Kami tak berjalan ke mana pun kat Melbourne coz perjalanan yg bakal ditempuhi agak jauh...+-800km. Masa suntuk....
Hubby tengah mentelaah buku peta. Patutnya kami sewa GPS masa sewa kereta hari tu tapi dah habis stok...terpaksa guna cara manual...tengok buku peta. Memang payahlah sikit....
Caravan yg diparking kat caravan park tempat kami menginap. Hujung2 tahun macam ni byklah caravan kat jalan...mcm best je gi bercuti naik caravan....Yg bawa pun byknya golongan tua yg dah pencen. Caravan ni macam rumah bergerak...ditarik ke hulu dan ke hilir.
Ni dia tram kat bandar Melbourne...lebih kurang monorail kat Malaysia. Tapi yg ngerinya landasannya kat tengah2 jalanraya, so bila berhenti nak ambil atau turunkan penumpang pun kat tengah2 jalan tulah juga. Kena lebih berhati2lah dgn benda Allah ni...silap2 kita terlanggar penumpang yg nak turun atau naik tram tu.
Kami lalu ikut jalan Sydney Road coz ada tujuan sebenarnya....walaupun jalan ni sibuk tapi terpaksa redah juga coz tujuan itu...Tujuannya ialah nak pergi makan kat satu tempat ni....
Yap! ni dia tempat yg dituju Restoran KFC Halal. Kat Adelaide mana ada. Bagi org yg dah lama tak makan KFC macam saya ni memang teringinlah sangat....
Akhirnya dapat makan KFC setelah 2 thn lebih tak makan huhuhu...bagi Isa pulak, nilah first time merasa KFC. Kat Melbourne ni ada 2 KFC Halal...tapi tak semua yg dijual disitu halal...kenalah tanya dulu sebelum order. Selain KFC halal, byk juga saya perhati kedai2 makan halal lain kat Sydney Road ni....
Masa ni dah kat tengah2 highway. Kerja saya selain melayan kerenah anak2 adalah ambil gambar hihihi...
Lagi permandangan diperjalanan...rumput2 dah kering di musim summer ni. Nampak macam padang pasirlah pulak....
Hari dah senja...sepanjang perjalanan ke Sydney kereta kami duk paling belakang...setelah duk depan dalam perjalanan sebelum ni. Kami sampai kat Sydney lebih kurang pukul 12 tengahmalam. Tapi oleh kerana tersesat semasa mencari caravan park tempat kitaorg menginap....kami sampai kat cabin dalam pukul 2.30am. Macam dah terawang2 rasanya...Kata my hubby muka sorang2 dah macam zombie hihihi. Jalannya memang complicated...mengelirukan... bandar besarlah katakan.Bersambung nanti....Jalan2 kat Sydney Opera House dan kawasan sekitarnya!


















































