Wednesday, January 7, 2009

Apam Mentega


Resepi dr ambil dr dapur Hana...sedap gebu n lembut....Saya guna fresh milk dan tepung naik sendiri(tepung biasa dah habis hihihi). Dan tak perap lama sbbnya anak2ku itu sudah lapar hihihi...Kukus dalam loyang je...Saya copy-paste resepi asal dr rumah Hana ye...thankz Hana.


Bahan-bahan

(A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
(B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

Goolwa Beach n Granite Island ( Victor Habour)

28/12/2008(seminggu selepas balik dari cuti2) kami berkesempatan ikut satu program menangkap cockle kat Goolwa beach bersama beberapa famili yg lain. Pada awalnya ada 'acara' petik buah...tu yg membuatkan kami teruja nak ikut tapi dibatalkan pulak...


Tempat parking hampir penuh...summerlah katakan...

Nilah pantai kat sini...mana ada pokok mcm kat M'sia..nampak mcm panas je tapi airnya sejuuuuk...


Nilah benda yg nak dikutipnya...kena korek2 pasir...kami tak join pun sekadar memerhati je...layan anak2 yg asyik mandi kat pantai tu....lagilah dah ada kawan2 dia....tak ingat nak balik. Tapi bila naik semua mengigil kesejukkan.


Kami tak lama kat sini sbb hari tu angin cukup kuat...sejuk sangat jadinya. Angin kuat tu juga membuatkan pasir terangkat...masuk mata....Kami semua ambil keputusan pergi ke tempat Abg Zai n famili serta beberapa famili yg lain yg tengah memancing tak jauh dr situ....

diaorg memancing kat sini...muara sungai Murray....byk juga dpt ikan...


sebahagiannya menjadi santapan utk kami t/hari tu...sedap maklumlah ikan segar. Kami lunch(masing2 ada bawa bekal) dan sembahyang Jamak/qasar kat sini.... Selepas tu my famili bersama famili Najwa n famili Sara singgah ke Granite Island, Victor Habour...ambil peluang lagi pun dah dekat....


Untuk sampai ke Granite Island dr Victor Habour kena melalui causeway ni...berjalan atau naik tram yg ditarik oleh kuda mcm gambar kat bawah tu. ..kena bayarlah... Kami semua jalan kaki aje....hujan gerimis dan angin kuat menyebabkan suasana lagi sejuuuk....


kuat kuda ni ye...tarik tram tu...ramai gak org kat atas tram tu...huhuhu..


4 sekawan...Yaya, Iman, Ismail dan Udin..diaorg ni sentiasa kat depan...seronok je....Yg kesian Sumaiyyah coz takde kawan...dia sorang je girl...



nilah daya tarikan Granite Island selain dari permandangan yg memang cantik...little peguin @ fairy peguin
nilah sekor yg kami jumpa hihihi...


nak tengok permandangan cantik kenalah naik tangga ni....huhuhu...tapi memang berbaloi. Cantiknya...Allah hu Akbar....


salah satu permandangan ombak yg sempat diambil...


lagi permandangan dari atas tu...
posing sana sini...lamalah juga sbb setiap penjuru tempat tu memang cantik....kat atas tu ada rumput tinggi yg kering...bila posing kat situ rasa mcm dlm cerita cinta antara benua lak hihihi....

SESI JAWAB SEBHGIAN TAG....

TAG DR NOORMA DAN CIK MIN
Syaratnya:
1) Snap the picture both inner and outer of your wallet
2) Introduce the wallet brand, price and where you buy
3) take out whatever its inside your wallet (at least 5 pictures)
4) Snap the picture of the wallet and yourself
5) Tag another 5

Sebenarnya tak tahu nak jawab camne tag ni...kenapa???...sbb saya duk sini jarang2 sangat bawa wallet. Boleh dikatakan mcm takde wallet hihihi...kadang2 IC M'sia tu letak dlm wallet hubby . Lagipun kat sini IC tu bknnya laku...dan kat sini mana ada IC...utk pengenalan diri biasanya diaorg guna lesen je....Tapi sbb tak nak hampakan noorma n cik min jawab sekadar mampu ye...


