Saturday, January 22, 2011

Kuih Bakar/Bingka Keledek

Kuih bakar/bingka keledek ni buat petang semalam...ni je yg sempat ambil gambar. Yang lain dah dibawa ke rumah kawan. Resepi dr dapur yatie@..::~**Sinar Kehidupanku**~::..
Sedap dan mudah. Sukatan pakai cawan je...Bingka saya tak sempat nak ada kerak sebab nak cepat takut tak sempat nak sejuk sikit untk potong hehehe...


BAHAN-BAHAN
Sumber: yatie@..::~**Sinar Kehidupanku**~::..
  • 4 biji telur
  • 3 cwn santan
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter
  • 2 cwn keledek (rebus dan lecek)

CARA-CARA

1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.


4 comments:

Deliah's Deli said...

salam suzi..tp kan klu panas2 pun sedap..hehehe :))

kayteeze said...

Tak pernah makan ni. Nanti kak tie boleh cuba. Ada lagi keledek kat dapur :)

Mimiey.. (^-^) said...

sedapnye kak suzi..potongan kuih tu licin je..mmg menggoda jiwa tul,hehheheh.....

inahar ali said...

salam rindu suzi..wah lama akak x kesini..mcm2 menu dh termiss..huhu! waduh lama x merasa kuih bakar keledek nih..tgk suzi punyer pung dh terliur akak haa..minta 2 potong!! hehe..