Friday, January 7, 2011

Ikan Dowry Masak 3 Rasa Ala Thai.

Assalamualaikum. Masak apa hari ni? Saya masak ikan dowry masak 3 rasa alal Thai. Stok lauk basah dah habis. Ada Ayam sikit dan ikan dowry ni je. ..Tapi OKlah...Sedap juga ikan dowry masak camni. Lawan dgn kangkung tumis air...letak ayam sikit.


Resepi saya ambil dr SINI. Terima kasih ye berkongsi resepi.



Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan sedang besar
  • 1 camb tepung jagung
  • 1 biji telur putih
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji bawang besar - dipotong kiub
  • 2 biji cili merah - dihiris halus
  • 2 cili benggala - dipotong kiub - takde stok
  • 3 camb sos tomato
  • 2 camb plum sauce
  • 3 camb sos cili Thai
  • 1-2 camt kicap atau sos ikan150ml air
  • 1 camt tepung jagung dicampur dengan air camb air
  • 1 camt jus limau nipis
  • hirisan cili padi
  • minyak untuk menggoreng
  • gula & garam secukup rasa
  • hirisan daun ketumbar - jika suka ( namapun ala thai kan ^_^) - takde stok.
*Siti tambah untuk taburan - timun n tomato - sy letak tomato je...

Cara-cara:
  1. perap ikan dengan tepung jagung, putih telur dan garam selama 30 min goreng ikan dlm minyak panas hingga garing dan masak.
  2. kalau boleh dengan minyak terendam, panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi masukkan semua bahan lain kecuali bahan pemekat, bila kuah mendidih, baru masukkan campuran pemekat n kacau rata hingga pekat kemudian tuangkan ke atas ikan

8 comments:

Wan Ryna said...

sedapnya kak suzi ikan tu..boleh cuba resepi ni nanti :)

kayteeze said...

Kak tie biasa nampak ikan dowry yang keras tu di Giant, tapi tak pernah beli, sebab tak pernah rasa. Sedap tak ?

QiStinA's said...

nmpk menarik la ikan tu suzi.... sure garing kan???

izahdaut said...

akak..saya rasa cam tak pernah je masak ikan ni..nak kena try jugak ni...hehe

Nieza said...

sedapnya....tapi x sure lak pernah mkn ke tak ikan ni.

Deliah's Deli said...

salam suzi..suka ikan goreng :p~

Jiha said...

Kak suzie..kna try kacang pool tu..sedappp..hehe

Suzi said...

wan ryna, trylah...senang je.

kak tie,
trylah beli. bg sy sedap juga ikan dowry ni.

moi,
garing kat luar tu je...mcm fish fillet goreng

izah,
rasa ikan ni ok...bg akaklah. mcm kita mkn fich n chip kat kedai tu...trylah beli.

nieza,
leh try...:)

deliah,
sy pun suka ikan goreng. anak2 sy kurang suka tapi dah mula belajar2 mkn...

jiha,
mana nak cari kacang pool tu kat ipoh ni ye..memang nak juga try..:)