Saturday, February 28, 2009

Happy Belated B'day utk Leen

Semalam b'day kawan blogger kita Leen...Happy b'day Leen...moga hidup sentiasa dirahmati Allah SWT...terimalah b'day wishes yg tak seberapa ni...




zwani.com myspace graphic comments

Friday, February 27, 2009

Puding Mawi...

Dah lama Ismail minta buatkan puding warna-warni...jumpa resepi puding ni masa jln2 cari resepi kat blog diana....bahan pun ada. Happy je Ismail balik sekolah tengok ada puding ni..."thank you ibu",kata Ismail...
Resepi asal dr Majalah Rasa..dikongsi oleh Mod Smile di FRD...terima kasih semua for sharing...saya copy paste je dr blog diana...terima kasih sekali lagi....

Bahan-bahannya

25gm agar-agar
3 cawan air
3 sudu makan tpg kastad [dibancuh dgn 1/2 cwn air]
2 cawan santan [smile guna susu sejat]
1 cawan gula
1 biji telur
sedikit pewarna biru [smile guna hijau]
sedikit pewarna merah

[dibancuh dgn 4 sudu air panas & ketepikan]
1 cawan serbuk VICO [milo pun boleh]
2 sudu makan serbuk nescafe

Cara-caranya
1. Masak agar-agar sampai hancur dgn gula
2. Masukkan santan, tepung kastad & telur
3. Ambil sedikit bancuhan & bahagi 3, 1 adunan dgn bancuhan VICO & Nescafe, 2 lagi dgn biru & merah.
4. Jadikan yg tak diwarnakan sbg base.Kemudian masukkan yg berwarna sesuka hati sampai habis.



Sedap....sape2 yg minat mawi kena try ni...hihihi...

Kad dr Farha...

Kad dr Farha lagi...rajin sungguh sis ni buat kad utk kwn2 dia...Terima kasih sis...moga ikatan ukhuwwah berpanjangan. Belajar rajin2 ....moga berjaya....
Untuk Farha...sudilah kiranya terima kad terima kasih dr akak yg tak seberapa ni....





Chicken Teriyaki

Ayam teriyaki ni resepi dr FP Kak Rinn...sedap. Masak semalam...makan dgn nasi ayam....yummmm. Resepi ni Kak Rinn ubahsuai dr Japanesefood.com
Terima kasih Kak Rinn kerana berkongsi resepi...saya copy-paste je dr FPKak Rinn...



Bahan-bahan:

5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.

Wednesday, February 25, 2009

Best Ever Muffin


Balik dr hantar Sumaiyyah ke kindy t/hari tadi pergilah merayau kat blo kekwn mencari resepi2 mudah utk dicuba utk anak2 mkn balik school nanti...jumpalah resepi ni kat blog Hana. Hana ambil resepi dr Koleksi Resepi Pilihan Diana. Apa lagi teruslah masuk dapur buat...bahan2 senang dan buat pun senang....sempatlah siap sebelum pergi ambil diaorg balik dr school pukul 3 PM. Copy paste je dr Hana....terima kasihlah berkongsi resepi yg mudah ini...


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula (- saya kurangkan...letak 1/2 cawan je....)
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.

Saya letak coklat chips.

Tempat kami berteduh......

Nilah rumah tempat kami berteduh sekarang...4 bilik dan 2 bilik air bebanding yg dulu 3 bilik dan 1 bilik air je...Sewa pun lebih mahal sikit dr yg dulu (280 perweek)...tapi puas hatilah sebab dekat dgn sekolah, pagar tinggi sekeliling dan masjid pun taklah jauh sangat. Tapi bg my hubby agak jauhlah dia nak ke uni....takpe lelaki tak kisah sgt...lagi pun basnya menepati masa dan bkn tiap2 hari ke uni pun....dan yg penting ada aircond....tak thn panas waktu summer hihihi...


Ni bahagian depan belakang dan tepi...satu lagi bahagian tepi tak ingat nak ambil gambarnya... ada stor dan 3 pokok buah...Gersang je tak mcm rumah dulu yg byk pokok...sejuk je...

Bilik tidur utama, laundry dan ruang tamu...
bilik tidur utama ada satu bilik kecil utk letak baju2 dan bilik air. Laundry pun agak besar..siap ada almari dua pintu...

