Tuesday, December 30, 2008

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru....

Selamat tahun baru Hijrah 1430 dan tahun baru 2009. Syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberi peluang utk merasainya...Semoga kehidupan kita sentiasa dalam linduganNya.

Terimalah kad yg tak seberapa itu dari saya utk anda semua (kawan2 dan sesiapa sahaja yg mengunjungi blog ini)...sudi2kanlah menerimanya ye....



* 2-3 hari ni tak update blog dan jenguk kawan2...tak tahulah kenapa...bz taklah sangat..malas pun adalah sikit2.... hari minggu asyik berjalan je...mmm...maaf ye kawan2....

Kek Bidadari Pelangi

Ambil resepi dari dapur Kak Jun...thanx akak...saya copy paste je resepi akak....Kombinasi warnanya saya dah ubah sikit....


Bahan A:-
  • 250gm putih telur
  • 120gm gula kastor
  • 1/4 sudu teh krim of tartar
  • 1/4 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 100gm tepung paling halus (superfine)
Bahan C:-
  • 1 sudu teh pes strawberry
  • beberape titik pewarna merah n hijau
Cara-cara:
campurkan semua bahan A n pukul hingga naik n kembang. masukkan tepung n gaul sebati. bahagi kepada 3 bahagian. satu dicampur ngan pes strawberry n pewarna merah, satu dicampur hijau n satu dibiar warna asal.tuang satu bahagian kedalam loyang yg beralas n bergris, tuang lagi satu kat atas n tuang bahagian akhir kat atas. bakar pada 180'c selama 20-25min.
bolehla dihias ngan whipped cream bila sejuk.

Friday, December 26, 2008

Crunchy French Toasted

Ambil resepi dari dapur Kak Jun...untuk sarapan pagi tadi....

Bahan-bahan:
  • 2-3 keping roti-potong 4 segi
  • 1 cawan cornflakes
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/2 sudu teh tepung
  • 2 titik esen vanila
  • butter n syrup/honey..ikut suka la

Cara-cara:

panaskan oven. susun roti atas tray beralas kertas. bakar sekejap dalam 5 minit. sejukkan.
hancurkan cornflakes, ketepikan. 'whisk' telur, susu, tepung n esen vanila. masukkan roti, rendam dua2 bahagian n salut ngan cornflakes, kedua2 bahagian. letak atas tray n bakar semula selama 10 min satu bahagian, balikkan n bakar lagi 5-10min. makan ngan butter, syrup/honey...


Kami makan dgn sos kastad....

Daging Masak Kicap

Daging masak kicap ni resepi UMMI tapi ambil dari rumah Sasha.
Sedap...Thanx berkongsi resepi....
saya guna apa yg ada je...Ni resepi asalnya....



Bahan:-


  • 1/2 kg daging - potong nipis
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 cm halia - tumbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5 sudu besar kicap pekat manis
  • sedikit gula
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
  • 3 biji cili hijau - belah2
  • 1 labu bawang besar - potong bulat 3 sudu besar minyak

Cara Memasak:-
Gaul daging dengan bahan tumbuk dengan cili kisar dan masak dalam kuali sehingga daging lembut. Jika perlu tambahkan air dan masak lagi. Bila daging telah empuk, tuang minyak dan masukkan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis, gaul rata. Masukkan kicap, gula garam dan gaul sebati. Setelah rata dan daging benar2 masak, masukkan cili hijau dan bawang besar. Gaul-gaulkan, angkat.

Gift....

Kad ucapan selamat tahun baru dari Farah(Mommy Otai)...





Kad2 dan kalendar dari Miss Farha...




Terima kasih buat kalian berdua...satu negeri kita ye...Trg kite!..hihihi...Moga ukhuwwah yg terjalin berpanjangan dan diberkati Allah SWT.

Thursday, December 25, 2008

Cuti2 Part3: Melbourne ke Sydney

Kami tak berjalan ke mana pun kat Melbourne coz perjalanan yg bakal ditempuhi agak jauh...+-800km. Masa suntuk....

Hubby tengah mentelaah buku peta. Patutnya kami sewa GPS masa sewa kereta hari tu tapi dah habis stok...terpaksa guna cara manual...tengok buku peta. Memang payahlah sikit....


Posing kat sebelah 'cabin' sebelum bertolak....



Caravan yg diparking kat caravan park tempat kami menginap. Hujung2 tahun macam ni byklah caravan kat jalan...mcm best je gi bercuti naik caravan....Yg bawa pun byknya golongan tua yg dah pencen. Caravan ni macam rumah bergerak...ditarik ke hulu dan ke hilir.



