Monday, August 9, 2010

Pisang dan Durian

Donat Pisang



Resepi ceduk dr dapur Mas, Mas pulak ceduk dr Izah. Tapi asalnya resepi dr Puan Rima Terima kasih berkongsi resepi. Sama kes dengan Mas lah ni...nak habiskan stok pisang yg bawa balik dr kg ( Sabak Bernam) minggu lepas....




Bahan - bahan :
  • 100g tepung kek
  • 400g tepung roti
  • 100g gula halus
  • 11g yis segera / sepeket
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh bread improver - mas tak letak
  • 100ml air
  • 3 biji kuning telur
  • 100g butter
  • 300g pisang lecek ( kurangkan sikit kpd 200g - terpulang pd keranuman pisang )



Cara menbuatnya :
  1. Ayak kedua2 tepung, masukkan yis dan gula. Ratakan adunan.
  2. Masukkan garam, kuning telur dan separuh air. Kacau rata.
  3. Masukkan pula pisang dilecekm dan gaul lagi . Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut. Jika doh agak keras boleh tambah lagi air.
  4. Biarkan doh selama 20 minit / sehingga 2 kali ganda.
  5. Bahagikan doh 30g setiap biji dan bentukkan menjadi donut. Biarkan selama 10 minit dan goreng hingga kuning keemasan dengfan api sederhana. Taburkan gula atas donut.
Note : Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan jadi lembik. Untuk langkah berjaga2, masukkan air sedikit demi sedikit . Selamat mencuba...











Popia Pisang




Bahan - bahan:
  • kulit popia
  • pisang - belah jika perlu
  • gula
  • sedikit putih telur - utk lekatkan kulit popia. Tepung yg dibancuh dgn air pun boleh.

Cara - cara:
-Letak pisang di atas kulit popia, taburkan sedikit gula dan lepas itu lipat macam buat popia biasa. Goreng kekuningan. Yummmm....sedap!!!






Pulut Durian

Ni pulak pulut makan dgn serawa durian...Iman suka sangat2. Durian mak bawa dari kg...dr Trg tu...



4 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...

wah kak suzi...sedap2 semuanya....terliur dibuatnya...rajinnya akak masak, macam2 ada...

ima said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa buat suzi sekeluarga...

ermm nampak sedap je kuih muih itu...terutama popia pisang tu...pertama kali tengok ni...

Mak Su said...

maksu haritu beli pisang, buat kodok pisang, lempeng pisang. pandai buat tu jer, huhuhu

openid said...

Salam kak Suzi,
Selamat menyambut Ramadhan AL Mubarak dan selamat berpuasa dari kami sekeluarga :)

Ijan