Ruang makan...pintu2 kat situ adalah utk ke bilik2 tidur dan bilik air yg lagi satu. Semua bilik2 tidur ada almari pasang siap...5 pintu dan satu lagi 3 pintu. Yg ada meja tu bilik study my hubby dan gambar satu lagi tu kitchen...bersebelahan je...senanglah my hubby nak order apa nak minum hihihi....

Sunday, February 22, 2009

Tag Dr Hannan.

Sementara rajin dan takde mende nak buat...saya teruslah mejawab tag yg byk lagi terperap tu hihihi. Tag ni dr Hannan...


ARAHAN:
ANDA DIKEHENDAKI MENSTORYKAN KESAH OR PERISTIWA YG KORANG RASA:-

  1. PALING LUCU @ KELAKOR
  2. PALING SEDIH
  3. PALING BODOH
  4. BIASA JERK




SETERUSNYA KORG DIKEHENDAKI MENYENARAIKAN 8 ORG YG KORANG NAK TAG KAN HEHE...



%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


1.Paling lucu @kelakor
Tak tahulah ini ke yg paling kelakar tapi kisah ni je yg terlintas kepala sekarang. Suatu malam masa kat asrama (masa ni kat MRSM Muar)...kami buat jamuan kat belakang dorm. Bila dah selesai...kami ajk2 ni kenalah kemas apa yg patut. Tiba2 saya terdengar suara mengilai sayup2...bulu roma dah naik tapi control lagi. Lepas tu kawan saya pun tanya...ngko dgr tak?...suara tu mcm makin dekat apa lagi kami pun menjerit dan lari masuk dalam dorm. Kat belakang tu kaw tengah buat dorm baru...sure takde org...belakang lagi dah hutan. Bila dah masuk dalam barulah kami terfikir...betul ke hantu? macam tak percaya pun ada...ye pun kenapa nak kacau time ramai camni. Kami intai dr tingkap ..nampak 2-3 lembaga putih terlompat2. Kami pun mula rasa ni mesti kerja budak laki ni...tapi taklah yakin sangat. Kami pun pakat beberapa org akan turun ambil batu dan baling sambil takbir ALLAH HU AKBAR. Masa kami baru nak turun tangga tu tiba2 dtg lembaga tu dr tepi dorm...apa lagi kami pun buat mcm yg dah diplan...tapi lembaga tu makin datang dekat kami menjerit...tapi tetap baling lagi sambil takbir...last2 terkena juga..apa lagi menjerit adoi! lembaga tu sambil angkat kain putih yg labuh dan terus lari hahahaha gelak besar kami...padan muka...Tapi pada awal tu memang seram gilerlah...tegak habis bulu roma...
Esoknya kami ada dengar cerita budak2 lagi yg jadi lembaga tu ada terjumpa 'lembaga betul' hahaha lagi sekali padan muka...tapi tak tahu kesahihannya.
Bila saya tanya my hubby adakah dia antara yg terlibat dia ckp tak... hihihi...



2.Paling sedih



Berlaku beberapa bulan selepas berkahwi
n...saya keguguran. Walau pada awalnya rasa mcm belum bersedia namun kami gembira dan mengharap. Waktu awal kandungan saya mabuk teruk, ditambah masa tu bulan puasa...apa yg dimakan akan keluar balik...nasib baik masa tu cuti sekolah(masa tu jadi cikgu sandaran kat JB). Masa balik beraya ke Ipoh saya bleeding. Awalnya kami beranggapan mungkin sbb saya penat ...perjalanan dr JB ke Ipoh boleh tahan jauhnya...lagi pun kami siap singgah Kajang dan KL. Masa tu saya teringin sangat makan satay kajang...byk lak tu saya makan hihihi.... Namun bleeding tu berlarutan walaupun tak byk. Kami pun pergi Hospital Ipoh (masa tu mana ada duit sgt...hubby pun tengah buat master). Doktor(doktor pelatih rasanya) kat hospital cakap dah tak blh buat apa, tunggu je keluar sendiri. Walau pun doktor cakap mcm tu namun saya masih berdoa dan berharap kandungan saya tu selamat sbb saya tak rasa sakit apa pun. Akhirnya, beberapa hari selepas tu(sempatlah raya gak sehari rasanya) saya sakit perut yg amat (mcm nak bersalin....tapi masa tu mana tahu lagi) Saya asyik keluar masuk toilet je...masih saya ingat malam tu tengah ada siaran langsung bola piala dunia. Hubby pun takleh nak tumpu tengok bola...MIL pulak kerja...akhirnya saya keguguran dan saya alami proses yg sama mcm nak bersalin biasa...siap pecah ketuban. emrionya kecil aje...sedih masa tu Allah saje yg tahu...saya asyik minta maaf kat hubby dan salahkan diri sendiri...puas hubby memujuk dan memberi kekuatan kpd saya...lama juga saya nak hilangkan rasa bersalah dan sedih tu. Lagi sedih bila tengok kawan2 yg sama2 mengandung.
Tapi alhamdulillah tak lama lepas tu saya mengandung lagi . Walaupun kandungan bermasalah juga namun selamat...Iman lah tu...