Wallet ni adik hadiahkan masa nak dtg sini ...2 thn lebih yg lalu....


Dua kad nilah kalau letak kat wallet pun...kat sini tak buka akaun bank pun so mana nak ada kad bank...bank saya adalah my hubby hihihi...


untuk noorma...ni dia rupa dollar Australia...yg bwh tu $50...kalau $10 warna merah....


Maaf dipinta ye, noorma n cik min.... tak dpt nak penuhi syarat2 tu...ampunnnnn puan...hihihi...




***********************************************************



TAG DR ROS:


Peraturan untuk menerima award ini ia
lah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "Anda telah di tag - sila layari blog Ros untuk mendapatkan award anda".


Berikut ini adalah 10 fakta tentang SUZI:
  1. Paling takut ngeri tengok belon yg besar...nipis...takut pecah. Sebabnya dulu pernah main tiup belon masa sukaneka sekolah pastu pecah kena muka...terkejut ooo....
  2. Binatang paling geli..cicak. Pernah tengah syok tengok tv sambil meniarap tiba2 si cicak jatuh kat atas belakang lepas tu cicak yg panik masuk dalam baju...sampai sekarang naik bulu roma bila tengok cicak. Terbayang2 saat itu...geliiiii....
  3. Dalam zaman yg serba canggih ni saya adalah antara insan yang takde lesen kereta dan tak tahu pun bawa kereta. Keinginan ada tapi keyakinan takde. So, nak bergerak je harapkan my hubbylah. Tapi bila balik M'sia nanti rasa nak beranikan diri belajar dan ambil lesen...anak2 dah sekolah...jadi keperluanlah kot...
  4. Kerja rumah yg paling 'bercinta' nak buat...lipat dan iron kainbaju... huhuhu....Kat sini kurang sikit kerja ni coz hubby gi Uni pun pakai t-shirt je...kadang je pakai kemeja. Iman pun sama...baju sekolah dia bkn mcm kat M"sia. Uniformnya t-shirt je.
  5. Saya ni kidal orgnya. Kebykkan kerja buat pakai tgn kiri. Tapi makan tangan kananlah. Sebab dulu kecil2 selalu kena marah dgn mak kalau makan tgn kiri.
  6. Saya ni juga susah makan ubat...terutama kalau jenis air. ..lagi2 ubat batuk. Sebab tu kalau gi klinik selalu minta ubat pil je. Dulu kecil2 mak selalu tunggu time saya makan ubat kalau tak tak makanlan. Sekarang hubbylah pulak kena tunggu...hehehe....
  7. Saya tak boleh tidur dlm keadaan gelap gelita. Rasa lemas. Berlawanan dgn my hubby. Tapi dia terpaksa mengalah coz anak2 semua ikut jejak saya...
  8. Tak berapa suka laut...rasanya saya ni jenis mabuk laut...
  9. Jenis org yang senang merajuk juga tapi jarang tunjuk...kecuali kat hubby coz nak dipujuk hihihi...
  10. Dulu jenis org yg malas nak masak2 ni tapi sekarang bila dah terpaksa...jadi seronok pula masak...hihihi...

* tag ni lebih kurang mcm tag yg pernah dijawab so saya copy peste je yg dulu hihihi....harap ros puas hati ye....



%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%



TAG DR EIBA:

Peraturan yang di perlukan adalah seperti di bawah...

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture....
3) Post that picture with NO editing...
4) Post these instruction with your picture...
5) Tag 10 people to do this..



Pertamanya minta maaf banyak2 Eiba coz perap lama tag ni....keduanya minta maaf sbb ianya tak menepati peraturan...ada sbb2 tertentulah hihihi....ketiganya harap Eiba puas hati..ini je termampu dibuat ... mohon diterima maaf kawanmu ini ye Eiba.... :)....

