Monday, November 24, 2008

Award bertag dr Hana....

Award comel ni dtgnya dr Hana ...terima kasih....dan saya ada tugas utk panjangkan award ni kepada 7 org ....mmmmmm...


Syarat award ini adalah seperti berikut yer :
  1. Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing
  2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
  3. Bagi award nih kat 7 orang bertuah
  4. Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu.....
Mereka yg bertuah ialah.....
  1. Tirana
  2. Kak Tie
  3. Shais
  4. Kak Ain
  5. Sha(cheryna)
  6. Moi
  7. Azreen

Pasta Baked


Resepi asalnya makaroni baked...dr dapur My FavouriteRecipes. Saya ubahsuai sikit...masukkan kentang dan karot parut... dan guna pasta lain....pasta bentuk bow...
Terima kasih tuan punya resepi Qaseh...saya copy-paste resepi asal ye....

Bahan-bahan:

  • 300gm makaroni
  • 100g cheese(mozarella@cheddar@mix cheese diparut)
  • garam secukup rasa
  • 100g ayam cincang
  • 1/2 bawang besar(potong dadu)
  • 2 bawang putih(cincang halus)
  • 3 biji cili padi (dicincang halus)
  • 3biji cili merah
  • 1 1/2 sudu besar serbuk kari
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan susu
  • Bawang goreng(utk taburan)
#saya tak letak cili dan bawang goreng....tambah dgn parutan karot dan kentang...



Cara:


Rebus makaroni sampai separuh lembut,sambil tu tumis bawang besar dan putih... kemudian masukkan serbuk kari..sampai naik minyak..tambahkan air dalam 2 sudu kalau kering. Masukkan daging dan gaul sampai masak.. masukkan cili merah dan tambah garam dalam 2 atau 3 cubit . Kemudian masukkan makaroni dan daging dalam adunan bakar kemudian gaul2 bagi rata...taburkan cheese yg dah diparut. Lepas dah siap part daging .. buat kastad pulak .Masukkan susu dalam bowl, kemudian masukkan telur.. pukul , kemudian masukkan tepung gandum .Lepas tu tapis adunan kastad dan terus keadunan makaroni dan daging tadi. Bakar dg 180 darjah dalam 30minit. Buka oven dan taburkan bawang goreng kalau tak letak pun tak per... tapi kalau letak baunya wangi sey... dan sambung bakar dalam 10minit lagi ..Lepas tu siap dan makan lah.

Rich Chocolate Moist Cake....


Resepi ni dr rumah Hana....seteleh hubby tergoda tengok kek coklat Hana bila dia tengok masa saya tengah buka blog Hana...sebagai isteri mithali(chewah...) maka saya pun dgn semangat sekali buat kek coklat tu utk hubby tersayang...hihihihi...Alhamdulillah menjadi...
Keknya tak berhias pun....
Terima kasih Hana...saya copy-paste je ye....


Bahan-bahan:

6 oz (170gm) mentega
14 oz (397gm) gula kastor
3 biji telur

Bahan2 A - dibancuh:
1 sudu teh nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate atau coffee emulco / chocolate atau coffee paste

Bahan2 B - diayak bersama:
8 oz (226gm) tepung high protein (tepung roti) - boleh juga digunakan self-raising flour atau tepung kek (hana gune tpg roti - 1st time wat kek gune tpg roti)
2 1/4 oz (64gm) serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz (200ml) air sejuk - hana lebihkan skit sbb nk moist..pandai2 jek haku! :D
(saya pun ikut teori hana ni...)
Cara-cara
  1. griskan loyang kek saiz 9" dan lapikkan dengan parchment paper, ketepikan
  2. pukul mentega dan gula dengan mixer sehingga gebu dan kembang. apabila di angkat adunan tidak jatuh
  3. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  4. kemudian masukkan bahan2 A tadi sambil dipukul lagi
  5. setelah itu dengan menggunakan whisker, masukkan Bahan2 B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan whisker dengan satu arah sahaja secara perlahan2 sehingga adunan rata dan sebati
  6. masukkan air sejuk sambil di kacau lagi sehingga sebati
  7. tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin
  8. bakar pada suhu 170C selama 50-60 min atau sehingga masak. suhu bergantung pada oven masing2
  9. setelah siap keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah disapukan dengan chocolate icing
note: jika inginkan kek lagi moist bolehlah dikukuskan selama 1 1/2 jam dan tutupkan loyang kek dengan aluminium foil


#utk kali ni saya guna acuan loaf....dan tak hias pun....

Friday, November 21, 2008

Terima Kasih Semua...jom kongsi....

Penghargaan.....


drp Kak chik di kelate...
seorang lagi kawan yg baru dikenali dan semakin mersa...



Penghargaan drp adik pink butterfly....baru je kenal...


Cincin menawan ini drp cik min....cantik...kan?
sapelah tak berkenan...






Award....



drp Azza...cikgu manis dr utara semenanjung.... Untuk award ini saya nak berkongsi bersama 14 org yg menjadi follower blog saya yg tak seberapa ni...terima kasih...

Tirana # Kak Tie # Shais # Akak # Azza # Nrina # @LiYaNNuaR # Intan Rosnitta # Cik Wanie # Kak Chik # Ct_as # Sasha # Shiela # aliadijamina......






