Friday, January 14, 2011

Roti Goreng

Assalamualaikum. Semalam saya diuji dengan sakit kepala yg berdenyut-denyut, mirgrain lg kot. Mula dr tengah malam lagi...sudahnya banyak kerja tertangguh dan makan nasi bungkus je masa lunch hehehe. Alhamdulillah belah petang tu dah ok sikit lepas makan ubat dan tidur. Allah SWT uji kita dengan sakit supaya kita bersyukur denga nikmat sihat...kan?

Sebelah petang tu sempatlah masak roti goreng ni untuk minum petang dan ketam masak lada hitam untuk dinner(nanti sy letak resepi kemudian). Resepi roti goreng dr FP Kak Rinn. Terima kasih Kak Rinn berkongsi resepi ye....





Roti Goreng

Sumber: Kak Rinn@rinnchan.fotopage

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping roti, dipotong 4
  • 3 senduk tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng
  • 1 labu bawang besar - cincang halus - sy tambah.

Cara-cara :
1. Bancuh tepung dengan semua bahan2 lain kecuali roti.
*Jika suka boleh juga dimasukkan hirisan bawang besar.
2. Kacau hingga sebati.
3. Panaskan minyak utk menggoreng.
4. Celupkan roti ke dalam bancuhan tepung dan goreng seperti biasa hingga kekuningan.
5. Sedap dimakan bersama sos cili.



rasa macamjemput-jemput/cucur pun ada...sedap! lagi sedap cicah bila dengan sos.


6 comments:

Tie said...

Oh... memang sedap tu :)

ima said...

ermm...sedap dan senang nak buatnya...hehehe.

Deliah's Deli said...

salam suzi...yg ni mmg sedap..klu ada sambal bt cicah lagi laju ni :))

Hann said...

Salam suzi.

lama sungguh tak sempat nak menziarah. ni baru ada kesempatan.

btw, roti goreng tu sungguh simple.. senang nak godek kalau kalut pepagi nak sedia untuk anak2 pi sekolah. :)

QiStinA's said...

kite pun nak buat lah...sure sedapkan ranggup2 gitewwww...

RiShaZalia said...

salam kak suzi... seronok makan goreng2 ni kan. cicah sambal tumis pun lagi laju jadinya... hehehe
(kak, lia dah tukar link kpd http://mylife-zalia.blogspot.com tau... kot2 la akak cari2 blog lia sblm ni xde... minta maaf, baru sempat nak bagitau :) TQ kak