3.Paling Bodoh


Jap! bukan butang lift tu yg bodoh....
Ceritanya mcm ni...dulu masa sekolah menengah saya ni blhlah dikira golongan budak2 nakal juga...sikit2 je...Satu hari...masa tuApril fool...mcm2 bendalah dibuat utk kenakan org hihihi...antaranya kami letak water colour kat butang lift...nak jadi cerita lift ru rosak sbb butang dah masuk air huhuhu...apa lagi siasatan dijlnkan. Oleh kerana diburu rasa bersalah teramat kami pun pergi jumpa cikgu dan mengaku je lah....apalagi kenalah denda. Lupa dah kena apa...rasanya kena jemur panas kot hahaha...Tulah nak kenakan org kena kat diri sendiri akhirnya....tak fikir panjang betul masa tu...fikir nak seronok je...mmmmm....


# dulu saya belajar kat MRSM Kerteh...punyalah canggih asrama ada lift...pangsapuri 6 tinggkat...tepi laut lak tu cantik...




4.Biasa jerk


Ismail ni memang jenis suka bertanya...suatu hari tu dia tanya saya, "Possum sleeps at day...?", masa tu dia baru je masuk kindy. Saya angguk sambil cakap yes.
Tanya lagi "Bat sleeps at day...?",angguk lagi

"Kanggaroo sleeps at night...?", dia tanyalagi...anguk lagi...

Lepas tudia dgn yakin cakap..."Baby bird sleeps at day and night...", saya pun angguk je walau tak berapa pasti sebenarnya.
Lepas tu dia cakap
"Bapak sleeps day and night too...", sambil sengih2 tengok bapak dia....saya apa lagi angguk dan cakap yes banyak2...my hubby jeling sambil tersenggih2... tulah kisahnya...



Harap hannan berpuas hati...akak bukan tahu sangat bercerita pun... dan cerita2 tu adalah apa yg terlintas kat kepala waktu nak taip tu...

Dan antara insan2 yg bertuah yg akan meneruskan sesi bercerita ini ialah...


.
.
.
.



hana

fiza
ima
leen
dina
green jade
yun
afrah

#Harap sudi2kanlah membuatnya...namun tiada paksaan...jgn sampai menyusahkan...sekadar suka2 je....

Cyber girft dr Cik Min

Gambar permandangan cantik dr Puncak Jakarta ni hadiah dr Cik Min yg pergi ke sana....nyaman, sejuk mata memandang. Bilalah saya lak boleh sampai?? Allah SWT je yg tahu...




Terima kasih buat Cik Min di atas tanda ingatan mu itu....sudi2kanlah ambil tq wishes yg tak seberapa ni dr saya....


Saturday, February 21, 2009

Award -Tag dr Yun...

Award bertag ni dr Yun...duk Adelaide juga dan byk resepi gak kat blog dia. Pernah bersua masa jamuan makan2...babynya tu, comeeeel...Terima kasih Yun...nanti senang2 dtglah rumah akak ye...


Ni awardnya...



Ni rulesnya....



dan saya nak bagi award ni kepada 4 org Top Commentators kat blog saya ni...saya suka gak blog diaorg...mereka yg bertuah tu ialah...nak ambil award je pun takpe...abaikan jelah rules tu hihihi....








dan utk Yun...sudi2kanlah terima kad terima kasih ni....


zwani.com

Jawab taglah pulak...

