Friday, January 28, 2011

Kuih Kaswi Pandan dan Kaswi Blackmore

Assalamualakum semua. Salam petang Jumaat. Hari ni nak kongsi 2 resepi kuih kaswi. Kaswi Pandan dan Kaswi Blackmore. Projek petang semlm. Mula2 sy buat kaswi pandan 1 adunan...dapat 12 biji(acuan muffin). Anak-anak berselera je makan...tinggal 2 ketul je . Sudahnya sy bancuh lagi 1 adunan kaswi blackmore pulak...takut tak cukup. Sempat kukus 6 biji hubby call suruh siap nak pi jogging kat UTP. So, simpan adunan dalam peti ais dan pagi2 tadi kukus buat sarapan....


KASWI PANDAN
Sumber dari: yatiememories
Terima kasih!




Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ air pandan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung beras
  • sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
  • 1 sudu kecil air kapur mkn

  • sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
  • 1/2 biji kelapa parut * - putih sahaja
Cara-Cara
  1. Blend semau bahan diatas kecuali kelapa parut & garam.
  2. Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang & kukus selama 30 - 40 minit.-saya guna acuan mufin, masa mengukus dipendekkan..dalam 15 minit je...
  3. Setelah masak sejuk kan terlebih dahulu baru potong.
  4. Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.
  5. Boleh la dihidang untk minum ptg @breakfast.
  6. *Kalau masa angkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit dan biarkan seperti asal...tunggu benar2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik dan licin.....Selamat Mencuba..






KASWI BLACKMORE
Sumber dr:♥azatiesayang♥
Thanks berkongsi resepi.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan gula
  • 1 ketul besar gula melaka
  • 5 cawan air
  • 11/2 cawan tepong gandum-atie buat 2cwn
  • 1/2 cawan tepong kanji-atie isi 3/4cwn
  • 1/2 cawan tepong beras-xisi
  • 3 sudu makan air kapur
  • 1 sudu makan coklat paste (to give u that perfect brown color)
  • daun pandan
  • loyang yang disapukan ngan sedikit minyak masak.


Cara-cara:

1.Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula melaka dan gula pasir bersama daun pandan tadi.
2.Masak hingga gula larut kemudian tapis dan ketepikan.
Kemudian add in the remaining 3 cups of water tadi agar mixture nie lekas sejuk.
3.Bila ianya sejuk, masukkan tepong2 tadi dan kacau rata.
Add in air kapur dan chocolate paste dan kacau rata.
4.Kemudian tapiskan adonan nie. Kalau ada ketulan2 tepong ditapis, larutkan ianya.
5.Bila dah tapis, tanakkan sebentar mixture nie under slow fire for a few minits dalam 5 minit jer dah ok. Mesti kacau selalu mixture nie.
6.Kemudian masukkan dalam loyang dan kukus for 45 minits.
7.Setelah ianya masak, permukaan kuih nie selalunya lembab sedikit when it is hot. Ambil kertas kitchen roll dan just gently dab dry permukaan kuih nie.
8.Biarkan ianya sejuk sebelom memotongnya menggunakan pisau plastic.
9.Kalau pakai acuan yang kecil2 tu, lapkan acuan nie ngan minyak dan biarkan dalam kukusan for few minits.
Kemudian pour in the mixture. Kukus for about 10 minit




Anak-anak saya memang suka kuih-kuih camni...laku aje.


8 comments:

Nieza said...

wah menarik....kedua2 kaswi tu saya suka...bestnyer dapat mkn dgn kelapa parut fresh kan...kat sini guna kelapa kering jer.

Mas said...

wahhhh...kaswi..sedappnya..nak yang ijau dan coklat tu....

kayteeze said...

Kak tie pun suka kuih kaswi ni. Teringat mak buat dulu. Kak tie buat tak berapa menjadi. Nanti kak tie nak simpan resepi ni. Nak buat suatu hari nanti. Sedap pulak nampak kuih kaswi suzi ni..

Deliah's Deli said...

assalamualaikum suzi..suka benor kuih ni..blh mkn berketul2..uish,ada yg hijau ada yg brown..comey2 :))

Chik Mimi said...

Assalam suzi cayang sihat ke?ala kue kaswi sedapnya akak suka ni nak buat ade sikit M ler

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Suzi..apa kabar?lama x singgah sini..rajennya buat 2 mcm kaswi..tp mmg sedapkan?ada lg tak???hihi

ima said...

suzi...cantik dan nampak sedap je kuih tu...kak ima pun nak simpan resepi la jugak kut2 terrajin nnt..

hana said...

salam kak..
aduhai biler tgk kaswi terasa teringin nak makan..tp malas pulak nak buat....

kak.... suker tgk turtle dua sejoli tuh! hihihi