Monday, August 10, 2009

Donat HaSue

Semalam buat makan2 kat rumah ni...ada kawan yg bawa donat,anak2 tak puas makan so ibu dia pun kena merajinkan diri. Lagi pun dah lama BM tu beristirehat hihihi....kali ni mencuba resepi donat HaSue@myresipi pulak...sedap!!Resepi ni copy-paste dr dapur UMMI. Terima kasih berkongsi resepi.

Bahan:-
  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat/2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur-
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
  • gula halus/topping pilihan
*bhn2 tepaksa ubahsuai sikit sbb takada stok. Susu pekat@susu tepung tak letak tapi ganti dgn susu segar- air +sususegar=200ml. shortening tu pun ganti dgn marjerin juga..


Cara-cara:-
  1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik, selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih..kdg2 lepas 2 min terus jer kite masukkan tepung, x kuasa tggu lama2..hee
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.
  3. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  4. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  5. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  6. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi dua. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/652. * (saya guna BM...terus masuk semua bahan ikut urutan BM dan tekan menu uitk doh...)
  7. **Selain tuh doh nih sesuai untuk burger sambal,pau goreng dan sebagainya..
    Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..
  8. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kembang doh, lbh gebu laa donut tu nanti) jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
  9. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur).
  10. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^


Ayam Lada Hitam


Ayam lada hitam ni resepi dr bulu kak liza...ceduk dr dapur mamafami. Sedap. Memang nak beli pun buku2 kak liza tu...terima kasih Mamafami berkongsi resepi ni..


BLACK PEPPER CHICKEN
Source : Senangnya Memasak with Chef Hanieliza via FP mamafami

Ingredients A :

500g chicken
1 carrot ~ cut to small pieces
1 tablespoon thick soya sauce
2 tablespoon oyster sauce
1 tablespoon cornflour/maziena mixed with 1/2 cup water
2 tablespoons blackpepper ~ crushed
3 tablespoon cooking oil
salt to taste

Ingredients B ~ to be sliced :

5 shallots
2 garlic
1 inch ginger
1 onion

Ingredients C :

2 sprigs spring onions
2 sprigs Chinese Celery
1 tomato ~ quartered
2 fresh red chillies

Method :

1. Remove the chicken skin, washed, rinse and cut to small pieces.
2. Heat oil in a wok and add in ingredients B. Saute till soft and fragrant.
3. Add in chicken and blackpepper. Stir. Leave chicken to cook.
4. Add in cornflour mixture, dark soya sauce and oyster sauce.
5. Leave to cook till the gravy thickens. Add in ingredients C and stir to mix.
6. Serve with rice or bread.

For the translation, please buy Kak Liza's book.... hehehe....(pesanan dr mamafami...saya pun teringin nak beli...)


Roti jala kuah durian

Akhirnya hari Jumaat hari tu tercapai hasrat nak makan roti jala dengan kuah durian. Kena menuggu lama sbb nak tunggu semua sihat...baru dalam rasa nikmat makan..kan? Puas hati makan walau guna lempik aje...lebihan kuah tu siap boleh makan dengan pulut dan roti lagi.
Abaikan rupa roti jala tu sbb buat pakai botol sos je...


Bahan-bahan(utk roti Jala)
Sumber: dapur Hana
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning- saya guna pandan paste
Cara-cara
  • Untuk Roti Jala - Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.



KUAH DURIAN
  • santan pekat
  • gula perang
  • Isi durian atau lempok secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • sedikit tepung jagung

Cara-cara

  • Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat.

Thursday, August 6, 2009

Selamat hari lahir Hana.

Hari ni 6 ogos...biday kawan kita Hana, happy b'day Hana!!!
Sori lambat bagi kad sbb sekarang baru berkesempatan update blog. Moga terus bahagia dan ceria disamping famili tersayang lg2 dgn kehadiran ahli baru tak lama lagi...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Kuih Butir Nangka


Ni sebenar dah buat semalam dah, baru berkesempatan letak kat blog. Hana n Ijan dah buat dah kuih ni tu yg terliur tu. Lama betul tak buat. Anak2 suka sgt....minta buat lagi...Resepi copy-paste dr blog Ijan....tq ijan. Saya pun sama dgn Hana letak sagu sikit.

Kuih Butir Nangka (7-8 orang)

  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan (kite tak letak, takde)
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula (kite guna brown sugar)
  • 1 sudu makan halba (kite tak letak, kurang gemor)
  • garam
  • daun pandan
  1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan… bila masak ia akan timbul…
  5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. Bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.
  8. Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.




