Friday, November 28, 2008

Apam Indon

Tak berkeyakinan sangat nak buat apam ni sebenarnya. Sebab takde ovalette...nanti tak gebu pulak. Tapi sebab dah nak merasa juga apam ni ...lagi2 bila nampak kat dapur Hana dan kat my resipi...so buatlah jugasemalam utk minum petang. Alhamdulillah tak menghampakan. Sedap...tak cukup sebenarnya sebaba 1/2 bagi kat anak jiran yg kebetulan dtg main kat rumah....Menangis Ismail nak lagi...takpe lain kali buat lagi ye...

Sebab takde ovalette tu saya asingkan telur putih dan kuning. Telur puith tu saya pukul sampai kembang...letak cream of tartar sikit...
Lapisannya tak cantik sebab saya tersilap jangkaan masa nak letak lapisan ke 3...ingatkan dah keras rupanya blm...

Resepi saya copy-paste dr cikpuanmieza@myresipi.com

Bahan-bahan ( sebiji kek saiz 8inci & 20biji cupcake )

  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml susu segar @ santan (saya pakai susu segar je)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • pewarna

Cara-cara

  1. Sediakan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  3. Campurkan garam ke dalam susu.
  4. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
  6. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
  7. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
  8. Sapukan loyang dg sedikit marjerin.kemudian taburkan sedikit tpg. (cara ni saya guna utk elak adunan dari melekat bila masak nanti)
  9. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
  10. Ulangi langkah (9) dgn adunan kedua.
  11. Masukkan adunan terakhir dan kukus lagi selama 30-40 minit

Happy B'Day ...

Hari b'day seorg kawan cyber kita...Shais...seorg kreatif dalam bab jahit menjahit ni...
Saya ucapkan happy b'day to you, shais..moga hidup shais sekeluarga dalam peliharaan Allah sentiasa hendaknya....


zwani.com myspace graphic comments


terima hadiah hadiah yg tak seberapa ni... hihihi
(shais ni suka kumpul brg2 bentuk2 yg berkaitan cupcakes)





Thursday, November 27, 2008

Ayam masak kicap

Salah satu lauk kegemaran famili saya...sedap makan dgn nasi panas....

Bahan-bahan dan cara masak:
  • ayam- potong kecil
  • garam kunyit secukupnya
  • kentang - potong baji
  • minyak untuk menggoreng
Ayam digaul dgn garam serta kunyit kemudian di goreng- jgn terlalu garing
Kentang juga digoreng hingga empuk....

  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
3 bahan diatas dimayang
  • rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
  • kicap manis
  • rempah kurma
  • tomato potong 4
  • air
  • daun bawang
  • daun saleri
  • minyak utk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi. Masukkan rempah tumis dan rempah kurma...goreng hingga naik minyak.
Masukkan ayam dan goreng sebentar hingga garing.
Kemudian masukkan air dan kicap. Masak hingga mendidih.
Masukkan pula tomato daun bawang, saleri dan kentang....masak hingga pekat
Kalau suka blh masukkan cili hidup....

Wednesday, November 26, 2008

Egg Benedict

Resepi mudah dan berkhasiat...terima kasih kepada tuan punya resepi
zurin@myresipi.com kerana berkongsi resepi...saya copy paste je....

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam

Cara-cara

1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.

satu tabur black pepper dan satu lagi tabur cheese....

Baked Sandwich lagi....



Pernah post dlm ns kat SINI....tapi yg tu letak inti sardin...kali ni letak inti daging.... Dapat idea dr resepi asal kat fotopages K.Rinn. Resepi yg mudah....dan anak2 saya suka....



Bahan2 dan cara membuatnya:-


Kulit:-

  • Roti sandwich - dibuang kulit tepi dan digelek sampai nipis dan dimasukkan dalam acuan muffin/tart


Inti:-
  • Daging cincang
  • bawang besar dan bawang putih- cincang
  • sos spaggethi
  • sos tiram
  • cheese secukupnya

Masak daging cincang dalam kuali hingga warna coklat...masukkan bawang sos2 tersebut. Masak sehingga kering....Kalau suka blh tambah sayur seperti karot atau kentang dll
Nak tumis dulu bwgnya pun blh...tapi saya tak suka nanti berminyak sangat....

Masukkan inti kedlm acuan yg telah diletak roti tadi. Lepas tu tabur cheese dan bakar dalam oven sehingga cheese cair.


sebelum bakar....

Tuesday, November 25, 2008

Kuih Tiram

Kuih tiram ni resepi s_shamen@myresipi.com. Sedap...dah byk kali buat....Sebenarnya ada macam2 org panggil kuih ni...ada org panggil kuih lidah kucing, lidah buaya, lidah jin...tak tahu nama rasminya apa....Terima kasih kerana berkongsi resepi...saya minta izin copy paste je ye... :)


Bahan-bahan ( dapat banyak...boleh dapat satu tin besar kot! )

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

Makan...makan.....

Hari Sabtu hari tu ada dua majlis makan2...saya suka kalau ada makan2 ni ....bukan apa tak yah nak masak hihihi. Nilah masa rahat dari masak2 ni...
Majlis pertama...makan tengahari...majlis 4 in 1. Meraikan Ulangthn perkahwinan ke 9 pasangan Awang/Aishah dan Nizam/Mashitah serta b'day Aisyah Umairah dan Alisya. Semoga 2 pasangan itu kekal bahagia dan 2 b'day girl akan membesar jadi anak soleh...
takde pulak ambil gambar...segan pun ada...Juadah nasi ayam...bi hun sup dan mcm2 kuih muih...lompat tikam...donat...
Sebelah ptg pula ada jemputan makan kat rumah sorang lagi kawan...yg agak rapat walau baru beberapa bulan kenal. Meraikan b'day boy azan sebenarnya. Kerana tak tahu maka kami dtg dgn tgn kosong je...hish...



Untuk Azan...
Mood b'day boy pun ahri tu tak berapa baik...yelah kena kejut time tangah sedap tidur hihihi...Puas dipujuk utk rasmikan cupcakes tu....


Antara gambar yg sempat ambil.....

Iman dan Ismail cukup suka kalau cakap nak pergi sana...ada kawan dia Udin...blh main game...byk toys...memang dr pagi tu setiap 15 minit tanya bila nak pergi?...dah sampai sana main tak ingat nak makanlah... Last2 mak dan ayah yg makan2....anak2 sibuk main...





Ni pulak saje nak tunjuk...buah peach dan nectarine....buah kegemaran hubby dan anak2...cuma saya dan Ismail tak berapa mkn buah ni. Saya dgn Ismail byk persamaan dlm hal makan2 ni...muka pun org cakap sama hihihi...Musim buah dah nak mula....buah2 pun makin murah so...mampulah nak beli hihihi....Kalau tak asyik beli epal, pear, orange dan banana je....