Wednesday, December 3, 2008

Apple Cake

Hidangan minum petang utk hubby yg baru balik dr khuruj 3 hari di Murray Bridge(Isnin)...sedap...Resepi Yani@my resipi tapi ambil dr dapur Hana...terima kasih buat keduanya sudi berkongsi2 resepi... :)

Bahan-bahan

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • hana tmbh pewarna kuning bg naik seri skit! heeee.. ( saya tak letak)

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula(hana gune gula perang n tmbh cinnamon powder skit). Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.(hana lenyek halus sbb tkt anak2 tk mo mkn sbb ade BUAH! ) hihihi...
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C ( hana up 10minit lg sbb tgh2 tk masak. n merekah pulak! huhuhuuu... )

Sunday, November 30, 2008

Sekadar catatan...

Hari minggu ini kami tak ke mana2 coz my hubby takde di rumah. Alhamdulillah Allah dah pilih my hubby kali ni utk khuruj(keluar) 3 hari setelah tidak khuruj sejak Ramadhan hari tu. Semoga ia membawa keberkatan buat dia, kami dan umat seluruh alam. My hubby ada cerita kat SINI.
So, bila hubby dah takde masak pun cincai jelah..hihihi. Bagus juga sesekali berjauhan..memupuk rindu....makin rindu akan makin bertambah sayang....kan?


Ni dia dinner kami anak beranak...anak2 suka aje... ayam goreng namanya chicken wing berempah. Tengok resepi kat dapur Noreen UK...saya cuma tambah sikit je. Untuk sarapan...makan roti dan apam dan lunch...roti canai segera dgn daging goreng kunyit... :)


Hari Khamis hari tu hubby berjumpa dan berbincang dgn cikgu Iman, Ms Anne mengenai perkembangan Iman. Mulai tahun depan Iman akan pindah ke school yg dekat dgn rumah..sama school dgn Ismail dan Sumaiyyah coz dia dah tamat NAP(New Arrival Program). Ms Anne ada cakap yg dah ada org tengok Iman pasal disleksianya...dah test...dan tahap disleksia Iman tak perlukan dia masuk ke kelas khas. Katanya lagi Iman ni budak baik...taat...Sampai je school dia akan buat semua rutin yg perlu diselesaikan barulah pergi main dgn kawan2. Cuma belajar dia memang slow tapi ramai juga kawan dia yg slow mcm dia. Kata Ms Anne, yg penting sekarang peranan kami selaku perents Iman..bykkan latihan kat rumah. Tentulah tugas tu lebih kepada saya..my hubby dah cukup sibuk dgn studynya...Kalau ada kawan2 yang ada pengalaman dan cara nak latih anak2 disleksia...jomlah kongsi. Bagi saya sekarang...malam2 selalu luangkan sikit masa utk dengar dia baca buku ceritanya....dan bykkan latihan menulis. Bab menulis ni kena byk sabar sebab Iman selalu akan terbalik tulis huruf dan nombor. Kadang2 kesalahan yg sama. Nak tegur pun kena betul caranya...nanti dia putus asa...langsung taknak buat. Bab mengaji Al Quran...saya serah kat hubby. Dgn saya dia akan main2....my hubby tekankan kaedah menghafal terutama bacaan dalam solat. Memang kena byk sabar dgn Iman ni (walaupun kadang2 saya ni kurang sabar)...kalau suara tinggi sikit dia akan menangis...terus tak nak buat...mmmmm.


Ni salah satu hasil kerja Iman...saje2 dia buat. Tengah rajin memang tanpa disuruh dia akan buat. Rasanya ni hasil setelah 2 kali perbetulkan. Tengoklah nombor 76 dan 86... 6 nya masih terbalik...Dan tulisan dia memang tak cantik....


Macam saya pernah cakap dulu...kat sini kami tak risau sangat sebab cara belajarnya yg santai dan jumlah murid setiap kelas pun sedikit...max 20 org satu kelas rasanya. So, cikgu pun boleh tumpu pada seseorg murid lebih sikit. Kat Malaysia nanti....dgn jumlah murid yg ramai dan cara belajarnya....Apa2 pun sebagai parents dah tentu kami usaha dan doakan yg terbaik utk anak2. Yang paling penting diaorg jadi anak soleh dan solehah...

Daging Goreng Sos Cendawan

Resepi ni ambil idea dr satu majalah tu...Suka masak lauk2 mcm ni kalau semua dah lapar sangat....cepat dan tak payah nak masak sayur lagi dah....Famili pun suka lauk2 mcm ni....