Hubby takde so, aktiviti biasa hari Sabtu..taklim dan garage sale tak dpt dijalankan uwaaa! Duk rumah je...Ambil peluanglah buat tag hihihi...

Tag ni dr Ela(Qatar), Moi(Dubai) dan S_Shamin/Fidah(Sydney)....


:Rules::
  • Go to your photos folder in your computer.
  • Go to the 6th folder of photos.
  • Go to the 6th picture in that folder.
  • Put the picture on your blog and description of it.
  • Invite six friends to join the challenge.
  • Link them in your blog and let them know they have been challenged


Iman ambil gambar Isa masa main basika kat laman rumah...rumah baru kamilah ni. Baru pagi tadi ambil ni...pakai kamera lama kami merangkap kamera Imanlah tu... kelabu je. Maklumlah kamera baru dah ikut bos dia pi New Zealand. Bapak takde...hari minggu kat rumah jelah riuh rendahlah budak2 tu main basikal siap ambil gambar dan rakam video lagi...imanlah tu...takde kerja....bagus juga, boleh ibu dia sambung kemas rumah yg tak siap2 lagi tu, tanpa gangguan...
sebenarnya antara sbb lambat buat tag ni adalah sbb kami baru tukar CPU jadi gambar kat dlm tu blm lagi cukup 6 folder hihihi...nak buka CPU lama kemalasanlah pulak...Jadi nilah hasilnya...harap Ela, Moi dan Fidah puas hati...



Nak Tag sapa lak ye...fikir jap

...mmmm...


OK tag ni saya suakan pula kepada...


Aiyu- kawan kat Adelaide ni, baru berjinak2 berbloging
Sara- juga kawan kat Adelaide dan mula berblog tapi terpaksa senyap kejap sbb tengah pening2...
Syarina- classmate masa MRSM Muar dulu ni...
Intanrosnitta - baru tukat tempat kerja...mungkin bz tapi bila dah tak bz sudi2lah jawab ye...
Akakerin- minat kumpul pisau ni....
Aniza- dulu merantau kat Uk tapi dah balikMalaysia dah...bila nak update resepi kat blog??




harap sudi2lah jawap...tiada paksaan, hanya suka2 hihihi....

Donat lagi....

Jom kita minum petang.... donat ni resepi dr dapur kak Jun. Saya copy-paste jelah kak jun ye. Terima kasih...

Bahan-bahan:

  • 6 gm dry yeast ( saya letak sepeket yis tandaco)
  • 25gm butter-cairkan
  • 125ml susu segar suam
  • 2 kuning telur
  • 250gm tepung gandum(tpg roti pon ok)
  • 2 sudu besar gula castor
Cara-cara:
  1. campurkan yeast dgn susu, masukkan butter, kuning telur n gula. kacau sebati.
  2. masuk tepung dalam mangkuk besar. masukkan campuran susu tadi n uli hingga licin. tutup dengan cling film selama 1 jam. uli semula, buat bentuk disukai n letak atas dulang yg dgris. biar 20-30min. goreng dan hias ikut suka.
* saya masukkan semua bahan dalam bread maker(BM) ikut arahan BM, tekan utk buah doh dan tunggu siap.

Friday, February 20, 2009

Simpel Marmer Pound Cake


Minum petang kami anak beranak petang ni. Resepi asal dr web resepi Indonesia, saya copy-paste dari blog Moi...dah siap ditranslate hihihi...terima kasih berkongsi resepi ni ye Moi...senang dan sedap...
Maaflah gambar kurang memuaskan...pakai camera lama...camera yg selalu guna ikut tuan dia pergi New Zealand....


Bahan2:

  • 150 gr mentega
  • 100 gr gula pasir
  • 3 btr telur utuh
  • 1 btr kuning telur
  • 150 gr tepung terigu (tepung gandum)
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt coklat bubuk (serbuk koko)



Cara:

  1. Campur tepung terigu dan baking powder, sisihkan.
  2. Kocok mentega hingga lembut, masukkan gula pasir perlahan sambil terus dikocok sampai mengembang pucat.
  3. Masukkan telur satu persatu, sambil tetap dikocok. Kecilkan kecepatan mikser (mixer), tuang terigu yang sudah dicampur dengan baking powder, aduk rata.
  4. Sisihkan 2 sdm adonan, beri coklat bubuk, aduk rata. Tuang sisa adonan putih kedalam
    loyang loaf 22x10cm, beri adonan coklat secara acak, kacau dengan sumpit(chopstick) hingga membentuk motif marmer(marmar/marble). Panggang(Bakar) dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius lebih kurang 40 menit(minit) atau hingga matang(masak).