Gambar masa kat Sydney World Wildlife hari tu....



Oleh kerana tag2 ni dah terperap dan tak penuhi syarat2nya...tak perlulah saya panjangkan ....

Tuesday, January 6, 2009

Terima kasih buat Hana dan Kak chik....


kad kat atas ni adalah luahan rasa hati dr Kak Chik....tanda terima kasihnya sbb dapat cherry dr saya katanya. Terima ksih jua buat kak chik...moga persahabatan kita berpanjangan...moga nanti insyaAllah kita dapat bertemu dialam nyata....


Ni pulak ole2 dari Hana...tempat saya cari resepi2...hari tu dia gi jalan2 ke Tokyo. Tak dpt pergi dpt gambar yg cantik ni dah kira oklah ...kan??. Terima kasih jua buat Hana...Moga persahabatan berkekalan..jumpa kita nanti dialam nyata insyaAllah....

Sunday, January 4, 2009

Sweet cherries utk semua... :)

Pagi semalam pergi petik cherry dgn 2 lagi kawan n famili masing2 kat STELLA CREEK CHERRY ORCHARD...sedap...manis...so, cherries kat atas tu utk korang semua (nak juga sharing dgn korang semua)...bayang2lah dapat petik n makan ye..hihihihi....Ambil jgn tak ambil...rezeki jgn ditolak... :).




Setelah melalui jalan yg berliku2 (pening pun dah ada)...naik bukit akhirnya sampai tempat dituju. Mula2 kami kena ambil bakul dan diberi kalimat sikit. Dia ajar cara yg betul nak petik cerry dan beberapa peraturan yg kita kena ikut. Antaranya jgn masuk kat mulut(makan) byk sangat...nak rasa 1 @ 2 bolehlah coz utk masuk tu takde bayaran...kita cuma bayar bila nak bawa balik je....anak2 kena jaga sikit takut tersalah petik....


Selepas tu blh mula petik....petik jgn tak petik abg...


Eh! Isa buat apa tu??...


Siap boleh bercanda kat atas rumput lagi si Isa ni...


Dah puas petik...pi timbang. $9 perkilo...


Ini kami punya..2 kilo lebih...satu plastik utk makan kat kereta...satu utk bawa balik...


Lepasa petik cherry kami ke Hahndorf....sebuah pekan 'Jerman' lama yg cantik...Parking kereta dekat dgn park kat situ dan lunch...Masing2 bawa bekal so, mcm2 ada...ayam goreng ala KFC dr Ayu...Nasi Lemak dng sambal yg best dr Najwa...dan saya bawa bihun goreng...dan mcm2 lagi....dah kenyang kami jalan2 kat pekan kecil tu....


antara pemandangannya....


kedai barang kulit...


barang cenderahati....


sambil makan-minum2 blh dengar org ni main lagu....


Hari panas...budak2 apa lagi minta aiskrimlah...so dah penat jalan2 rehat kejap sambil makan aiskrim....Lepas tu kami bertolak balik.....Terima kasih buat Najwa n hubbynya yg susah payah plan jln2 ni...Lagi 2 minggu Najwa n anak2nya dah nak balik M'sia...ku kan merindui mu...cheewaaah!...hihihi




* korang mesti tahu apa yg sedang berlaku kat saudara Islam kita kat Palestine sekarang. Tak dapat dibayangkan kalaulah kita yg mengalaminya.....jom kita sama2 doa lagi dan lagi utk mereka....

Thursday, January 1, 2009

Cuti2 Part4: Jalan2 kat Sydney day1

Sambungan cerita percutian kami hari tu.... 2 hari kami habiskan masa kat sydney...sbb kat sini memang byk tempat menarik...tu pun tak sempat pergi semua...

Sekitar caravan park tempat kami menginap....

