Monday, September 26, 2011

Mengidam satay ikan......

Dah lama saya mengidam satay ikan. Dan alhamdulillah....hari ni dah dapat apa yg diidam. Salah seorang sahabat dengan relahati mengepos satay ikan tu nun jauh dr Terenggganu. Terima kasih banyak-banyak sahabatku Salina....jasa mu amat dihargai :) 



 Dapat tengahari tadi terus bakar sikit...yummmm. tercapai juga hasrat. Dah lama tak makan satay ni.. Ok le dapat merasa sikit, sementara balik TRG nanti....masa tu boleh makan sepuasa-puasnya.



Dari zaman sekolah lagi saya memang suka satay ni...selalu beli, tak jemu-jemu. Sos dia yang 'mahal' tu. Ada lg sikit dalam peti ais cukupuntuk sekali  makan lagi hehehe....


Friday, September 23, 2011

Ayam bakar ala kenny rogers dan nasi kuning

Dah lama masak ayam bakar. Untuk lunch hari ni saya masak simple je...ayam bakar kenny rogers. Makan dengan nasi kuning dan acar mentah. Alhamdulillah berselera satu keluarga makan.






Saya pernah letak resepinya kat blog ni dulu...boleh klik SINI.





Dah ramai kawan-kawan lain yang mencuba resepi ni...yummmm! memang sedap.






Ni pula nasi kuning resepi Kak Nor-TRG. Terima kasih berkongsi resepi.


NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
  •     4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
  •     1 btg kulit kayu manis
  •     5 kuntum cengkih
  •     1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
  •     3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  •     1in halia ~ diketuk
  •     2 helai daun pandan
  •     garam
  •     sedikit pewarna kuning- sy guna serbuk kunyit
  •     air **
  •     1 sudu besar minyak sapi
  •     1 sudu minyak
  •     mix vege dan daun ketumbar(sy tambah)




Cara:
  1.     Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2.     Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
  3.     Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
  4.     Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
  5.     Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
  6.     Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  7.     Masukkan garam dan pewarna kuning.
  8.     Masukkan beras dan biarkan seketika.
  9.     Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.





** saya tambah letak mix vege dan daun ketumbar.



pelengkap menu....acar mentah.


Monday, September 19, 2011

Jamuan Hari Raya Aidilfitri UTP 2011

Tarikh/masa: 15 September 2011/ 7.45pm - 10.00pm

 Tempat: Foyer Kompleks Canselor, UTP

Menu :
Lemang, Ketupat & Rendang Ayam/Daging
Nasi Beryani & Ayam Masala & Dalca
Mee Hoon/Mee Soup
 Kueh Teow Goreng
Barbeque (Lamb)
Satay
ABC, Cendol & Mix fruit
Drinks (Hot & Cold)
Ais Krim



Yummmy!!!! :)
 



Jom layan gambar pada malam tu:

Foyer Kompleks Canselor. Sebelah kiri, Dewan Canselor...kanan,Perpustakaan.


Kami antara yang sampai awal. Selepas solat maghrib di Masjid UTP, terus ke sana. Ambil tempat duduk dan terus intai apa yang boleh  di  makan. Yang dah tersedia, satay. Jadinya santapan pertama kami adalah satay. Banyak lagi juadah lain. Jom layan;

 
 Antara stall yang paling mendapat sambutan, BBQ lamb...



 ni dia...makan dengan roti. saya memang suka tapi takut nak makan banyak, takut BP naik heheh


 Rendang Toronto dan Ketupat Boston, hehehe. Cantik stall dia, kan? Ada pertandingan untuk stall tercantik.


  Stall nasi briyani dan mee sup (sebelah sana)...
 

 Stall ABC, Cendol & Mix fruit...


 stall yg paling awal siap...satay.



 kue tiaw  goreng...sedap!

 
 berselera....kami duk kat sebelah stall aiskrim. huhuhu sakan le anak-anak duk pi ambik aiskrim.

sumaiyyah sedang tekun makan bbq lamb ...susah le sikit sbb gigi depan takde hehehe...



 
 persembahan pun ada tapi tak tengok pun...kami duduk jauh kat belakang ...


Kami  balik awal, sebelum majlis selesai. Anak-anak dah tak tahan mengantuk. Diaorang ni memang jenis tidur awal pukul 9 lebih memang dah masuk bilik.

