Thursday, August 19, 2010

Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Dapat idea masak ni masa ziarah kawan baru wanieyra semalam. pernah nampak respei ni kat rumah Hana. TQ berkongsi resepi.




Bahan-bahan

* 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
* Bahan-2 untuk make up ayam :
* 3 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam Knorr
* 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
* 2 sudu besar herba campuran
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
* Sedikit mentega

Cara-cara

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


kami makan dengan nasi goreng dan french fries...
pinggan ni utk Ismail. Bapak n Iman takde pergi jemputan berbuka kat masjid. Kalau takde jemputan diaorg akan berbuka ringan dulu kat masjid dan sembahyang maghrib berjemaah, lepas tu batu balik sambung makan kat rumah....


Siapa tahu kuih ni??
Ni le kuih badak berendam style mak mertua saya. Anak saya panggil, kuih 'flower in milk' hehehe...Kuih ni wajib mak mertua sy buat bila puasa...anak2 dia suka....
Resepi kat SINI.


7 comments:

Tie said...

Kak tie tak pernah panggang ayam sekor-sekor gini.. takut sebenarnya, takut tak menjadi. Nanti nak juga cuba, cari ayam yang paling kecik, buat experiment dulu, ekekeke...

ain said...

sedapnya ayam kenny rogers!! akak pun mcm kak tie gak..takut nak panggang sekoq2. takut tak msk betul. selalunya akak belah 4 ayam.

Unknown said...

wah.. lazat nih.. lazat..
dok bercita-cita nak buat.. tak sampai seru ni.. ni suzi dah seru nih.. kena buat.. heheh

Mak Su said...

makkkkk! tekejut! ayam tegolek sekoq bulat bulat :)

saya takdak kemudahan nak panggang ayam lagu tu, kalu potong kenit2 saya makan, takut plaks tgk, hahaha

tapi saya akan amik resepi kuih flower, dan jugak nak resepi kuih cara manis bakar over...

Ya Allah... aku ni main mintak jer kat suzi, sori ya suzi ;)

Deliah's Deli said...

salam suzi...cantiknyer kuih tu-sgt kreatif!...esok birthday suzi...slmt hari lahir...smg panjang umur n murah rezeki :)*nak jd org 1st bt ucapan-hehehe :)

Yati Ali said...

salam suzi,

best tu ada ayam kenny rogers...

blogresipi.com said...

Salam Kak Suzi,
Comelnye badak berendam tu.. kiut2 je bentuk dia :)