Wednesday, February 24, 2010

Kucing.

Saya ni bukan yg jenis suka pelihara kucing, sebabnya saya ni jeni malas nak uruskan kucing tu...nak jaga makan, buang air dan lain2 lg. tapi anak- anak saya memang suka kucing...mana-mana binatang pun diaorg suka. Rasanya kebanyakkan kanak-kanak macam tu, kan? Sejakduduk sini, adalah beberapa ekor kucing yg selalu datang...anak-anak saya suka melayan...ada yang bertuan, ada yang tidak. Akhirnya sekarang, ada yang seekor tu memang rapat sangat dengan anak-anak saya. Selalau datang tak kira siang dan malam. Malam tadi, masa hubby nak keluar solat subuh kat masjid terkejut dia tengok kucing tu tengah syok tidur dalam rumah. My hubby pun sama dengan saya tak minat kucing. Ikan saya pun pernah kena kebas hehehe... Jom layan gambar anak-anak saya melayan kucing tu, gambar ni ambil masa awal-awal pindah dulu.

mula-mula tu diaorg macam takut je tapi bila kucing tu jinak je...terus seronok diaorg.


macam-macam mainan dicampaknya


Isa, tak kan duit pun nak bagi kucing main kot...


macam tak pernah jumpa kucing...sekarang kucing tu pun dah jarang balik rumah sendiri(jiran depan rumah)


Saturday, February 20, 2010

Ikan Bakar

Alhamdulillah dah balik Malaysia ni dapat menikmati mcm jenis ikan yg dirindui ketika duk Adelaide dulu. Nikmat sungguh. Antaranya masak ikan bakar....sedapnyaaaaa.



Ikan Cencaru Bakar Berlada

Kat Adelaide takde ikan ni...sedap nyaaaaa. Bakar pulak kat dalam daun pisang....uish membangkit selera sungguh. Nak resepi boleh klik kat My Resipi, resepi dr che'iza@myresipi.com. Terima Kasih berkongsi resepi.




Ikan Bakar(Ikan Pari) Ala Nyonya


Ikan pari ada kat Adelaide tapi tak pernah pulak masak bakar mcm ni. Resepi CMG tapi kutip dr dapur UMMI. Sedap. Hubby pun suka. Terima kasih berkongsi resepi. Saya gantikan aluminium foil dgn daun pisang...


Bahan:-
  • 2 keping (500 gm) ikan pari (dipera garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan)
  • 2 helai daun kunyit- tak letak
  • 2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan santan
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 2 keping alluminium foil- guna daun pisang
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Pes (ditumbuk lumat):

  • 4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah) - akak guna lada merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 hirisan nipis halia
  • 2 biji buah keras
  • 2 batang serai - hiris halus
  • 1/2 inci belacan yang dibakar
  • 1/2 inci kunyit hidup

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat tadi hingga harum.
  2. Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga jadi pes.
  3. Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.
  4. Bentangkan alluminium foil(daun pisang) dan letak daun kunyit di atasnya.
  5. Bahagikan pes kepada 4 bahagian. Ratakan satu bahagian atas daun kunyit tadi, tabur hirusan kantan, letak ikan dan akhir sekali lumurkan satu bahagian lagi pes atas ikan dan tabur lagi bunga kantan. Ulangi proses yang sama untuk satu keping ikan lagi.
  6. Bakar atas bara api dapur arang. Boleh juga gunakan oven..-saya bakar dalam kuali je...

Thursday, February 18, 2010

Sedikit cerita....

Salam semua, lamanya dan update blog ni...blog kawan2 pun dah lama tak ziarah. Rindu memang rindu api macam tak ada kesempatan je nak buat tu semua...sibuk memanjang. Tak tahulah apa yg sibuk. Mungkin juga belum dapat adjustkan diri dengan rutin2 seharian sekarang. Tapi rutin tak banyak berubah pun....mmmm.

Anak-anak masih lg terbawa2 budaya sekolah dr Adelaide...dia org selalu cakap tak seronok bersekolah kat sini. Alasannya sbb takde masa pun utk bermain lepas makan masa rehat hahahaha...dah tu pagi2 dah kena bangun pergi sekolah. Mujahadah betul nak kejutkan dan siapkan diaorg ke sekolah pagi2...Bag pun berat. Ismail selalu seret je bag dia...Tapi alhamdulillah diaorg dah makin faham cakap melayu dah dah boleh sikit cakap melayu tapi nada macam upin dan ipin cakap. Ayat pun macam ayat dalam buku. Kelakar pun ada. Selalu je tersalah guna perkataan dan salah sebut. Nak ckp 'padan muka' jadi 'panas muka'. Pernah smail ckp, 'saya lembu'....agak2nya kawan2 dia kenakan dia kot hihihi...Takpelah perlahan-lahan. Antara adik beradik diaorg masih ckp English. Bagus juga takut nanti hilang pulak...sayang.

Mungkin ada yg masih ingat dulu sy ada cerita yg mak sy sakit, alhamdulillah Allah bg sy peluang khidmat utk ibu sy. Sekarang mak dan adik yg bongsu ada kat rumah sy ni. Keadaan mak makin elok walau tak baik sepenuhnya. Dah boleh berjalan dan uruskan diri sendiri, alhamdulillah.

Paling best bila dah balik malaysia ni ialah bab makan...hihihi...tapi terkejut juga dengan kenaikan harga2 barang. Terasa sangat....

Banyak cerita tapi tak tahu mcm mana nak cerita. Ada juga try resepi2 baru. Nantilah sy update.

Layan gambar masa kami kat masjid UTP bagi ikan makan...beriadah kat UTP dah jadi aktiviti mingguan kami. UTP dah makin cantik sekarang....


ikan-ikan yg besar...kecil pun ada juga...


jangan masuk mulut ye Isa....


dengan RM 1 dapat seplastik makan ikan...kekenyangan ikan2 tu semua...apa taknya kami je dah 4 plastik....


Ismail dan adik sy yg kat UUM...balik cuti raya cina...

masjid UTP masa lepas maghrib...