Bahan:
  • 650 gm daging potong kecil - elok kalau daging steak.
  • 1/3 cup sos cendawan - campurlah dgn kicap kalau suka...
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 3 tsp parutan halia segar
  • 2 tbsp minyak masak
  • seikat sawi - potong
  • 1 batang karot - potong halus mcm btg mancis
  • daun bawang
  • minyak bijan
Cara-cara:
  1. Perapkan daging dgn sos, bwg putih dan halia sekurang2nya 15 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng daging. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yg sama masukkan karot...biarkan sekejap...kemudian masukkan sawi dan daging serta sedikit air. Kalau ada stok ayam blh letak stok ayam. Masak hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan daun bawang dan minyak bijan....
  5. Hidang dgn nasi panas.....Kalaunak pedas bolehlah letak hirisan cili....

Tag dr MAMA ANIS yg berkurun diperap...

Tag ni dprt dr MAMA ANIS sejak seblm raya puasa lagi...terperap lama. Dah nak jadi budu agaknya hihihi. Takpe MA, budu boleh buka selera kihkihkih...Sori ye MA....

Top 10 most favourite food:
  1. Bi hun tomyam
  2. Laksa Terengganu
  3. Laksa Penang
  4. Nasi kerabu
  5. Nasi dagang
  6. Keropok Lekor
  7. Nasi Lemak
  8. Nasi Beriyani
  9. Lauk pauk kg
  10. Kuih2 Tradisional
10 things i love to do:

  1. window shopping
  2. garage sale
  3. tengok dvd
  4. layan anak2 dan suami
  5. blogging
  6. duduk2 rileks
  7. pergi majlis makan2...
  8. makan angin
  9. masak

5 types of guys I adore:
  1. Beriman
  2. Penyayang dan romantik
  3. boleh memimpin
  4. memahami
  5. tidak ego
  6. memahami

5 things i love doing when I'm emo:

1. diam
2. masuk bilik
3. nangis
4.buat2 sibuk
5. makan....huhuhu...


5 things I love doing when I'm happy:
  1. belanja orang
  2. rajin semacam
  3. ceria sokmo
  4. sengih memanjang
  5. peramah semacam
10 ways to win my heart:
  1. caring
  2. loving
  3. pandai memujuk
  4. ikhlas
  5. pandai buat lawak
  6. tidak mengongkong
  7. penyabar
  8. tidak merokok
  9. tidak menipu
  10. setia


My top 5 most favourite junk food:

1. coklat
2. ais krim
3. kerepek kentang
4. pisang goreng
5. keropok lekor

5 things I wish it could happen:
  1. Dapat miliki rumah dan kereta tanpa berhutang
  2. Dapat byk buat korban utk agama
  3. Dapat gi honeymoon seperti yg dirancag
  4. Miliki rumah yg ada back yard yg besar
  5. Moga hubby dapat tamat PHDnya tanpa masalah

My top-10 recently most addicted songs:
dah lama tak dengar lagu...selalu dengar lagu my hubby je huhuhu...(acah je tu)

10 person u wish to tag:
tag ni dah perap lama ...so tak yah lah tag sape2. Tapi kalau ada yg rasa nak jawab...silakan....

Saturday, November 29, 2008

Roti naik lagi...

Minum petang semalam....roti naik dgn bubur kacang hijau. Roti ni memang sedap...lembut...Resepi Mamafami. Dah byk kali buat dan dan post...klik SINI.

Muffin Cip Choc.

Resepi ambil dr areryouri.blogspot ...senang n sedap...anak2 saya suka lagilah ada cip choc. tu...Terima kasih are berkongsi resepi...saya copy-paste dr resepi asal...


Bahan;
  • 1 biji telur gred A
  • 200ml susu segar
  • 1 sudu teh vanilla
  • 250gm tepung gandum*.....
  • 2 sudu teh serbuk penaik*...ayak
  • 1/2 sudu teh soda penaik*...
  • 175gm gula kastor
  • 90ml minyak jagung
  • 150gm cip coklat

Cara2;

1. satukan telur,susu,vanilla dlm mangkuk kecil.
2. campurkan bhn ayak+gula kastor ke dlm mangkuk besar.
3. tuang sedikit demi sedikit minyak.
4. bubuh 120gm cip coklat dan kacau sebati.
5. isikan 3/4 penuh ke dlm acuan muffin...taburkan baki cip coklat td.
6. bakar pd suhu 175C selama 30-35minit...atau hingga masak.


Friday, November 28, 2008

Pemberian....

From Tirana....seorg yg 'ulat buku' dari Kuala Lumpur...




From azza....cikgu manis di Pulau Mutiara...




Terima kasih buat kalian berdua...semoga persahabatan kita ini akan berkekalan hendaknya...Moga suatu hari nanti kita dpt bersua.... :)