Monday, December 6, 2010

Agar-agar Sirap

Saya buat agar-agar ni semalam. Melayan kehendak anak-anak. Simpla dan senang je. Resepi dr dapur Mas-Duniaku. Mas ambil dr majalah Rasa keluaran Oktober 2008. Terima kasih Mas. Akak copy-paste ye.




Bahan :

  • 25 g agar-agar bertali - dalam peket panjang
  • 125ml pati sirap
  • 240gm gula / ikut manis
  • 1.25 liter air
  • 1 helai daun pandan


Cara membuat :
  1. Masak agar- agar dengan air hingga hancur.
  2. Masukkan gula dan kacau hingga larut.
  3. Masukkan pati sirap dan daun pandan, biarkan hingga mendidih.
  4. Tapis dan tuang kedalam loyang / bekas agar- agar.
  5. Sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk.
  6. Potong dengan pisau bersegi jika guna loyang / keluarkan dari bekas agar- agar dan boleh dihidangkan, sedap dimakan sejuk2 dari peti ais....



hiburkan anak-anak dengan bentuk-bentuk comel ni...:)




Ni pulak hasil dr acuan telur bentuk kereta dan ikan tu...comel kan?

tak berapa kemas...kena try lg. telur yg sy pakai agak besarlah rasanya...



* Lunch hari ni masak lauk simple untuk anak-anak je....kami berdua makan nasi kandar...hubby beli kat Ipoh tadi.



7 comments:

Fiza Amran said...

meriah dan merah nya warna agar-agar.. salam maal hijrah

Yat Maria said...

Dear

cantek pulak acuan telur tu..mana la nak pi carik menda gini..

abeh the agar2 sirap nyer kaler sgtlah terang & bersinar...santek..ai loike :)

Hann said...

Agar-agar yang sangat simple, tapi sangatlah sedap.. kan? macam boleh diterima oleh sesapa pon.

oh.. geram tengok teloq yang jadi macam tu.. bestnya! mana nak carik mould tu?

dina said...

kak suzi pandai tawan selera anak kan... tengok la agar2 sirap tu mcm menarik sgt...

dina said...

kak suzi pandai tawan selera anak kan... tengok la agar2 sirap tu mcm menarik sgt...

mummyseri said...

kak suzi, sekali sekala sedapkan mkn agar2 sirap, kalo slalu lg best :)

kak, salam maal hijrah buat akak skuarge
semoga kite diberkatiNYA..amin..

Mamasya said...

Salam Maal hijrah Suzi

Tengoj agar sirap tu teringat kat kg..kalau kenduri kendara agar2 sirap ni cukup terkenal...kalau tidakpun labu sira.
re; betul tu suzi..anak2 usia rapat gini boleh main sesama mrk...masa main oklah tp masa gaduh..aduhaiii..semua tak nak ngalah..saboorrr aje...