Wednesday, February 18, 2009

Sup Tulang Merah @ Bone Steak


Sup tulang merah ni lauk semalam...sedap. Ambil resepi dr dapur Hana, copy-paste je hanan ye......asalnya resepi as75@myresipi.comTerima kasih sharing resepi ni.Oleh kerana takde sup bunjut, saya rebus tulang tu macam saya buat sup tulang biasa...letak rempah2 yg ada kat sup bunjut tu...hentam jelah...hihihi...kat sini sup bunjut tu memang tak lepas...buat rugi je kalau pos/bawa dr M'sia....tomato puree pun blend tomato segar je dan pakai cili segar besar...takpe nanti suatu hari akan ikut resepi betul2....

Bahan-bahan
  • 1kg tulang kambing @ tulang lembu
  • 1 senduk cili kering/ cili boh
  • *5 Biji Bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 tin tomato pure (440gm)
  • 1/2 botol sos tomato (435gm)
  • 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sup bunjut tulang Adabi
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng
Cara-cara
  1. Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
  3. Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
  5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
  6. Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goreng..

Terima kasih Ela n Farah....






Ni award dr Ela dan Farah@mommy otai...dah lama dah dapat baru hari dpt tayang. Maaflah ye adik2 ku....
Terima kasih banyak2...moga ukhuwwah berpanjangan...nanti blh kita jumpa kat Gano..deh...



zwani.com myspace graphic comments


Ni kad utk kalian berdua...sudilah terima ye...

Tuesday, February 17, 2009

Dapur rumah baru...

Nilah dia dapur kat rumah baru ni...agak kecil. Tapi kira oklah coz saya memang tak byk pinggan mangkuk pun...hanya utk pakai hari2 je..bila buat makan2, beli je pinggan yg pakai buang hihihi.

Ni dari pintu ke ruang tamu...


Ni dari pintu ke ruang makan....



Dapur dan oven ni baru...kiranya kamilah yg rasmi...berkilat...


p/s: dapur simple je tak pandai nak hias ....zero bab deco2 ni...

Telur goreng berlado

Resepi dr kwn kat adelaide...Yun. Yun ambil resepi kat Saji online. simple dan mudah. Saya cuba tambah letak tomato dan serai(nak perabih serai yg dah kecut sebenarnya...)
Saya copy-paste je resepi dr dapur Yun. Thanks Yun berkongsi resepi ni....


bhn2 :

  • 4 biji telur ( saiz besar )
  • 3/4 cwn minyak

bhn tumbuk kasar :
  • 4 tangkai cili kasar
  • 2 ulas bwg putih
  • 4 ulas bwg merah ( hiris nipis )
  • garam & gula secukup rasa

Cara2 :
1. Rebus telur, sejukkan & kupas
2. Pnaskan myk dlm kuali..goreng telur hingga kekuningan.Ketepikan.
3. Tinggalkan 2 sb myk lebihan greng telur td...tumis bwg merah hingga naik bau...
4. Msukkan bhn2 tumbuk, garam, gula & goreng lg hingga msk...
5. Msukkan telur rebus greng ke dlm sambal & gaul sebati.Angkat.Hidang.

SWEET CAPSICUM WITH EGG

Masak beberapa hari lepas...nak habiskan capsicum... resepi dr dapur Yatt kat UK nun...nak resepi KLIK SINI. Saya tambah karot sikit ....

Monday, February 16, 2009

Roti Mable Coklat

Terliur tengok roti ni bila pergi blog hana hari tu...dia punya bentuk love lagi hihihi...Resepi asal dr onigiri@myresipi.com...saya copy n paste je dr blog hana. Jgn marah ye hana nanti cepat tua hihihi...

Bahan-bahan
  • 200 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 140 ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara
  1. masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
  2. perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
  4. satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
  5. tutupkan keseluruhan adunan tadi
  6. potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
  7. letak dlm sandwish loaf.
  8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
  9. siap dibakar dan sejukkan atas redai.

Nilah roti pertama hasil dr oven kat rumah baru....