Tuesday, August 4, 2009

KEK CHIFFON PERASA ASAS dan surat sekolah....


Kek chiffon ni resepi Alex Goh tapi saya ceduk kat dapur Mamafami. Untuk minum petang tadi. Terima kasih akak kerana berkongsi resepi....

Bahan-bahan :
(A)
  • 4 kuning telur
  • 115 ml air
  • 85 ml minyak sayuran
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100 g gula
  • 150 g tepung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Mama tambahkan sedikit Blueberry Emulco- saya letak esen vanilla.
* saya guna tepung naik sendiri....


(B)
  • 4 putih telur
  • 90 g gula
  • 1/8 sudu teh cream of Tartar

Kaedah penyediaan :

1. Tuang kuning telur, gula dan minyak sayuran ke dalam mangkuk pengadun.
2. Tambah baki bahan-bahan ramuan di (A) ke dalam mangkuk.
3. Adun (A) sehingga tida berbintil-bintil. Ketepikan sebentar.
4. Pukul putih telur di (B) sehingga lembut dan kembang. Tambah gula dan krim tartar. Terus memukul hingga pekat.
5. Adun (A) dan (B) sehingga sebati. Bakar pada suhu 175 C selama 40 minit. Segera balikkan bila dikeluarkan daripada ketuhar. Biarkan ia sejuk. Bila kek sudah sejuk, keluarkannya daripada acuan.
bukan main lg anak2 saya makan petang tadi...maklumlah org baru ada selera makan. lagi pun dah lama saya tak buat kuih...seminggulah juga..asyik mkn roti yg beli je...hihhi






Surat pemberitahuan dr sekolah....


ni surat dr sekolah yg diberi kpd iman tadi..tak tahu kenapa ismail takde pulak dapat. Surat yg menyatakan bahawa minggu lepas ada murid dan staf yg di diagnosis kena virus H1N1(klik gambar utk baca isi kandungan surat...) tapi sekolah tak pulak ditutup. Mungkin sebab dah terlampau banyak kes kat Adelaide ni...Alhamdulillah anak2 saya dah sihat dan harap janganlah kena virus ni...moga Allah SWT jauhkan kita semua dr virus ni..amin.



Monday, August 3, 2009

Sedikit update dan lasagna simple....

Assalamuaaikum semua!!!! Rinduuuunya kat kawan2 semua. Seminggu tak berupdate blog ni...kami sekeluarga tidak sihat sebenarnya. Bermulanya Ismail demam....berjangkit terus sehingga sekarang my hubby masih lagi tak sihat. Anak2 dan saya, alhamdulillah dah bertambah sihat. Ismail dah start ke sekolah hari ni dan insyaAllah Iman dan Sumaiyyah pun akan pergi sekolah esok.Seperti juga kat Malaysia...kat sini memang tengah musim org tak sihat...demam, batuk, selsema ditambah pula dgn virus swine flu. Pernah satu hari tu, 12 org(dr 24 org) budak kelas Ismail tak datang sekolah...separuh tu.

Bila tak sihat selera makan pun takde...nak masak pun tak semangat. Alhamdulillah sehari dua ni selera anak2 dah ada balik. Dah minta nak itu dan ini...Untuk diaorg hari ni saya masak lasagna. Diaorg memang suka sgt...tapi jarang buat sbb ibu dan bapak dia kurang minat hihiihi....





Lasagna Simple

Resepi lasagna simple ni ambil dr dapur Ros. TQ ros. Moga Ros sekeluarga pun cepat sihat. Berselera anak2 saya makan...sukanya hati....Alhamdulillah.

Lasagna
  • 6 keping pasta Lasagna ( yang keping tu, ros beli yang kena rebus dulu, ade jugak yang instant, takyah rebus-rebus, ikut arahan pada kotak lasagna ye cara rebusan nye tu, sbb lain jenama lain caranya.

-bahagian inti daging-
  • 3/4 cawan daging cincang
  • 1 biji bawang putih (dicincang)
  • 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
  • 2 biji tomato ( potong dadu)
  • 1/2 biji carrot ( potong dadu)
  • 6 ketul cendawan ( potong dadu)
  • 3 sudu besar tomato ketchup
  • 2 sudu besar olive oil

Bahagian white source
  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar cheese powder
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit lada sulah

  • Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna


untuk hiasan
  • sedikit hirisan daun pasley kering

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White source
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain. Selamat Mencuba.



n0te: terima kasih kepada yg sudi singgah kat sini...dan maaf kerana saya masih tak menjawab komen dan mesej yg ditinggalkan....akan saya usahakan...
salam sayang buat semua.....