Saturday, December 4, 2010

Apam Coklat

Assamualaikum. Malam ni nak kongsi resepi apam coklat yg saya try masak pagi tadi. Masa nak mix bahan2 buat apam ni, lampu rumah dah berkelip-kelip...mcm tanda2 nak terputus bekalan elektrik. Elok je siap mix, letrik terus takde. Ingatkan semua rumah...rupanya rumah kami je. Terus telefon TNB dan dalam masa 1 jam diaorg dtg betulkan. Alhamdulillah. Tapi jenuh juga lah pagi tadi melayan anak2 yg keboringan dan kepanasan...ajak diaorg main kat luar rumah. Alhamdulillah juga cuaca mendung je pagi tadi. Lepas dah selesai, kami terus je keluar ke Ipoh dan Asar tadi baru balik. Kami ke Ipoh Parade. Bila nampak kedai 100 Yen kat depan Ipoh Parade tu saya cakap kat hubby apa yg ada jual kat situ...mood hubby baik agaknya, lepas makan dia bawa saya ke kedai tu...hehehe. Terima kasih!!... Tapi takde beli apa sangat pun, cuma 2 acuan ni.

bolehlah bentukkan telur jadi bentuk kereta dan ikan pasni...



APAM COKLAT

Sumber : Mas dr Izah dan Kak Nor
terima kasih berkongsi resepi yg sedap ni.

Bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Cara :
  1. Panaskan pengukus yang berisi air hingga mendidih.
  2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lagi boleh gunakan blender.
  3. Masukkan dalam acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
  4. Sedap dimakan panas2.



Rasanya macam kek coklat kukus. Moist.


6 comments:

Noorma Ismail said...

Masa form 5 dulu, suka betul saya ke Ipoh Parade ni, jenuh gak ler jalan kaki dari stesyen bas tu.. kat sana suka beli kacang pictachio (masa dulu ler...).. masa tu kacang ni masih murah lagi..sekilo rm25. dan tiap2 minggu mesti nk ke ipoh parade ni.. (sbb abang curi2 makan, last2 tong tinggal kosong jer..)

K.Nor said...

salam suzi, mmg rasa cam kek coklat moist kan.. k.nor dah acapkali buat tu .. mmg best :)

izahdaut said...

betul..mcm coklat moist..agaknya letak topping coklat lagi kebabom best nyer kan..cantk apamnya tu kak..hihi

Suzi said...

noorma,
saya jarang ke Ipoh Parade... lebih suka ke Jusco. Kat situ ramai pun budak2 muda....
kalau nak shopping kasut, rasanya best kot sbb byk kedai2 kasut hehehe.

salam k. Nor,
tulah..sedap!. Thx ye Kak Nor berkongsi resepi.

Izah,
thx utk izah juga berkogsi resepi.
Kalau letak topping coklat...makin laju je...anak2 akak mkn :)

kayteeze said...

Wah.. cantiknya apam tu. Kak tie ni dari dulu lagi tak berapa pandai buat apam laa.. nanti nak cuba resepi ni. Thanks Suzi.

mummyseri said...

kak suzi, bestlah apam ni nk try nnt..
kak,kitekan setiap kali balik kalo g situ nk cr mould telo tu slalu xde rezeki abes stok..hrp2 pasni adalah..