Apa cerita??...

Hari Selasa hari tu tengah bersemangat nak update dan ziarah sekali broadband buat hal..tensen betul...hari Jumaat baru OK.

Hari Rabu dan Khamis saya dan Isa meneman Sumaiyyah kat kindy...tau2 je lah Sumaiyyah tu...pemalu dan susah nak 'panas enjinnya'. Cikgu minta saya temankan dia, biar dia biasa2kan diri dulu...sekolah baru suasana pun baru. Lagipun kat kindy ni ramai studentnya cikgu takleh nak tumpu sgt kat sorang je. Kindy satu kawasan dgn sekolah iman dan Ismail...senang nak hantar dan ambil.

Sumaiyyah bergambar dgn Isa sblm ke kindy haritu. Kat rumah Sumaiyyah ni suka nyanyi berdandan (tak tahulah ikut perangai sapa...) dan ceria orgnya tapi bila kat luar pemalu yg amat...

Hari Jumaat pulak pergi klinik cucuk Si Isa(utk yg 1 1/2 tahun) dan Ismail(utk yg 4 thn)...dua 2 dah lambat hihihi.... biasalah bab2 cucuk ni selalu gak kami camni....

tidur lepas kena cucuk..tak ke sekolah Ismail tu...tapi alhamdulillah tak demam...masa cucuk pun tak nangis ...


Hari minggu pulak macam biasalah taklim mingguan, garage sale dan sunday market...hihihi....Tiada hasil yg menarik kat sunday market semlm bg saya...tapi rezeki bagi hubby n Iman....nak tahu blh BACA SINI.

Wednesday, February 11, 2009


Buat brownies ni utk jamu kawan2 yg dtg tolong angkat barang masa hari pindah hari tu...hidangan yg lain nasi goreng dan sushi....perut kenyang baru kuat nak angkat barang ye tak?? hihihi..Resepinya boleh klik SINI(malas nak translate hihihi...)

Karipap Doh Simple

Buat utk minum petang semalam...setelah beberapa hari asyik makan biskut kering n roti je...hihihi. Ranggup betul kulitnya...sedap dan bahannya simple. Saya letak inti ayam n keledek.....Resepi dari joayee@myresipi.com...terima kasih for sharing..copy-paste je...

Bahan-bahan ( 20 -25 biji )

  • 4 cawan tepung
  • 3/4 cawan minyak-panaskan
  • 3/4 cawan air - atau lebih
  • 1 sk garam

Cara-cara

masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn folk, bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai. masukkan air. uli sampai rata s ebati. bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap. bila da h siap. tutup dgn plastik tak nak kasi kering. menguna r olling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim. goreng dengan api perlahan.

Kuih bakar Bijan

Resepi ni dr dapur Noreen kat UK nun...tq for sharing...copy n paste je...Buat separuh adunan je...


Bahan-bahan:
  • 450gm tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 500ml santan
  • 450gm gula pasir didihkan bersama 400ml air - boleh kurangkan
  • 80gm daun pandan mesin bersama 400ml air dan tapiskan - saya guna pandan paste + air je
  • beberapa titik pewarna hijau
  • 1 camt garam
  • sedikit bijan

cara:
  1. satukan tepung gandum, telur, santan, air pandan, garam dan pewarna hijau ke dalam mangkuk adunan
  2. kacau sehingga sebati
  3. kemudian tuangkan air gula dan kacau rata
  4. tapiskan adunan tadi ke dalam mangkuk adunan yang lain
  5. panaskan oven pada suhu 180C
  6. sapukan acuan kuih bakar dengan sedikit minyak sapi dan panaskan sekejap ke dalam oven
  7. tuangkan adunan ke dalam acuan dan taburkan dengan bijan
  8. bakar selama 35 - 40 min atau sehingga masak

source: rasa

Tuesday, February 10, 2009

Salam semua....

Alhamdulillah....Sabtu hari tu(7/2) kami dah selmat pindah ke rumah sewa baru kami. Dugaan sungguh bila terpaksa bekerja dalam cuaca yg panas..lebih 40c. Ditambah pula dgn angin panas yg kuat...membawa bersama2 debu2 pasir...


Terima kasih buat semua yg datang menolong mengangkat barang...Halim, Azudin, Aliph dan Azman + Ayu( thanks tolong dan temankan akak kat rumah...)...Kehadiran korang semua amat2 membantu dan amat2 dihargai....Kerja berat jadi ringan.


