Saturday, August 7, 2010

Sup Daging Tetel

Sup daging tetel makan dengan mee. Yummmmm! Terima CMG berkongsi resepi.



Sumber:
CMG @http://tiffinbiru.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 600 g tetel lembu (daging lembu yang bercampur "lemak")
  • 3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
  • 1 pokok daun sup, kerat dua
  • 1 camca besar bawang goreng
  • Air secukupnya untuk merebus
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 4 kuntum bunga cengkih*
  • 3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
  • 7 biji bawang merah#
  • 5 ulas bawang putih#
  • 2 1/2 inci halia tua#
  • 3/4 camca besar lada hitam biji#
  • 1 camca besar ketumbar biji#
  • 1/2 camca teh jintan kasar#
  • 1/2 camca teh jintan halus#(#dikisar halus)
  • Hirisan daun bawang/daun sup
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Daging tetel dipotong sederhana besar, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah tulis dan kacau hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi. Masukkan daging tadi dan gaul rata. Tuang air secukupnya dan masukkan daun sup dan bawang goreng, masak dengan api besar sehingga mendidih, kecil kan api dan biar merenih hingga tetel lembut.
  2. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang lembut, tambah garam secukup rasa dan hidangkan bersama nasi impit, mee hoon atau apa2 saja yang sesuai. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Jangan lupa sambal kicap sebagai penambah kehangatan sup ini...




Pan Non - Stick baru!!!




Terima kasih Kak Mimi . Sesiapa yg berminat boleh contact Kak Mimi. Pan ni memang bagus! Puashati sangat2. Dah pecah dara dah....buat roti jala semalam...hehehe...


4 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...

sup daging tetel memang peberet mas...sedapnya...terliur dah ni...

Tie said...

Ooo.... sedapnya sup tetel tu.. terliur kak tie dibuatnya!

Menarik nonstick pan tu. Kak tie guna yang utk masak burger je.. :)

Deliah's Deli said...

sll tetel msk gerang asam..x pnh lg masak sup-sure sedap...suzi bila plak nak menjala guna nonstick pan baru tu-nnt jgn lupa anto skit kat sini :)

Suzi said...

mas, kak tie, deliah:
sup daging tetel memang sedap...kan?
beli pan tu sbb terkesan dgn kawan2lah hehehe tapi memang berbaloi. dah try buat roti jala, memang elok sgt...puas hati sgt2...