Ni dia tram kat bandar Melbourne...lebih kurang monorail kat Malaysia. Tapi yg ngerinya landasannya kat tengah2 jalanraya, so bila berhenti nak ambil atau turunkan penumpang pun kat tengah2 jalan tulah juga. Kena lebih berhati2lah dgn benda Allah ni...silap2 kita terlanggar penumpang yg nak turun atau naik tram tu.



Kami lalu ikut jalan Sydney Road coz ada tujuan sebenarnya....walaupun jalan ni sibuk tapi terpaksa redah juga coz tujuan itu...Tujuannya ialah nak pergi makan kat satu tempat ni....


Yap! ni dia tempat yg dituju Restoran KFC Halal. Kat Adelaide mana ada. Bagi org yg dah lama tak makan KFC macam saya ni memang teringinlah sangat....


Akhirnya dapat makan KFC setelah 2 thn lebih tak makan huhuhu...bagi Isa pulak, nilah first time merasa KFC. Kat Melbourne ni ada 2 KFC Halal...tapi tak semua yg dijual disitu halal...kenalah tanya dulu sebelum order. Selain KFC halal, byk juga saya perhati kedai2 makan halal lain kat Sydney Road ni....


Duk melayan budak2 tu sementara menunggu yg lain siap makan......


Setelah perut kenyang...perjalanan diteruskan. Tengoklah sibuknya jalan kat Melbourne ni...


Masa ni dah kat tengah2 highway. Kerja saya selain melayan kerenah anak2 adalah ambil gambar hihihi...


Kami berhenti kat pekan ni utk sembahyang dah makan tengahari.


Lagi permandangan diperjalanan...rumput2 dah kering di musim summer ni. Nampak macam padang pasirlah pulak....


bukit bukau...

Hari dah senja...sepanjang perjalanan ke Sydney kereta kami duk paling belakang...setelah duk depan dalam perjalanan sebelum ni. Kami sampai kat Sydney lebih kurang pukul 12 tengahmalam. Tapi oleh kerana tersesat semasa mencari caravan park tempat kitaorg menginap....kami sampai kat cabin dalam pukul 2.30am. Macam dah terawang2 rasanya...Kata my hubby muka sorang2 dah macam zombie hihihi. Jalannya memang complicated...mengelirukan... bandar besarlah katakan.


Bersambung nanti....Jalan2 kat Sydney Opera House dan kawasan sekitarnya!

Birthday Wishes.....

Semalam 24/12....b'day seorg kawan blogger..Azreen. Antara kawam paling awal yg saya kenali dialam siber ni...masa tu hubbynya yg uruskan blognya. Sekarang dia pula yg ambil alih coz hubbynya yg semakin sibuk. Juga berada diperantauan...nun di Wollonggong, Sydney.
Semoga kehidupan Azreen sekeluarga sentiasa dalam peliharaan Allah SWT...amin.
Terimalah pemberian yg tak seberapa ni dari saya...moga ikatan ukhuwwah antara kita berpanjangan.





zwani.com myspace graphic comments



zwani.com myspace graphic comments

Wednesday, December 24, 2008

Pemberian kawan2 blogger....


Dari Ros







Dari TERA



Terima kasih buat kalian semua...semua ikatan ukhuwwah yg terjalin berkekalan dan dirahmati Allah SWT....

Tuesday, December 23, 2008

Cekodok Epal

Tak tahu nak masak kuih apa pagi tadi...teringat kat cekodok epal Hana...epal pun ada so...nilah hasilnya cekodok epalku...tak secantik cekodok epal tuan punya resepi... Hana. Thanks Hana berkongsi resepi....anak2 saya suka....


Bahan-bahan

  • 1 biji Apple - buang kulit n cincang halus (hana gune epel merah)
  • 3-4 sudu mkn gula perang- ikut tahap kemanisan yang dikehendaki (guna gula biasa je)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu mkn tepung roti
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • air secukupnyer
  • garam secubit
  • * klu ada tepung selfrising skip tpg gandum,tpg roti n baking powder.

Cara-cara
> masak epel bersama gula perang atas api sederhana. masak hingga epel lembut.sejukkan.
> Mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan garam.gaul.
> masukkan epel. gaul lagi.then masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan mcm wat cekodok pisang.
> panaskan minyak. then goreng macam biasa hingga kekuningan.
> note : utk mendptkan bentuk yg comel, gunekan hujung jari anda yg lima tuh dan cubitkan (tul ke istilah ni?? :D ) adunan ke dalam kuali. hana wat cekodok tk gune sudu ye.. :) tp yg nih nak cepat jd tk comel sgt cam cengkodok semalam.. heeeeee....