Wednesday, September 14, 2011

Cekodok Roti


 Cekodok roti untuk minum petang semalam. Resepi ringkas dan mudah. Dapat idea dr blog Fiza Nordin semalam, tapi ubahsuai resepi mengikut bahan-bahan yg ada. Ikut resepi kat SINI. Terima kasih ye.Sesuai juga untuk sarapan.


Bahan-bahan:
  • ikan bilis
  • telur
  • kentang - potong dadu
  • carrot - potong dadu
  • bawang besar- potong dadu
  • tepung
  • roti keping -carik2kan atau potong dadu/kecil
  • garam
  • serbuk kunyit
  • air panas
Cara-cara:
Pecah telur dan masukkan ikan blis, kentang, carrot, bawang besar. Gaul sebati. Lepas tu masukkan roti yg telahdicarik-carikan, tepung sebuk kunyit dan air panas. Gaul  lagi hingga  sebati. Biarkan seketika. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.





Antara petua, gunakan air yg betul-betul panas (baru mendidih) untuk menghasilkan cekodok roti yg lembut dan tahan lama kelembutannya, insyaAllah. Adunan pula jangan terlalu cair atau keras, sesuai untuk di jemput masuk ke kuali  untuk digoreng.










Tuesday, September 13, 2011

Kari Ayam Special

Apa yang specialnya??

Hehehe...specialnya sebab di masak oleh orang yg baru balik dr USA. Memenuhi permintaan isteri dan anak-anak yg  ingin merasa masakannya. 3 bulan kat Bethlehem kena masak sendiri, maka balik malaysia kenalah tunjuk kepakaran...Laku sungguh! Iman yg merupakan 'mat kari' kat rumah ni, banyak kali makan nasi. Sumaiyyah pun berselera.



Kari ayam air tangan hubby tersayang...menu hari Ahad kami. Terima kasih sayang!


Resepi ni tanpa santan dan antara kelainannya serbuk kari tak ditumis dahulu...ianya dimasukkan kemudian. Ikut resepi kat belakang peket rempah, kata my hubby. Rasanya...boleh tahan sedap. Kalau tidak, takan licin seperiuk hehehe... Untuk my hubby, nanti boleh masakkan untuk kami resepi2 lain pulak ye....:)))



Monday, September 12, 2011

Assalamualaikum.

Assalamualaikum.
Salam aidilfitri buat semua. Baru berkesempatan update blog yg dah bersawang ni.  Terima kasih kerana masih sudi singgah ke sini. 
Alhadulillah dah 5 hari hubby  kembali ke tanahairsetelah 3 bulan berjauhan. Bagi saya suatu keadaan yg agak mencabar. Menguruskan semua hal  berseorangan.  Tetapi  setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Kini saya makin boleh berdikari. Kalau dulu saya tak pernah mimpi pun bawa kereta untuk balik  ke kg. Alhamdulillah kini saya dah dua kali balik ke kampung suami di Sabak Bernam ketika ketiadaan beliau. Malah dah sampai ke Putrjaya pun....hehehe...untuk pergi menjemput hubby. Tetapi jika diberi pilihan, rasanya dah serik untuk berjauhan dengan suami untuk satu waktu yg lama sebegitu. Harap tiada lagi ulangan selepas ini. 

 sarapan hari pertama tiba...roti canai utk hubby...dah 3 bulan tak jumpa hehehe

 yeaaaa bapak dah balik!!!!
posing kat homestay dengan baju dr Philadephia sebelum balik rumah opah...bapak nak beraya.

 terpaksa duduk berhimpit sebab barang penuh kat belakang....kesian...


Rendang tengah di masak oleh mak mertua. hubby minta nak makan set lengkap juadah raya huhuh


Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk kita bertemu kembali dengan bulan yg penuh barakah...Ramadhan al-Mubarak. Buat kawan-kawan dan pengujung blog ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa, semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna. Terima kasih tak terhingga kerana masih sudi singgah ke blog saya yg dah lama tak di update ini. Maaf jika ada salah dan silap.
Ramadhan kali ini agak mencabar untuk sy...pertamanya kerana berpuasa tanpa hubby tersayang yg kini berada di USA atas urusan kerja. Seminggu selepas raya barulah hubby pulang ke tanahair. Huhuhu...hebat juga cabarn ini. puasa dan beraya tanpa insan tersayang. Keduanya, sy sekarang baru dalam peringat awal mengandung...sungguh hebat rasanya berpuasa dalam keadaan badan yg tidak berapa kuat. Namun sy masih berharap agar dapat meneruskan puasa dengan sempurna...amin.
Nombor 5 on the way, insyaAllah. Due 28/2/2012