Sekarang masih belum habis berkemas lagi. Buat sikit2...tak tahulah bila nak siap sepenuhnya...Rumah baru, suasana baru....tengah biasakan diri dgn suasana baru.


Terima kasih juga buat kawan2 semua yg sudi bertandang dan bertanya khabar...line internet baru semalam ada...so itulah yg lama menyepi...ditambah pula kerja2 mengemas yg belum selesai... Lepas ni insyaAllah dptlah update mcm biasa(harap2 gitulah). lama tak pergi ziarah kawan2...rindunya dengan cerita2 kawan2 semua...

Sejak Ahad cuaca kat sini dah mula ok...dah bawah 30C...harap ianya berterusan. Tak tahan cuaca yg amat panas...ramai warga tua yg meninggal akibat heat stroke....kat Victoria pula hutan terbakar...satu bandar musnah..beratus2 mati...MasyaAllah...

Okay...takat ni dulu...nak pergi ambil Iman dan Ismail kat sekolah...dekat je..0.5 km...jalan kaki je...Nanti bila dah siap kemas betul2, blhlah tunjuk gambar rumah...hihihi...

Monday, February 2, 2009

Kad dr Ct-as...




Kad2 kat atas ni dr Ct-as...terima kasih byk2.
Semoga ikatan ukhuwwah berpanjangan....
:)

Award dr Kak Tie....



Ni award datangnya jauh dr Terengganu Kite (negeri kelahiran saya tu...), kak tie yg comel lote...terima kasih banyak2. Bertuah rasanya dapat ni coz Kak Tie hanya bg award sekali setahun je...hihihi...

Moga ukhuwwah berpanjangan...nanti kalau saya balik Trg blhlah kita jumpa kot... :)

Daging Masak Halia


Resepi asalnya kat dapur Ela...tambah letak lada hitam dan lada sulah dan cara masak...
Bahan-bahan:
daging - potong nipis
hirisan halia 
bawang putih- hiris
bawang besar-hiris bulat
cili merah-hiris
sos tiram
sos ikan
garam
lada hitam dan lada sulah

Cara-cara:
panaskan minyak dan tumis bawang, halia dan cili hingga layu dan masukkan daging.
goreng hingga empuk
masukkan sos tiram, sos ikan dan garam
siap untuk dihidang
kalau suka boleh masukkan karot, tomato atau hirisan daun bawang....

Jam Donuts

Resepi dr Noreen ....buat kecil2 biar nampak banyak. lagi pun yg makan pun mulut2 kecil....saya copy-paste je...tq Noreen.

Bahan-bahan (8 biji): ( saya buat kecil2 jadi dapat byk...)

  • 225gm tepung roti

  • 1/2 camt garam

  • 15gm mentega cair

  • 7gm (2 1/2 tsp) instant yeast

  • 125ml air suam

  • 1 biji telur

  • minyak untuk menggoreng

  • gula aising atau gula kastor secukupnya

  • strawberry jam secukupnya - ape2 jenis jam pun boleh ikut selera masing2



cara:

*masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan ulikan doh sehingga tidak melekat atau boleh jugak dipukul dengan mixer dengan menggunakan dough hook. pukul sehingga doh tidak melekat di mangkuk adunan - saya pakai BM

*keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai. bahagikan doh kepada 8 bahagian dengan satu seberat 55gm - saya buat saiz kecil2


*ambil satu doh bentukkan menjadi bulat dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu

*lakukan step 5 sehingga habis

*tutup dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min ke 1 jam
pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah disimpan di dalam oven (jangan ON kan)
letakkan dua cawan air panas di kiri kanan atau di tray yang paling atas

tutupkan pintu oven dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam


*setelah itu bolehlah dipanaskan minyak dan goreng donut tadi sehingga masak dan keperangan


*salutkan donut dengan gula aising atau gula kastor


*masukkan strawberry jam sepenuhnya di dalam piping bag


*ambil satu donut dan cucukkan dengan muncung piping bag dan pipekan jam di dalamnya


*sedia dihidangkan


NOTE: resepi donut boleh ikut ape2 resepi pun tapi cara memasukkan jam boleh ikut cara kat sini