Tuesday, December 9, 2008

Donat


Buat minggu lepas tapi tak sempat nak post coz internet buat hal. Sedap..lembut...Resepi asalnya letak cheese kat dlm tu...tapi sebab takde cheese so tak letaklah. Terima kasih buat tuan punya resepi...mazurah@myresipi.com

Bahan-bahan ( 25-30 )

Bahan A

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar lemak sayur
  • 3 sudu besar susu tepung

Bahan B
  • 190ml air suam
  • 2 camca teh instant yeast/ mauripan- mcm biasa saya guna instant yis jenis Tandaco coz tu je yg ada dlm senarai Halal Guide.(sepeket)

Cara-cara

  1. Kalau guna bread maker masukkan kesemuanya..if brand cosway no 51 sebanyak 4 kali...30 minit kalau uli tangan..uli sikit-sikit sampai tak melekat.
  2. cheese dipotong 4,6,8..ikut suka..ambil sedikit adunan tadi..masukkan cheese kedalamnya dan bulatkan..buat sampai habis
  3. Biarkan sebentar dalam 15-30 minit atau sehingga ia kembang...pastu goreng..selepas digoreng salutkan dengan gula castor tadi.
  4. kalau nak buat frozen...goreng sekejap warna seperti kuning air.masa panas-panas tu masukkan dalam bekas frozenkan.

Potato Bread


Resepi kepunyaan onigiri@myresipi.com . Dah banyak kali buat...sedap dan lembut rotinya....Ni pun buat minggu lepas....

Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )

  • 135 ml air ais
  • 3/4 cmt garam
  • 30 gm mentega atau marjerin
  • 1/2 biji telur (dipukul sebentar)
  • 60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
  • 300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
  • 3/4 cmb susu tepung
  • 50 gram gula
  • 2 cmt yis segera
  • Topping untuk membuat garisan kastad Tepung kastad segera (instant custard powder) Bancuh dgn air utk mendapatkan pes yg lembut
  • Kalau takde tepung custard segera tu buatlah cream custard mcm biasa dan jalurkan pada roti kentang nanti

  • # Untuk kastad saya masak ikut arahan yg ada kat kotak tepung kastad yg dibeli.....


Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit.
  2. Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
  3. (saya guna breadmaker...masukkan semua bahan ikut arahan BM...dan ON kan utk doh.)
  4. Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
  5. Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
  6. Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
  7. Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..( saya alas dgn baking paper)
  8. Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini). (Saya sapu dgn fresh milk)
  9. Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada s uhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup suis dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).
  10. Sapu dengan majerin utk kelihatan berkilat...


Monday, December 8, 2008

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua keluarga...sanak saudara dan kawan2 di mana sahaja berada. Semoga kita semua dalam peliharaan Allah SWT sentiasa hendaknya.


Kat sini ada yg sambut raya hari ni dan ada yg esok...Saya sekeluarga antara yg menyambut raya esok....Nak tahu ceritanya baca kat SINI lah.

Terima kasih buat kawan2 blogger yg memberi kad dan juga membuat ucapan...ada kesempatan nanti saya akan pergi kutip kad2 tu hihihi... Lama saya tak update blog coz ada masalah internet...



Thursday, December 4, 2008

Kad Raya dr TERA....


Kad raya Aidil Adha ni datangnya dr sahabat yg baru je kenal..TERA....Terma kAsih bebanyak.

Selamat Hari Raya Aidil Adha juga utk TERA sekeluarga..semoga diberkati Allah SWTsentiasa hendaknya....

B'day Wishes....

Ucapan selamat hari lahir ini dituju buat 2 org teman blogger ...Moi yg menyambut hari lahir pada 1 Disember dan alia pada 3 Disember.

Semoga hidup kalian berdua dan keluarga sentisa dalam peliharaan Allah SWT sentiasa hendaknya....


Terimalah b'day wishes dan bunga yg tak seberapa ini ikhlas dr saya... :)

zwani.com myspace graphic comments








p/s: sorry lambat coz line internet slow...hari ni baru ok.....

Wednesday, December 3, 2008

Pre School Celebration

Tarikh: 2 Disember 2008
Lokasi: Pre School Class
Masa: 10.00am - 11.30 am


Saya sampai agak lambat...dlm 15 minit lambat. Sampai je persembahan sah start. Kali ni pertama kalinya saya pergi sertai aktiviti kat sekolah tanpa kehadiran my hubby. Saya dtg dgn kawan saya yg dr Afrika tu...dia ajak pergi sekali...bagus juga dptlah my hubby buat kerja dia...hihihi. Kalau nak tahu sekarang kawan saya tu (Aminah) yg ambil Ismail dr sekolah... Nak kenal Aminah ni dia orgnya.....



Aminah dan anak bongsunya Hamzah.....


Biar gambarlah yg bercerita....


Isa boring kena duk kat stroler...kalau tak letak situ karang saya tak blh ambil gambar dan video...2 benda nak buat...mana nak tengok dia..kan?


Ni masa lagu 'We are going a bear hunt'..



Sempat lagi Ismail 'ngorat' girl cina tu...hihihi...


Lakonan cerita ' When Goldilock went to the house of the bears'...


cerita tu lagi...


Tak ingat masa ni nyanyi lagu apa...


Lagu 'Digeridoo'....


Masa ni konon2nya Santa Claus dtg bagi hadiah...kesian budak2 tu hidup2 kena tipu huhuhu...Yg jadi santa tu pun pekerja sekolah tu gak...Dah nak Krimas so hiasan kat kelas pun dah mcm suasana krismas...


tunggu hadiah...anak2 omputih memang excited semcm...Semua budak2 dpt hadiah termasuklah Isa yg tak sekolah pun kat situ. Ismail dan Sumaiyyah dpt buku cerita pasal haiwan..Isa dpt alas makan....


Antara juadah morning tea...makan ibu bapa yg bawa...sekolah hanya sediakan minuman je. Bila ada jamuan mcm ni yg payah...nak kena pastikan anak2 saya tu tak suka2 je makan...kena pilih2. Hanya ambilkan biskut dan popcorn je utk anak2. Ismail nak menangis coz nak kan gula2 jeli...mana blh makan coz ada gelatin tak halal......Dalam kelas tu hanya ada 4 org murid muslim...


Masa persembahan Sumaiyyah join kejap je...malu...masa makan dah tak malu dah....
BAliknya hubby dtg ambil coz lepas tu nak shopping baju sekolah Ismail. Hari ni dia kena sekolah satu hari..sampai kul 3...join kelas senior...latihan utk term akan datang.


Masa diaorg buat persembahan saya ada videokan...nanti kalau berkesempatan saya upload...Jenuh juga buat kerja ambil gambar dan video sekali dlm satu2 masa...hihihi....
Esok ada scholl concert pulak....pergi lagi sekolah .....

Apple Cake

Hidangan minum petang utk hubby yg baru balik dr khuruj 3 hari di Murray Bridge(Isnin)...sedap...Resepi Yani@my resipi tapi ambil dr dapur Hana...terima kasih buat keduanya sudi berkongsi2 resepi... :)

Bahan-bahan

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • hana tmbh pewarna kuning bg naik seri skit! heeee.. ( saya tak letak)

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula(hana gune gula perang n tmbh cinnamon powder skit). Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.(hana lenyek halus sbb tkt anak2 tk mo mkn sbb ade BUAH! ) hihihi...
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C ( hana up 10minit lg sbb tgh2 tk masak. n merekah pulak! huhuhuuu... )