Award ni pulak drp hana jauh di Kanazawa, Jepun. Dan saya nak kongsi bersama kawan2 yg berkunjung ke blog ni...terutamanya...
Kak Ain...Moi...Intan(Perth)...Sha(cheryna)...Cik Min...Ida (perth)...Kak Long Zura...Tokma...Bozzo...Team Bionic...Syarina...Ibu Kumbang...Along (goodmorningblogger)...Pink butterfly...Yun(adelaide)...Mamasya(Brunei)..nas Uk...Aniza UK...Noorma ...Noreen UK..Hana...Ela...Fiza Nordin...akakerin.....Cik Epal..halen..Umi-e...eiba...ratna....shafa....noor dan semua yg sudi singgah kat blog saya ni..terima kasih...sudi2lah berkunjung selalu...





Ini juga drp Azza. Dan saya nak kongsi bersama kawan -kawan yg menjadi antara org terawal saya kenal masa mula2 memulakan alam blog dulu...
Ummu Sarah # Ummu Rifaei #Siti Khuzaimah # Azreen # Angriani # Diyana # UMMI # Kak Jun # Mama Anis # MamaFami # ida(merphati66)






Dan Kad terima kasih di bawah khas buat...
Kak Cik, Azza, Hana, Cik Min dan Adik Pink Butterfly...



Tag drp Adik Pink Butterfly...


Rules & Regulations :
#01; - Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself. #02; - People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly. #03; - At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.#04; - No tags back!

Buat adik pink butterfly...sebenarnya akak dah pernah kena tag lebihkurang mcm ni dulu...yg beza cuma bilangan...dulu 7 kali ni 10....so tambah2 yg dulu jelah ye....
  1. Paling takut ngeri tengok belon yg besar...nipis...takut pecah. Sebabnya dulu pernah main tiup belon masa sukaneka sekolah pastu pecah kena muka...terkejut ooo....
  2. Binatang paling geli..cicak. Pernah tengah syok tengok tv sambil meniarap tiba2 si cicak jatuh kat atas belakang lepas tu cicak yg panik masuk dalam baju...sampai sekarang naik bulu roma bila tengok cicak. Terbayang2 saat itu...geliiiii....
  3. Dalam zaman yg serba canggih ni saya adalah antara insan yang takde lesen kereta dan tak tahu pun bawa kereta. Keinginan ada tapi keyakinan takde. So, nak bergerak je harapkan my hubbylah. Tapi bila balik M'sia nanti rasa nak beranikan diri belajar dan ambil lesen...anak2 dah sekolah...jadi keperluanlah kot...
  4. Kerja rumah yg paling 'bercinta' nak buat...lipat dan iron kainbaju... huhuhu....Kat sini kurang sikit kerja ni coz hubby gi Uni pun pakai t-shirt je...kadang je pakai kemeja. Iman pun sama...baju sekolah dia bkn mcm kat M"sia. Uniformnya t-shirt je.
  5. Saya ni kidal orgnya. Kebykkan kerja buat pakai tgn kiri. Tapi makan tangan kananlah. Sebab dulu kecil2 selalu kena marah dgn mak kalau makan tgn kiri.
  6. Saya ni juga susah makan ubat...terutama kalau jenis air. ..lagi2 ubat batuk. Sebab tu kalau gi klinik selalu minta ubat pil je. Dulu kecil2 mak selalu tunggu time saya makan ubat kalau tak tak makanlan. Sekarang hubbylah pulak kena tunggu...hehehe....
  7. Saya tak boleh tidur dlm keadaan gelap gelita. Rasa lemas. Berlawanan dgn my hubby. Tapi dia terpaksa mengalah coz anak2 semua ikut jejak saya...
  8. Tak berapa suka laut...rasanya saya ni jenis mabuk laut...
  9. Jenis org yang senang merajuk juga tapi jarang tunjuk...kecuali kat hubby coz nak dipujuk hihihi...
  10. Dulu jenis org yg malas nak masak2 ni tapi sekarang bila dah terpaksa...jadi seronok pula masak...hihihi...

takde nak tag sape2lah kot...semua sibuk layan anak2 yg cuti sekolah hihihi...

Harap adik pink butterfly puas hati...

Bingka Kastard

Bingka kastard ni resepi Kak Liza tapi saya ambil dr Zira's FP. Terima kasih berkongsi resepi....Buat utk sarapan semalam...anak2 sukalah kuih2 mcm ni...


Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan butter cair
  • 1 tin susu cair - guna fresh milkdalam 400ml
  • 4 cawan air pandan + pewarna hijau - guna pandan paste + air
  • Sedikit bijan goreng

Cara membuat :
1. Panaskan oven 180 C selama 10 minit.
2. Gaulkan semua bahan sebati dan tapiskan.
3. Masukkan dlam loyang yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1jam pada suhu 180'C.
5. Bila dah masak taburkan bijan. Biarkan sejuk. Potong dan hidangkan

Thursday, November 20, 2008

Cream puff

Resepi dr yani@myresipi.com...tak berapa cantiklah saya punya cream puff..tapi sedap hihihi...anak2 saya cukup suka kuih ni...Untul krim kastard saya guna honey@myresipi.com tq yani dan honey berkongsi resepi.

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  12. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.


Cream custard:-
honey@myresipi.com
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung kastard/jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara:-

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit susu dan kacau supaya tidak berketul.
  2. Masukkan telur yg telah dipukul sedikit dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega untuk nampak cantik berkilat.