Monday, December 22, 2008

Cuti2 Part2: Mount Gambier ke Melbourne

Hari kedua...jalan2 kat Mount Gambier dan bertolak ke Melbourne. Jaraknya lebih kurang 450 km. Saya bangun seawal 4.30 pagi...tak blh tidur. Agaknya sebab dah lama tak berubah tempat tidur. Lagipun hari tu turn saya masak(kami 3 keluarga masak ikut giliran, so adalah masa kita utk rehat...). Masak ayam masak tomato....simple....lauk basah utk cuti2 ni hubby dah beli hari Sabtu tu...simpan dlm box. Sarapan pulak saya gorengkan donat segera yg saya buat sehari sebelum bertolak dan hubby masak scramble egg dan anak2 makan cereal je. Bestnya kalau time cuti2 ialah hubby akan lebih ringan tulang.

Tempat pertama yg kitaorg pergi ialah Lady Nelson Visitor Information Centre. Setiap pekan ada information center. Boleh dapatkan pelbagai maklumat pasal pekan2 tersebut...


Tengah tengok2 cenderahati...


Maklumat dan peta tempat2 menarik kat Mount Gambier....


Kaum bapa bergambar depan kapal The HMS Lady Nelson kat depan infomation center tu...

Dari i center kami bertolak ke Umpherston Sinkhole yg juga dikenali sebagai The Sunken Garden. Cantik tempatnya...Kat dalam 'sink' tersusun pokok2 bunga yg tanam bertingkat....



Papan tanda tu menceritakan bagaimana terbentuknya sink tersebut....


Lagi permandangan dari dalam 'sink' tu....


Tangga untuk turun ke dalam 'sink' tu....


Anak2 bergambar kat taman sekitar tu...


Destinasi seterusnya....Blue Lake. Terbentuk dari letupan gunung berapi. Airnya boleh bertukar warna iaitu berwarna biru time summer(Disember- Mac) dan berwarna grey dr April hingga November....masyaAllah cantik sungguh ciptaan Allah. Sekarang tengah summer airnya biru betul...cantik...sejuk je tengok....


Penerangan mengenai pembentukkan Blue Lake....



Iman bergambar kat jalan bawah tanah utk melintas dari tempat parking ke Blue Lake.


Dah penat jalan2...perut pun dah lapar kami pun lunch kat tasik kecil berdekatan kat situ. Kat tasik ni tak boleh mandi tapi ada org duk main bot....


cantik juga tempatnya...


deretan kereta kami...dah makan meneruskan perjalanan melalu The Great Ocean Road utk ke Melbourne.


Masa ni Isa mengamuk...dah boring dan penat duk kat seater dia tu...tengok kat luar tingkap tu....gambar lembu2 sedang makan rumput kat padang...permandangan biasa sepanjang perjalanan....


salah satu tempat kitaorg berhenti untuk tengok permandangan lautnya....cantikkan. Tak ingat dah apa nama tempat ni.


Lepas tu kitaorg berhenti kat satu pekan kecil ni... untuk sembahyang jamak dan qasar zuhur/asar. Cantik juga tempat ni...sembahyang kat park tepi tu...org2 putih tengok semacam je...kalau yg tak tahu mesti tertanya2 apalah diaorg buat ni?...kan?




Perjalanan diteruskan. Akhirnya sampai tempat yg dituju... nak tengok The Twelve Apostles kat Port Campbell National Park.


Orang banyak duit bolehlah naik helikopter nak tengok benda tu...


Laluan jalan kaki untuk ke laut....


satu permandangan menarik yg sempat hubby ambil....



Nilah dia The Twelve Apostles....dah tak 12 dah...banyak yg dah roboh. Cantiknya alam ciptaan Allah SWT.

Permandangan kawasan sekitar.....kami tak lama kat sini kerana cuaca yg agak sejuk...tak tahan woooo....lagi2 si Isa...dah mengigil....kami meneruskan perjalanan ke Melbourne.



Lagi permandangan diperjalanan....kami terpaksa keluar dari The Great Ocean Road dan ikut jalan pintas kerana hari dah nak malam....sepanjang perjalanan jalan pintas tu kami terserempak dengan 3 ekor kangaroo kat tepi jalan. Jalannya macam jalan kat Grik. Hutan kiri dan kanan....


Dah malam baru sampai kat tempat penginapan kami utk malam kedua iaitu Ashley Garden BIG 4 Holiday Village. Sumaiyyah dan Ismail yg tidur kat kereta terus sambung tidur...keletihan semuanya....