Oleh kerana sampai ke cabin lambat pada mlmnya tu (2.30 am) so, kami sepakat memulakan jalan2 kami kat Sydney agak lewat...biar cukup rehat dulu. Pagi tu bangun je perkara pertama buat adalah kemas kerta yg dah mcm sarang apa lepas tu buat sarapan....my hubbylak pi basuh kain kami yg bertimbun tu. memang setiap caravan park akan sediakan tempat laundary cuma masa je tak mengizinkan. Kat sini harga sekali laod $3... dryer pun ada tapi cuaca panas hubby sidai je...nak jimat katanya....

Kami lunch kat sebelah swimming pool kat park ni....tapi swimming poolnya tutup.ada bagusnya juga, kalau tak jenuh nak melayan budak2 tu mandi....dalam pukul 2 pm baru kami bertolak ke city....

Hari ni kami akan berjalan2 kat Sydney Opera House dan sekitarnya.....


Gambar ni ambil semasa kami silap masuk jalan...patutnya kami naik Sydney Habour Bridge(salah satu jalan nak ke sebrang) dan ke seberang tu....Tulah akibat takde GPS...


Akhirnya dapat juga melintasi Sydney Habour Bridge...tolnya $3 per kereta.
Dah tua jambatan ni...dibuka pada tahun 1932...nak tahu sejarahnya baca kat SINI.


Setelah jenuh melalui jalan2 yg complicated akhirnya berjaya juga kami jejak kaki di Sydney Opera House. Macam tak caya je....Kami parking kat tempat parking Sydney Opera House dan bayaran parkingnya memang agak mahal.

Cantik bangunan Sydney Opera House ni....Dari sana boleh nampak Sydney Habour Bridge...cantik sungguh permandangannya....Kami berjalan2 kat sana selama lebih kurang 3 jam. Posing situ...posing sana...


Lagi permandangan di sekitar...kat sebelah Sydney Opera House ada Royal Garden..tapi kami tak masuk jalan2 ke dalam pun....

Dari sana kami terus balik ke cabin...tak ke tempat lain coz hari dah senja...Sebelum sampai ke cabin sempatlah shopping brg makan sikit kat supermarket. Masa shopping tu saya dpt rasai satu perbezan yg ketara antara org2 Sydney dan Adelaide. Kalau kat Adelaide time kat kaunter pembayaran...sekurang2nya cashier tu akan bertanya khabar kita...tapi tak kat Sydney, diam je...masa nak terlanggar org pun mcm tu..kalau kat Adelaide tak kira sapa yg salah dua2 pihak akan minta maaf...kat sini jeling je...bukan saya sorang yg perasan kawan2 yg lain pun sama. Orang2 kat sini tak seramah kat Adelaide...mungkin sebab bandar besar kot...


Bersambung natri jln2 kat Sydney hari ke 2 dan bertolak ke Canberra....


Nak baca cerita dr pihak my hubby klik SINI.

Doughnut Muffin

Buat utk sarapan pagi ni...resepi dr CikWan...tq for sharing...


Bahan

  • 1/3 cawan gula kaster
  • 1/4 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan tepong serbaguna
  • 1/2 suduteh baking powder
  • 1 suduteh esen vanilla
  • 1 biji telor
  • 1/2 cawan susu segar
  • Jem perasa kegemaran secukupnya
Bahan gaul
  • sedikit butter dicairkan
  • 1/3 cawan gula kaster*
  • 1/2 suduteh serbok kayu manis(*gaul sebati)

Cara
  1. Panaskan oven 180'c, sediakan muffin pan 6 lubang. Satukan susu, minyak, telor, esen vanilla dan gula, kacau sebati. Ayak tepong bersama baking powder. Masukkan adunan susu kedalam mangkuk tepong dan kaup balik/gaul adunan cukup sekadar bercampur saja.(do not overmix the mixture coz' the muffin will be hard as stone)
  2. Sudukan kedalam muffin pan dan bakar selama 20-25minit @ hingga garing atasnya. Angkat dan sejukkan sebentar kemudian bolehlah dipaipkan jem kedalamnya dan golekkan diatas butter yang telah dicairkan dan taburkan gula tadi.