya buat 2 adunan...utk kastard tu saya ubah sikit saya guna kedua2 telur putih dan kuning. dan saya tambah sedikit pewarna kuning...

2 comments:

ain said...

balik msia nanti...boleh le su niaga roti pulak.hihi

Suzi said...

akak kena jadi pelangan tetap saya ek...hihihih